Rabbana, Rabbi & Allahumma

Rabbana, Rabbi & Allahumma.. Tiga ungkapan yang sering diucapkan di dalam doa kita setiap waktu. Apa i'rabnya??

ربَّنا


Kenapa Rabbana dibaca secara nasob dengan baris atas sedangkan tiada huruf nasob? Sepatutnya dibaca dengan rofo' Robbuna.??

J : Sebenarnya kalimah robbuna merupakan munada yang berhukum mansub.
Tapi di mana huruf Nida'?

J : Huruf Nida' telah dihazafkan. Dengan taqdir : "Ya Rabbana"

ِّرب


Adakah Rabbi macam Rabbana, dihazaf huruf Nida'nya?

J : Ya, Rabbi juga huruf Nida'nya dihazaf.
Tapi mengapa dibaca dengan kasrah?

J : Asal lafaz Rabbi Adalah يا ربي kemudian dihazafkan huruf Nida'. Ya Mutakallim juga boleh dihazafkan dalam situasi Nida'. Tetapi baris kasrah sebelum ya mestilah dikekalkan.

اللهُّم


Bagaimana pula dengan Allahumma?

J : Allahumma asalnya merupakan lafaz Ya Allah, kemudian huruf Nida' dibuang dan digantikan dengan mim.
Bagaimana i'rabnya?

الله : منادى مبني على الضم
والميم المشددة : عوض عن حرف النداء المحذوف