Muat Turun Buku Teks Daripada VLE Frog

Salah satu kemudahan yang disediakan oleh KPM kepada semua guru-guru adalah aplikasi VLE Frog. Guru-guru dan para pelajar boleh mengakses buku teks secara dalam talian untuk dijadikan sebagai rujukan dan bahan bantu belajar ketika sesi digital classroom.


Bagaimana pun, kadang-kadang akses internet menjadi halangan untuk melaksanakan PdPc dalam talian. Maka, penulis ingin kongsikan cara mudah untuk muat turun buku teks tersebut dalam versi pdf untuk kegunaan luar talian:

Syarat utama, guru-guru mestilah memiliki akaun VLE Frog (khas untuk guru-guru di bawah KPM sahaja).

1. Log masuk terlebih dahulu. Kemudian klik pada Quick Launch dan pilih menu FrogStore.


2. Guru-guru akan dibawa ke tab baharu, iaitu web FrogStore. Lakukan carian buku yang dikehendaki dan klik +Add.

3. Kembali ke web Frog semula, dan klik pada Quick Launch dan pilih menu Bookshelf.

4. Paparan sejumlah buku yang telah ditambah pada rak akan kelihatan. Pilih buku yang hendak dibaca.

5. Untuk muat turun, klik pada butang Save as PDF pada bahagian sebelah kiri.

6. Boleh pilih sama ada hendak muat turun satu halaman atau dua halaman sekaligus. Kemudian klik Save.

7. Guru-guru juga boleh memilih menu Print untuk mencetak halaman berkenaan.

8. Walau bagaimanapun, bukan semua buku teks dapat dimuat turun sebagaimana paparan di bawah. Sekiranya tiada menu Save as PDF, buku teks berkenaan TIDAK boleh dimuat turun.

Sedikit kelemahan pada kemudahan muat turun ini adalah, pengguna terpaksa memuat turun setiap halaman secara berasingan dan menggabungkannya sendiri. Agak leceh untuk memuat turun buku yang kebiasaannya mempunyai 150 lebih halaman. Namun, kesungguhan guru-guru pasti memberikan impak yang amat memberangsangkan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.