Kenapa "Ma'al Hijrah" ? Adakah ia satu ucapan yang diucapkan oleh orang-orang Arab setiap kali tibanya 1 Muharam ? Adakah ia satu ucapan seperti memberi salam ? Jika begitu, apa jawabnya ?
Penulis memohon maaf kerana agak lama tiada entry baru. Penulis agak sibuk ( alasan biasa kepada mana-mana blogger ) untuk membuat rujukan. Keterbatasan waktu dan kerja yang bertimbun terpaksa dilunasi.
Kembali kepada tajuk kita. Sebenarnya biarpun "Ma'al Hijrah" merupakan kalimah dalam bahasa Arab, namun ia bukanlah satu ucapan yang perlu diucapkan setiap kali datangnya tahun baru Hijrah. Kerana "Ma'al Hijrah" yang bermaksud "Bersama Berhijrah" lebih sesuai kita katakan ia adalah tema kepada sambutan Tahun Baru Hijrah.
Bangsa Arab biasanya memberi ucapan Kullu 'Am Wa Antum Bikhair atau dengan sedikit tambahan untuk apa sahaja perayaan sama ada Hari Raya, Tahun Baru dan sebagainya. Rasanya sudah terjawab kepada persoalan di atas.
Penulis di kesempatan ini, mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431, semoga kita termasuk di kalangan orang-orang yang dipilih oleh Allah untuk menjadi lebih baik dari tahun ini. Tidak salah berazam, tetapi berazamlah untuk merealisasikan azam tersebut. Kullu 'Am wa Antum Ilallahi Aqrab wa ila To'atihi Adwam.
Doa Akhir & Awal Tahun :
Ma'al Hijrah
Kembali Bersua
Agak lama menyepi. Maaf dipohon kepada semua pengunjung yang tidak jemu-jemu menjenguk. Pastinya mengharap sesuatu yang dapat dikongsi bersama.
Penulis kini berada di tanah air. Internet yang agak terhad. Ditambah kitab rujukan yang dipos balik belum diterima, kesibukan menjalankan tugas-tugas sebagai seorang pendidik di Sek Men Islam Darul Ulum turut membantutkan usaha-usaha mengemaskini.
Entri kali ini, penulis cuma ingin berkongsi beberapa ibarat-ibarat yang agak menarik sesuai dengan bahasa moden kini :
Moga mendapat manfaat bersama. Wallahu A'lam.
Jamak Muzakkar Salim
Apakah Jamak Muzakkar Salim? Bagaimana untuk kita mengi'rab kalimah yang dibina dalam bentuk Jamak Muzakkar Salim. Kredit kepada Kalghari. Selanjutnya...
Lagi...Ha ti & Ta'ala
Mengenali dua ungkapan yang agak popular dan bagaimana menggunakannya. Agak istimewa kerana ia berlainan daripada kata-kata kerja yang biasa.
Keistimewaan :
Dua kalimah ini merupakan kalimah fe'el (kata kerja) yang hanya datang dalam bentuk amar (suruhan) sahaja. Tiada madhi (lepas) atau mudhori' (sedang).
Makna :
Membawa maksud datangkan kepada aku/kami ATAU berikan kepada aku/kami
Hukum :
Kedudukannya mabni 'ala kasri ;
Pengecualian :
Barisnya dhommah hanya ketika bersambung dengan wau al-jama'ah
Makna :
Terjemahannya adalah mari ATAU datanglah kepada aku/kami
Hukum :
I'rabnya mabni 'ala fathi ;
Sumbangan :
Muhammad Asri bin Tajuddin
Mahasiswa Fakulti Bahasa Arab Kaherah.
'Bon Appetit'
Untuk kali ini, akan dibincangkan satu ungkapan yang tidak kurang masyhurnya jika dibandingkan dengan ungkapan Ahlan wa Sahlan wa Marhaban.
Firman Allah ;
Sabda Nabi S.A.W ;
Peranan :
Diungkapkan sebagai ucapan doa kepada seseorang yang akan menjamu selera.
Terjemahan :
Nikmatilah hidanganmu sebaik-baiknya. Atau dengan kata lain, selamat menjamu selera.
