Imtihan 2008/2009

"Bagaimana bentuk kertas soalan peperiksaan di Universiti al-Azhar?" terpacul soalan dari sorang teman di Malaysia.

Untuk dikongsi bersama semua pengunjung, ana paparkan semua soalan (kecuali Bahasa Inggeris) untuk 13 subjek silibus Tahun 4 Fakulti Bahasa Arab Kampus Kaherah bagi sesi 2008/2009. Semua kertas telah discan sendiri. Abaikan sebarang coretan berdakwat biru.

Soalan Peperiksaan


* Jangan lupa klik Toggle Full Screen untuk paparan yang lebih jelas.

Lagi...

eBook - Panduan Mempelajari Bahasa Arab

Sebuah eBook dalam bahasa Indonesia (mudah difahami), sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dan koleksi.

Panduan Durusul Lughah Al-Arabiyah 1


* Untuk lebih jelas, klik pada ikon Toggle Full Screen pada penjuru atas sebelah kanan.

* Muat turun .pdf - 526.49KB
download

Lagi...

[Qasidah] Perwatakan Rasulillah SAW

Sebuah burdah yang digarap daripada sepotong Hadis yang telah diriwayatkan oleh Sayyidina Ali k.w.h berkenaan sifat perwatakan Rasulillah s.a.w.

Wasfun Nabi
Perwatakan Nabi Yang Terpilih
Dengan lautan Kemuliaan dan Kesucian
Para Sahabat Yang Mulia meriwayatkan
Sebahagian mereka, S. Ali yang cukup setia

Baginda sederhana di antara manusia
Tidak terlalu tinggi atau rendah
Rambut hitam warnanya
Wajah bagaikan purnama

Adakah Baginda gempal di antara semua
Adakah muka Baginda bulat, aku menjawab ; Tidak
Raut wajah Baginda bujur
Bagaikan dihiasi berlian dan permata

Bulu mata Baginda bercelak
Mata hitamnya bagaikan malam yang bersinar
Bola mata Baginda begitu menarik
Dek kerna memandang dengan nur Ilahi

Amat pemurah dan begitu mulia
Lihatlah pada penampilan dan dermawannya Baginda
Baginda lebih pemurah daripada hujan yang lebat
Cukuplah jiwaku sebaga perisai kepada Baginda

Rasulullah punyai khatam
Khatam tanda kenabian
Bahu sebagai bukti anugerah khatam itu
Allah sahajalah sebaik-baik Pencipta



Muat turun .mp3 - 3.7MB
download

Selamat menikmati cuti musim panas kpd yang masih di perantauan dan selamat menikmati suhu khatulistiwa kpd yang pulang ke tanahair.

Lagi...

Ibtisamat

Berkongsi satu klip video yang boleh dikatakan agak menarik, nak tergelak gak dengar. Walaupun Arab tu Arab fake. Apa pun satu usaha yang baik.

Iklan NST Versi Arab - Bahasa Arab Bahasa Syurga

** Betul ke ni iklan NST?? rasa macam iklan buat sendiri jer..
A'la kulli hal, mabruk li man sahama fi ikhraji hazal klib.
** Pesanan ; tak baik tau mempersendakan orang!!
Budi bahasa budaya kita juga ajaran agama kita.

Lagi...

Penggunaan Amma

Lama tak update. Sibuk sikit menghadapi imtihan. Seminggu 2 paper, Sabtu dan Selasa. Insya Allah 14 Jun selesai.

Mencuri senggang waktu untuk menulis juga memandangkan traffic masuk setiap hari dari pelbagai ceruk rantau. Dan untuk tudak menghampakan sahabat-sahabat yang kerap berkunjung ke sini.

Untuk kali ini hanya maklumat ringkas yang ana sebutkan berkenaan penggunaan kalimah Amma.

أما

Peranan

Membawa maksud 'adapun..'

Kalimah amma ni merupakan salah satu penanda wacana (dalam bentuk ayat syarat) bagi mengindahkan sesuatu kalam.

Penggunaan

- Mesti disertakan bersama dengan huruf fa' ( الفاء ) sebagai jawapan kepada ayat sebelumnya. Bermaksud, '..maka'

- Kalimah amma dan huruf fa' ini tidak menjejaskan kedudukan i'rab kalimah selepasnya.

Contoh

Khutbah @ ucapan

أما بعد، فيا عباد الله

Al-Quran



"Adapun orang-orang yang beriman dan melakukan amalan soleh, maka bagi mereka syurga ma'wa..." as-Sajdah : 09



"Adapun perahu itu, maka ia adalah kepunyaan orang miskin..." al-Kahfi : 79

Semoga maklumat ringkas ini, memberikan manfaat berguna.

Lagi...