Jamak Muzakkar Salim

Apakah Jamak Muzakkar Salim? Bagaimana untuk kita mengi'rab kalimah yang dibina dalam bentuk Jamak Muzakkar Salim. Kredit kepada Kalghari. Selanjutnya...

Lagi...

Ha ti & Ta'ala

Mengenali dua ungkapan yang agak popular dan bagaimana menggunakannya. Agak istimewa kerana ia berlainan daripada kata-kata kerja yang biasa.

هاتِ - تعالَ

Keistimewaan :

Dua kalimah ini merupakan kalimah fe'el (kata kerja) yang hanya datang dalam bentuk amar (suruhan) sahaja. Tiada madhi (lepas) atau mudhori' (sedang).

هات

Makna :

Membawa maksud datangkan kepada aku/kami ATAU berikan kepada aku/kami

Hukum :

Kedudukannya mabni 'ala kasri ;

هاتِ يا زيد
هاتِى يا هند
هاتِيا يا زيدان / هندان
هاتِين يا هندات

Pengecualian :

Barisnya dhommah hanya ketika bersambung dengan wau al-jama'ah



تعال

Makna :

Terjemahannya adalah mari ATAU datanglah kepada aku/kami

Hukum :

I'rabnya mabni 'ala fathi ;

تعالَ يا زيد
تعالَي يا هند
تعالَيا يا زيدان / هندات



Sumbangan :
Muhammad Asri bin Tajuddin
Mahasiswa Fakulti Bahasa Arab Kaherah.

Lagi...