Penggunaan :
Situasinya ketika kita menjemput saudara kita menjamu selera, selepas kita mempersilakan beliau untuk makan, maka ucapkan kepadanya seperti berikut :
Contoh 1 :هنيئا مريئا يا أخي العزيز
Contoh 2 :هنيئا لك الطعام
Contoh 3 :كلوا هنيئا لكم
Kedudukan I'rab :
- Mansub kerana berada pada kedudukan hal.
- Sahib Hal dibuang dengan taqdir
Semoga bermanfaat.
Rabbana, Rabbi & Allahumma
Rabbana, Rabbi & Allahumma.. Tiga ungkapan yang sering diucapkan di dalam doa kita setiap waktu. Apa i'rabnya??Kenapa Rabbana dibaca secara nasob dengan baris atas sedangkan tiada huruf nasob? Sepatutnya dibaca dengan rofo' Robbuna.??
J : Sebenarnya kalimah robbuna merupakan munada yang berhukum mansub.Tapi di mana huruf Nida'?
J : Huruf Nida' telah dihazafkan. Dengan taqdir : "Ya Rabbana"Adakah Rabbi macam Rabbana, dihazaf huruf Nida'nya?
J : Ya, Rabbi juga huruf Nida'nya dihazaf.Tapi mengapa dibaca dengan kasrah?
J : Asal lafaz Rabbi Adalah يا ربي kemudian dihazafkan huruf Nida'. Ya Mutakallim juga boleh dihazafkan dalam situasi Nida'. Tetapi baris kasrah sebelum ya mestilah dikekalkan.Bagaimana pula dengan Allahumma?
J : Allahumma asalnya merupakan lafaz Ya Allah, kemudian huruf Nida' dibuang dan digantikan dengan mim.Bagaimana i'rabnya?
Kabinet Mesir 2009
Tambahkan thaqafah berkenaan Kabinet Mesir yang terdiri daripada 32 kementerian.
* Muat turun .pdf - 216KB
"Ahlan wa Sahlan wa Marhaban"
Ungkapan yang sering diucapkan, selalu diterima, kerap didengari. Cuma pernah tak terfikir kenapa Ahlan (dgn fathatain), bukan Ahlun atau Ahlin ?
Ungkapan ini merupakan ungkapan klasik yg telah wujud dalam masyarakat Arab jahiliah lagi. Diungkapkan sebagai kata-kata aluan (tarhib) dan doa kepada si pendengar.
Sebenarnya terdapat beberapa pendapat berkenaan kenapa ungkapan ini datang dalam bentuk nasob (fathatain).
Pendapat Pertama :
al-Askariy menyatakan makna ungkapan tersebut adalah 'Ataita Ahlan ka Ahlika ' iaitu kamu mendatangi saudara seperti saudaramu sendiri. Ini bermakna, kedudukan Ahlan adalah maf'ul bihi.
Pendapat Kedua :
al-Farra' pula memberikan maknanya sebagai doa 'Rahhaba bika Allahu Marhaban wa Ahallaka Ahlan ' iaitu moga Allah meraikan kamu dengan keraian, dan ini bermakna kedudukan i'rabnya adalah maf'ul mutlak.
Pendapat Ketiga :
al-Astarabazi pula berkata, makna ungkapan tersebut 'Ataita Ahlan la Ajanib ' iaitu kamu datang sebagai saudara kami bukan orang asing. Kedudukannya adalah hal.
** Mana-mana i'rab di atas boleh digunapakai, cuma alasan dan taqdir kalam mestilah sepadan dengan i'rabnya.
Rujukan : al-Mu'jam fi al-Asalib al-Islamiah wa al-Arabiah.
Imtihan 2008/2009
"Bagaimana bentuk kertas soalan peperiksaan di Universiti al-Azhar?" terpacul soalan dari sorang teman di Malaysia.
Untuk dikongsi bersama semua pengunjung, ana paparkan semua soalan (kecuali Bahasa Inggeris) untuk 13 subjek silibus Tahun 4 Fakulti Bahasa Arab Kampus Kaherah bagi sesi 2008/2009. Semua kertas telah discan sendiri. Abaikan sebarang coretan berdakwat biru.
* Jangan lupa klik Toggle Full Screen untuk paparan yang lebih jelas.
eBook - Panduan Mempelajari Bahasa Arab
Sebuah eBook dalam bahasa Indonesia (mudah difahami), sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dan koleksi.
