Jinas

Untuk ruangan balaghah, kita akan study sikit berkenaan Jinas ( الجناس ) yang merupakan sebagian daripada wasilah bagi mencantikkan bahasa.

Jinas merupakan secara zahir nampak seakan-akan sama bunyinya tetapi masing-masing membawa makna yang berbeza. (Lafaz sama, makna tak sama)

Kalau Rhythm ( السجاع ) merupakan irama yang hampir-hampir sama pada penghujung ayat, tetapi Jinas TIDAK mesti di hujung ayat.

Antara contoh Jinas ;

قال تعالى : وهم يَنْئَوْنَ عنه ويَنْهَوْنَ عنه

وقال تعالى : وجئتك من سَبَإٍ بنَبَإٍ يقين

اللهم كما حسنت خَلْقِي فحسن خُلُقِي


Keindahan Jinas ;

1. Dapat menarik minat pendengar/pembaca dengan rentak bahasa yang hampir sama.

2. Memberikan impak positif kepada pendengar/pembaca untuk memberikan lebih tumpuan dan fokus supaya mereka tidak tersalah dengar atau tersilap faham.

3. Menunjukkan kehebatan si penyusun kalam dalam memilih kalimah-kalimah yang dapat menarik perhatian pendengar/pembacanya.

Wallahu A'lam.

Lagi...

Wasiat al-Banna ke-3

Sepuluh wasiat beliau cukup masyhur.Cuma di sini dihighlightkan wasiat beliau yang ketiga. Nak tau apa? Kredit to Fahri Abdullah al-Masri. Selanjutnya...

Lagi...

Nun al-Wiqayah

Selalu dah jumpa nun ni..tapi kadang-kadang dia ada, kadang dia tak dak. Jom kita tengok bila masa dia dan bila masa plak dia tak dak.

Sebelum kita nak tau bila, kena kenai dulu sapa dia?

Nun al-Wiqayah نون الوقاية adalah huruf nun yang berbaris kasrah terletak di antara fe'el @ huruf dengan ya mutakallim (ya aku la tu).

Wajib ada :

الفعل مثل عرفني
ليت > ليتني
مِن > منّي
عن > عنّي

Harus ada :

كأنّ > كأنني / كأني
إنّ > إنني / إني
لكنّ > لكنني / لكني
لعلّ > لعلني / لعلي

Mudah ja kan. Yang susahnya apa, susah nak ingat.. Wallahu A'lam..

Lagi...

Allah Berbicara Tentang Buah-buahan

Beberapa jenis buah-buahan yang disebutkan di dalam al-Quran. Jom pakat-pakat tadabbur Kalam Tuhan. Kredit to Pejuang Kecil. Selanjutnya...

Lagi...

Seumpama..

Untuk tidak menghampakan sahabat-sahabat yang menjenguk ke sini, ana cuma dapat menghidangkan beberapa perumpamaan (tasybih) yang familiar..


Klik pada imej untuk lebih jelas

Ana rasa tak perlu untuk ana terjemahkan, kalau ada request, insya Allah ana akan terjemahkan.

Lagi...

Jangan dok ungkit dah!

Insya Allah untuk ruangan kali ini kita akan cuba sama-sama mentadabbur dan meneliti keindahan bahasa al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 264.


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan mengejek (si penerima), seumpama orang yang menafkahkan hartanya dengan penuh riyak di hadapan manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Maka perumpamaan orang itu seperti sebuah batu besar yang licin terdapat tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan yang lebat lalu batu tersebut menjadi bersih. Mereka tidak memperolehi apa pun dari apa yang mereka lakukan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir."

Satu perumpamaan yang indah dan jelas bagi menggambarkan betapa ruginya orang-orang yang bersedekah secara riyak, kemudian mengungkit-ungkit dan menghina si penerima sedekah.

Cuba gambarkan dalam fikiran kita, ada seketul batu yang besar yang licin maksudnya tidak berlekuk dan terdapat pula tanah atau debu di atasnya. Biasa la kan...kita memang selalu jumpa batu-batu macam ni di tepi-tepi jalan. Allah Taala tidak menggunakan kalimah ( حجر ) yang merujuk kepada batu-batu biasa yang selalunya kasar dan berlekuk. Kenapa?

Kemudian, batu licin yang terdapat tanah tadi ditimpa hujan. Bukan hujan renyai-renyai. Tetapi kalimah ( وابل ) membawa maksud hujan yang lebat. Jadi apa lagi yang tinggal di atas batu tadi? Masih ada sisanya? Kalau batu tadi berlekuk, mungkin akan sisa walaupun sedikit yang terdapat di celah lekukan batu itu.

Natijahnya, Allah Taala menyatakan secara jelas ( فتركه صلدا ) maka yang tinggalnya hanya batu tersebut bersih tanpa sebarang kotoran. Perumpamaan ini cukup dekat dengan kita, kita tak perlu untuk membayangkan sesuatu yang jauh kerana batu ada di sekeliling kita. Cuma kita saja yang tidak cuba untuk memerhatikan alam sekeliling ciptaan Allah SWT. Subhanallah..

Berbalik kepada larangan Allah Taala, agar tidak riyak, tidak mengungkit-ungkit dan tidak mengejek si penerima, kerana kita sendiri yang akan rugi kerana tidak mendapat apa-apa hasil dari sedekah kita itu walaupun sedikit seumpama batu licin di atas. Allah juga menyebut secara jelas ( لا يقدرون على شيء مما كسبوا ). Cuba kita fikir, duit dah habis sedekah kepada orang tetapi pahala pula tak dapat. Apa yang dapat? Rugi...rugi..

Jadi, ikhlaskanlah sedekah anda..Wallahu A'lam

Lagi...

Kitab oh Kitab!

Alhamdulillah, dah selesai imtihan. Bersempena Pameran Buku Antarabangsa Kaherah 2009 (معرض القاهرة الدولي للكتاب) yang sedang berlangsung dari 21 Jan. - 5 Feb. dan sebagai rentetan kepada entry Alfiyyah bukan Alpayah di sini ana ingin menyebutkan beberapa kitab yang berkaitan dengan Alfiyyah.

Disebabkan oleh kehebatan Matan Alfiyyah, maka ramailah ulama dan ahli lughah yang telah memberikan syarah dan meletakkan hasyiah kepada matan ini. Cuma di sini ana akan menyebutkan beberapa kitab yang masyhur sahaja dan semoga dapat diambil manfaat bersama.

Pertama

شرح ابن عقيل : ابن عقيل القرشي

Hasyiah kepada شرح ابن عقيل

حاشية الخضري : محمد الخضري الدميطي

حاشية السجاعي : السجاعي
شرح شواهد ابن عقيل : عبد المنعم الجرجاوي

Kedua
أوضح المسالك إلى ألفية ابن مالك : ابن هشام الأنصاري

Hasyiah kepada أوضح المسالك إلى ألفية ابن مالك

شرح على أوضح المسالك : خالد بن عبد الله الجرجاوي


Ketiga
منهج السالك : علي بن محمد بن عيسى الأشموني

Hasyiah kepada منهج السالك

حاشية الصبان : محمد بن علي الصبان الشافعي


Keempat
شرح المكودي : عبد الرحمن بن علي بن صالح المكودي

Hasyiah kepada شرح المكودي

حاشية الملوي : الملوي


Wallahu Taala A'la wa A'lam.

Lagi...