PAK21 VLE Frog (Quizzes) dalam PdPc Bahasa Arab

VLE Frog bukanlah sesuatu yang asing, kerap meniti di bibir para guru apabila KPI yang disasarkan oleh pentadbir seringkali tersasar. Meskipun aplikasi yang disediakan oleh KPM untuk semua guru, murid dan ibu bapa adalah percuma namun kelemahan akses internet menjadi kekangan utama. Pelajar akan lebih bersemangat untuk berFrog sekiranya guru sama-sama bergelumang meneroka segala selok belok ruang pembelajaran maya ini. Jom berFrog.


Hasil carian untuk bahasa Arab Tingkatan 4

Hasil carian untuk bahasa Arab Tingkatan 5


Di atas merupakan hasil carian penulis pada Community Quizzes untuk Bahasa Arab Tingkatan 4 dan 5. Agak menyedihkan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain. Mungkin ramai yang membina soalan tetapi tidak dikongsikan untuk umum. Pada hemat penulis, kebaikan elok disebarluaskan agar menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Untuk sahabat-sahabat yang ingin membina soalan bahasa Arab melalui platform ini, berikut merupakan langkah-langkah mudah dan ringkas yang boleh dicuba.

1. Log in terlebih dahulu. Kemudian klik pada FrogDrive.
2. Pilih My Quizzes. (Untuk mencari Quizzes yang dikongsikan oleh guru-guru lain, klik pada Community Quizzes)
3. Klik New Quiz untuk mula membina kuiz.

4. Isikan segala butiran yang berkaitan.

5. Pilih bentuk soalan yang ingin dibina, rajin-rajinkan diri untuk mencuba.

6. Contoh yang penulis gunakan di sini adalah soalan berbentuk Multiple Choice. Bina soalan, muat naik gambar berkaitan dan sediakan jawapan sekali.

7. Setelah selesai membina soalan, bolehlah cuba menjawab kuiz.

8. Paparan soalan yang telah siap dibina tadi.

Selamat berFrog, semoga bermanfaat.