* Untuk lebih jelas, klik pada ikon Toggle Full Screen pada penjuru atas sebelah kanan.
* Muat turun .pdf - 526.49KB
[Qasidah] Perwatakan Rasulillah SAW
Sebuah burdah yang digarap daripada sepotong Hadis yang telah diriwayatkan oleh Sayyidina Ali k.w.h berkenaan sifat perwatakan Rasulillah s.a.w.
Dengan lautan Kemuliaan dan Kesucian
Para Sahabat Yang Mulia meriwayatkan
Sebahagian mereka, S. Ali yang cukup setia
Baginda sederhana di antara manusia
Tidak terlalu tinggi atau rendah
Rambut hitam warnanya
Wajah bagaikan purnama
Adakah Baginda gempal di antara semua
Adakah muka Baginda bulat, aku menjawab ; Tidak
Raut wajah Baginda bujur
Bagaikan dihiasi berlian dan permata
Bulu mata Baginda bercelak
Mata hitamnya bagaikan malam yang bersinar
Bola mata Baginda begitu menarik
Dek kerna memandang dengan nur Ilahi
Amat pemurah dan begitu mulia
Lihatlah pada penampilan dan dermawannya Baginda
Baginda lebih pemurah daripada hujan yang lebat
Cukuplah jiwaku sebaga perisai kepada Baginda
Rasulullah punyai khatam
Khatam tanda kenabian
Bahu sebagai bukti anugerah khatam itu
Allah sahajalah sebaik-baik Pencipta
Muat turun .mp3 - 3.7MB
Ibtisamat
Berkongsi satu klip video yang boleh dikatakan agak menarik, nak tergelak gak dengar. Walaupun Arab tu Arab fake. Apa pun satu usaha yang baik.
** Betul ke ni iklan NST?? rasa macam iklan buat sendiri jer..
A'la kulli hal, mabruk li man sahama fi ikhraji hazal klib.
** Pesanan ; tak baik tau mempersendakan orang!!
Budi bahasa budaya kita juga ajaran agama kita.
Penggunaan Amma
Lama tak update. Sibuk sikit menghadapi imtihan. Seminggu 2 paper, Sabtu dan Selasa. Insya Allah 14 Jun selesai.
Mencuri senggang waktu untuk menulis juga memandangkan traffic masuk setiap hari dari pelbagai ceruk rantau. Dan untuk tudak menghampakan sahabat-sahabat yang kerap berkunjung ke sini.
Untuk kali ini hanya maklumat ringkas yang ana sebutkan berkenaan penggunaan kalimah Amma.
Peranan
Membawa maksud 'adapun..'
Kalimah amma ni merupakan salah satu penanda wacana (dalam bentuk ayat syarat) bagi mengindahkan sesuatu kalam.
Penggunaan
- Mesti disertakan bersama dengan huruf fa' ( الفاء ) sebagai jawapan kepada ayat sebelumnya. Bermaksud, '..maka'
- Kalimah amma dan huruf fa' ini tidak menjejaskan kedudukan i'rab kalimah selepasnya.
Contoh
Khutbah @ ucapan
Al-Quran
"Adapun orang-orang yang beriman dan melakukan amalan soleh, maka bagi mereka syurga ma'wa..." as-Sajdah : 09
"Adapun perahu itu, maka ia adalah kepunyaan orang miskin..." al-Kahfi : 79
Semoga maklumat ringkas ini, memberikan manfaat berguna.
Asma ul Husna?
"Asma ul Husna atau al-Asma ul Husna?" Yang mana satu betul nih? Biasanya orang sebut Asma ul Husna.
Rasanya bagi yang menguasai Nahu sudah tentu dapat membezakan di antara dua rangkai kata di atas.
أسماء الحسنى
Rangkai kata yang dibentuk daripada mudhaf dan mudhafun ilaih.
الأسماء الحسنى
Pula terbina daripada mausuf dan sifah @ man'ut dan na'at.
Jadi, yang mana BETUL?
Jawapannya ;
al-A'raf 180
Bagaimana pula dengan kalimah ini ;
Jadi, perbetulkan lisan kita agar menjadi ikutan yang lain.
