Koleksi Percubaan al-Adab wa al-Balaghah SPM 2020

Penulis himpunkan di sini koleksi Soalan al-Adab wa al-Balaghah (AWB) bagi Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2020 daripada beberapa negeri. Calon-calon SPM 2020 bolehlah jadikan koleksi soalan ini sebagai bahan pembelajaran kendiri dan latih tubi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Penulis mengumpulkan koleksi ini daripada beberapa sumber sebahagian besarnya daripada gg.gg/awbkbd. Jazakumullah, kredit kepada uploader/sumber asal.

Lagi...

Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) 2.0 PIBA & KBD

Pelaksanaan PKP menyebabkan pelaksanaan PdP secara bersemuka di bilik darjah tidak dapat dilaksanakan secara normal. Meskipun guru telah berusaha melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) sepanjang tempoh PKP, namun keberkesanan pelaksanaannya didapati tidak mencapai tahap optimum. Masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan memberi implikasi terhadap pembelajaran murid pada tahun 2021. Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Edisi 2.0 termasuk semua mata pelajaran pendidikan Islam dan bahasa Arab di bawah seliaan BPI bagi kegunaan tahun 2021.

Lagi...