'Pintar Soleh'
Nampak menarik kamus ini, ni bukan promo tau. Benda yg baik elok sama-sama kita kongsi. Kalau ana berada di M'sia, mesti ana dah beli. Selanjutnya...
Lagi...Menarik
Artikel menarik untuk dikongsi. "Bahasa Arab - Bahasa syurga yang mempengaruhi dunia" oleh Zamri Mohamad. Selanjutnya...
Lagi...Akronim
Tak pasti betul ke tak terjemahan tu. Sebab biasanya akronim tu merupakan perkataan yg terbentuk daripada huruf awalan sesuatu rangkaian perkataan.
"aritu kata nak tawaquf dulu sebab nak exam.." tempelak roomateku.
"saja nak kongsi satu subtopik yg menjadi muqarar (silibus) untuk exam bagi subjek Feqh Lughah (Philology)." balasku.
Sebenarnya yang ana maksudkan dengan akronim adalah an-Nahtu
Merupakan beberapa kalimah yang diringkaskan menjadi satu kalimah.
Contoh :
حمدل : الحمد لله
سبحل : سبحان الله
هيلل : لا إله إلا الله
حوقل : لا حول ولا قوة إلا بالله
حسبل : حسبي الله
صلعم : صلى الله عليه وسلم
مشأل : ما شاء الله
حيعل : حي على الصلاة
سمعل : السلام عليكم
Penjelasan :
Biasanya kalimah-kalimah yang diringkaskan ini merupakan ayat lengkap yang sering diungkapkan dalam kehidupan harian dan kebanyakannya adalah mengandungi makna doa.
Semua kalimah di atas merupakan kalimah kata kerja
Juga terdapat istilah yang dibentuk BUKAN daripada ayat tetapi dibentuk daripada beberapa kalimah seperti :
dan banyak lagi..
Wallahu A'lam.
[Qasidah] Rembulan Purnama
Burdah untuk dihayati dan diselami makna dan keindahan bahasanya.
Lagi...Tasyabuh al-Atraf
Sedap ja bunyi dia.. "Apa bendanya tu?" spotan soalan terdetik di hati sebab belum pernah dengar. "Kalau terjemah secara harfa bi harfin, penghujung yang serupa" aku berteka-teki sendirian.
Sebenarnya, ana sendiri tak tau terjemah macam mana. Tapi teka-teki tu dekat-dekat nak tepat la tu. Jom kita lihat takrifan yang diletakkan oleh ulama balaghah. Pastu, kita terjemah apa yg sesuai.
Takrif :
maksudnya : Ia merupakan ending yang bersesuaian dengan makna satu-satu ayat.
Agak-agak boleh faham tak?
Tasyabuh al-Atraf merupakan salah satu subtopik kepada Mura'atun Nazir ( مراعاة النظير ) yang merupakan sebagian daripada perbincangan Ilmu Badi' ( علم البديع ).
Contoh :
terjemahannya : DIA tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang DIA dapat melihat segala penglihatan itu dan DIA lah yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
Penjelasan :
1. Kalimah "Maha Halus" ( اللطيف ) bertepatan dengan "DIA tidak dapat dicapai dengan penglihatan mata" ( لا تدركه الأبصار ). Seolah-olah memberikan kita alasan dan sebab kenapa "DIA tidak dapat dicapai dengan penglihatan mata" kerana "DIA Maha Halus".
2. Kalimah "Maha Mengetahui" ( الخبير ) pula bertepatan dengan "DIA dapat melihat segala penglihatan itu" ( وهو يدرك الأبصار ). Juga mempunyai kesinambungan, bagaimana pula "DIA dapat melihat segala penglihatan itu"? Jawapannya kerana "DIA Maha Mengetahui"
Di manakah Tasyabuh al-Atraf itu?
Penghujung ayat di atas iaitu ( وهو اللطيف الخبير )
Di sini ana cuma datangkan satu contoh sahaja.. Di dalam al-Quran banyak terdapat Tasyabuh al-Atraf, cuma kita saja yang tidak kenal dan tidak cuba untuk memerhatikannya.
Jadi, ana belum temui apakah terjemahan yang tepat untuk Tasyabuh al-Atraf. Minta jasa baik sahabat-sahabat yang faham dan ada idea yang BEST, dapat memberikan cadangan di ruangan komen.
Kalau ada sahabat-sahabat yang kurang jelas, jangan malu untuk bertanya. Sekadar berkongsi apa yang ada. Wallahu A'lam.
Kitab Nahu
Senarai Kitab-kitab Nahu yang perlu dimiliki. Kredit to Mohd Nazrul Abd Nasir. Selanjutnya...
Lagi...[Qasidah] Monolog Kalbu
"Ustaaz bleh masuk burdah lg x, ana nak downlod" "link burdah len ada tak?"
"sedapnya bahasa burdah tu..dalam maksudnya..boleh x anta letak byk lg burdah2 yg menarik?bgus menghayati burdah dr menghayati lagu2 yg melalaikan..."
Ada permintaan dari sahabat-sahabat yang berminat dengan burdah-burdah ni, walaupun bilangan yang mendownload mp3 Da'uuni baru-baru ni sehingga hari ini baru 10. Apapun jazakallahu khairal jazak atas support dan sokongan yang diberikan, doakan moga ana terus istiqomah.
Untuk kali ini ana bawakan Munajat pula iaitu rintihan hamba kepada Tuhannya.
Kalbuku Merintih menyeru namaMu Wahai Tuhanku
Ia berbisik memanggilMu Wahai Tuhan Yang Melimpahkan Hidayah
Engkaulah Tuhanku... Engkaulah Segalanya
Teguhkan.. muliakan dan sucilahkan kalbuku
Lapangkanlah kesempitanku... ampunilah dosa-dosaku
Wahai Tuhanku, sembunyikanlah segala keaibanku
Akhirat nanti ku cuma mengharapkan kesejahteraan
Aku takutkan rasa penyesalan... maka Engkau ampunilah daku
Mencintai Rasulullah ia sebagai penyuluh cahaya hatiku
Memuji Muhammad SAW mendekatkan lagi aku kepadanya
Dialah manusia yang agung, cukup hebat
Dialah sebaik-baik utusan, amat lemah lembut
Akhirat nanti ku cuma mengharapkan kesejahteraan
Aku takutkan rasa penyesalan... maka Engkau ampunilah daku
Sesungguhnya akan berlaku satu hari yang pasti
Maka, bersiap sedialah dengan segala kebajikan
Kemenangan itu hanyalah untuk mereka yang bersiap sedia
dengan sebaik-baik bekalan dan sentiasa berwaspada
Akhirat nanti ku cuma mengharapkan kesejahteraan
Aku takutkan rasa penyesalan... maka Engkau ampunilah daku
Muat turun munajat (.mp3 - 4.89MB)
Indahnya munajat ini.
** Untuk paparan qasidah yang lebih jelas, klik pada imej di atas.
** Disarankan qasidah di atas dijadikan koleksi bersama mp3, klik kanan dan save image as..
Kamusku
"Leceh la budak mesir pakai kamus Arab-Melayu" sindir seorang senior.
"Ustaz, ustaz tu tak bagi kami pakai kamus Tullab. Dia kata tu level budak sekolah menengah boleh la" rintih seorang pelajar baru.
"Kami pi tengok kat maktabah (kedai buku), macam-macam jenis kamus ada. tak tau nak pilih hat mana."
"Satgi kami beli, tak reti nak guna pulak."
Tu situasi biasa, rengekan adik-adik yang baru sampai Tanah Arab.
"Ustaz, macam mana nak guna kamus Arab-Arab nih?"
"Kami tak faham makna, kami buka kamus Arab-Arab nih lagi la tak faham."
"Macam mana nak tau kalimah asal (rootword) untuk satu-satu kalimah tu?"
Jadi lagu tu pulak, dah tak bagi guna kamus Arab-Melayu, depa guna kamus Arab-Arab. Tapi tak selesai plak masalah sebab ada dua punca ;
Pertama ; tak reti nak cari sebab tak tau rootword.
Kedua ; dah jumpa, tapi tak faham makna jugak.
Jadi camna nak buat?
Relax la, baru-baru macam tu la. Manusia ni jenih dia bukan boleh berjalan teruih, kena menyuluq dulu pastu merangkak, baru bleh berjalan. Kita manusia bukan binatang. Faham?
Step by step la.
Jadi untuk kamus ni, sebagai permulaan ana sarankan guna المعجم العربي الأساسي al-Mu'jam at-Arabi al-Asasi (Asasi) keluaran Liga Arab. Ana sampai la nih dok guna yang nih, sebab bahasa dia mudah, simple, up-to-date dan agak menyeluruh. Harga pun tak mahal LE 60 atau lebih kurang RM40 ja.
Bila dah rasa advance sket, boleh la kalau nak guna al-Wajiz atau al-Wasit keluaran Majma' Lughah Arabiah, Kaherah (kira macam DBP kat M'sia). Ana tak berapa minat 2 kamus nih, sebab kurang menarik. Tapi kalau dah tak jumpa dalam Asasi baru ana buka 2 kamus nih.
Kamus-kamus klasik seperti Mu'jam Ain, Lisanul Arab, Jamharah, al-Qamus al-Muhit dsb ana tak berapa nak galakkan sebabkan kalimah-kalimahnya mesti juga klasik. Kamus-kamus ini hanya sesuai untuk dibuat sebagai rujukan bagi menulis bahas (assigment) atau risalah (tesis). Juga sekiranya kita membaca kitab-kitab turath, maka selayaknya kita membuka atau mencari makna dengan kamus turath (klasik) juga. Baru kita boleh faham dengan jelas.
Sebaliknya, kalau kalimah yang kita cari tu merupakan kalimah-kalimah moden yang biasanya berkaitan dengan sains, teknologi, ICT atau sebagainya, kamus yang paling sesuai adalah kamus Arab-Inggeris seperti al-Mawrid.
Kembali kepada dua sebab di atas, dah selesai ka belum masalah tu?
Nak tau jawapannya, try la guna Asasi tu.. Jawapan ada pada anda sendiri.
Wallahu A'lam. Moga bermanfaat.
Santai
Satu situasi hiwar di pasar dalam loghat Arab Mesir. Kredit to Kalghari Network. Selanjutnya...
Lagi...Ismul Jam'ie
Artikel kali ini akan membicarakan tentang Ismul Jam'ie (اسم الجمع) bukan jamak muzakkar/muannas salim atau jamak taksir.
Ismul Jam'ie merupakan kalimah yang mengandungi makna jamak (banyak/ramai). Berbeza dengan jamak kerana jamak merupakan kalimah yang dibentuk daripada perkataan mufrad, tetapi ismul jam'ie merupakan kalimah mufrad yang mengandungi makna jamak.
Contoh JAMAK ;
مسلمون jamak kepada kalimah مسلم
Contoh ISMUL JAM'IE ;
قوم bukan dibina daripada mana-mana kalimah mufrad.
Contoh-contoh lain Ismul Jam'ie ;
شعب (bangsa) قبيلة (kafilah) جيش (tentera) نساء (wanita)
Daripada contoh-contoh di atas, kita dapati bahawa semua kalimah itu adalah bukan merujuk kepada satu individu tetapi kepada suatu kumpulan individu yang ramai. Inilah yang disebut mengandungi makna jamak (banyak/ramai).
Hakikat sebenar Ismul Jam'ie adalah lafaznya mufrad dan maknanya jamak. Jadi, kalimah-kalimah ini boleh dijamakkan dan dimusannakan seperti contoh berikut ;
قومان (musanna)
أقوام (jamak taksir)
Bagaimana cara penggunaan Ismul Jam'ie?
Oleh kerana lafaznya mufrad dan maknanya jamak, maka kita boleh i'rab sama ada ;
Pertama : Boleh guna sebagai mufrad dengan alasan lafaznya mufrad
Contoh ; القوم سار / قوم ذكي
Kedua : Boleh guna sebagai jamak dengan alasan maknanya jamak
Contoh ; القوم ساروا / قوم أذكياء
Semoga bermanfaat, wallahu a'lam.
[Qasidah] Biarkan Daku...
Untuk dikongsi bersama, antara Burdah Nabawiyyah yang sering dilagukan bersama sepanjang Program Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari.
Lagi...Ibnu Hisyam al-Ansory
Merupakan seorang tokoh dalam ilmu nahu yang begitu terkenal kerana menghasilkan karya-karya yang hebat dan dijadikan sumber rujukan utama.
Penulis berkesempatan menziarahi maqam Ibnu Hisham al-Ansory pada Sabtu 7 Mac yang lalu menyertai Ziarah Maqam anjuran KPP. Ini merupakan jaulah penulis yang entah kali ke berapa selama berada di Ardil Kinanah ini. Program Ziarah Maqam/Jejak Aulia' ini kerap diadakan oleh persatuan-persatuan anak negeri ke arah memupuk rasa cinta kepada Ali Bait Rasulullah dan para aulia solihin.
Kesempatan jaulah ziarah kali ini, penulis hanya berkesempatan menziarahi lebih daripada 20 maqam sahaja antaranya Maqam Uqbah bin 'Amir r.a (salah seorang sahabat Rasulullah yang membuka Afrika Utara), Imam Syafie, Ibn Hajar al-'Asqolani (pengarang Fathul Bari syarah kepada Sahih al-Bukhari), Rabi'atul Adawiyah, Zunun al-Misry, Ibn 'Atoillah as-Sakandari (pengarang al-Hikam), Ibn Daqiq al-'Aid (seorang ulama mazhab Syafie), Imam Hassan al-Banna, Ibn Sirin (pengarang Tafsir Ahlam) rahimahumullah ajma'in. dan beberapa maqam Ali Bait seperti Sayyidah Zainab , Sayyidah Sukainah, Sayyidah Ruqaiyyah, Sayyidah Nafisah dan ramai lagi. Sebenarnya, ada beberapa maqam yang tak sempat diziarahi seperti Imam Sayuthi, Imam Syatibi, Imam Laith dll.
Cuma di sini penulis ingin menceritakan serba ringkas tentang Ibnu Hisyam (Abdullah Jamaluddin bin Yusuf bin Ahmad bin Abdullah bin Hisyam al-Ansory), maqam beliau terletak di kawasan Bab Nasr, tidak jauk dari Darrasah (kawasan yang menempatkan Jami' al-Azhar, Masjid Hussein dan Bazar Khan al-Khalili). Maqam ini agak uzur dan biasanya sentiasa berkunci. Hanya diziarahi dari luar sahaja.
Baliau dilahirkan di Kaherah pada 708 H (1309 M). Ibn Khaldun pernah berkata ; Ketika kami berada di Maghribi kami mendengar bahawa telah muncul di Mesir seorang yang alim dalam Bahasa Arab, disebut sebagai Ibn Hisyam dan lebih pakar daripada Sibawaih.
Beberapa karya beliau yang masyhur adalah أوضح المسالك Awdoh al-Masalik 4 juz(syarah kepada Alfiah Ibn Malik), قطر الندى وبل الصدى Qatrunnada wa Ballussoda, شذور الذهب Syuzur Zahab dan مغني اللبيب Mughni Labib. Kitab Awdoh Masalik telah dijadikan silibus subjek Nahu di Fakulti Bahasa Arab Universiti al-Azhar (Juz 1 untuk Tahun Pertama dan seterusnya).
Perlu diingatkan, Ibn Hisyam ini BUKAN pengarang Sirah Ibn Hisyam, walaupun terdapat persamaan pada nama. Pengarang kepada Sirah tersebut adalah Ibnu Hisyam (Imam Abd Malik bin Hisyam bin Ayyub al-Mu'afiri) yang wafat pada 213 H.
Jinas
Untuk ruangan balaghah, kita akan study sikit berkenaan Jinas ( الجناس ) yang merupakan sebagian daripada wasilah bagi mencantikkan bahasa.
Jinas merupakan secara zahir nampak seakan-akan sama bunyinya tetapi masing-masing membawa makna yang berbeza. (Lafaz sama, makna tak sama)
Kalau Rhythm ( السجاع ) merupakan irama yang hampir-hampir sama pada penghujung ayat, tetapi Jinas TIDAK mesti di hujung ayat.
Antara contoh Jinas ;
Keindahan Jinas ;
1. Dapat menarik minat pendengar/pembaca dengan rentak bahasa yang hampir sama.
2. Memberikan impak positif kepada pendengar/pembaca untuk memberikan lebih tumpuan dan fokus supaya mereka tidak tersalah dengar atau tersilap faham.
3. Menunjukkan kehebatan si penyusun kalam dalam memilih kalimah-kalimah yang dapat menarik perhatian pendengar/pembacanya.
Wallahu A'lam.