Dokumen Panduan Mata Pelajaran Manahij al-Ulum al-Islamiyah KBD

Pengenalan mata pelajaran Manahij al-Ulum al-Islamiyah di Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah bermatlamatkan untuk melahirkan individu Muslim yang alim, beriman, bertaqwa, soleh dan berbudi pekerti yang mempunyai kompetensi yang jitu dan memiliki kemahiran yang koheren dalam mengeluarkan keputusan yang sahih dalam kehidupan seharian berdasarkan kewarasan akal dan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

Lagi...

Dokumen Panduan Mata Pelajaran Usul al-Din KBD

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Usul al-Din adalah mata pelajaran elektif yang dilaksanakan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh Malaysia. KSSM Usul al-Din digubal bagi memenuhi keperluan untuk membina akidah yang kukuh dan membentuk peribadi muslim yang memahami, mengamalkan dan menghayati Islam secara menyeluruh.

Lagi...

Dokumen Panduan Mata Pelajaran al-Syariah (KBD)

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi sekolah yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) mata pelajaran al-Syariah di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) digubal untuk memenuhi keperluan membina dan membentuk peribadi muslim yang memahami, mengamalkan dan menghayati Islam secara menyeluruh.

Lagi...

Penataran DSKP LAM T4 Peringkat Negeri Kedah

19 November 2017, sebagai melunaskan tanggungjawab sebagai JUK bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah Tingkatan 4, penulis telah dijemput bagi menyampaikan taklimat penataran DSKP LAM kepada guru-guru SABK negeri Kedah. DSKP ini akan mula digunapakai mulai tahun hadapan.

Lagi...

Modul Cuti Sekolah LAM Ting 2

Dikongsikan di sini Modul Cuti Sekolah Akhir Tahun 2017 bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Mu'asirah Tingkatan 2. Inisiatif daripada Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah. Kredit kepada seluruh panel penerbitan, barakallahu fikum. Untuk muat turun, sila klik link berikut :

Klik di sini.

Lagi...

Pengenalan Al-Adab wa Al-Balaghah KBD

Pengenalan mata pelajaran Al-Adab wa Al-Balaghah di Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah bermatlamatkan untuk meningkatkan kemahiran serta merealisasikan keupayaan penguasaan bahasa dalam kalangan murid-murid menerusi gaya bahasa Arab yang pelbagai serta mampu berinteraksi dengan teks-teks Arab daripada pelbagai sumber dan menyingkap rahsia teks tersebut seterusnya menghayati keindahannya dan memahami budaya masyarakat Arab juga menyerapi nilai-nilai mulia di dalam jiwa.

Lagi...

Pengenalan Al-Lughah Al-Arabiyah Al-Muasirah KBD

Kurikulum Bersepadu Dini al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) digubal bertujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Dalam usaha melahirkan ilmuan Islam dan pelapis generasi ulama pada masa akan datang, kurikulum ini dibina berasaskan kemahiran berbahasa dan ilmu bahasa Arab. Perkara ini akan dapat meningkatkan kecekapan dalam interaksi sosial murid serta boleh mengakses maklumat tambahan kepada pengetahuan yang diperlukan.

Lagi...

Koleksi Kisah Juha [25 siri]

Juha merupakan satu watak fiksyen yang terkenal dalam kalangan bangsa Arab. Watak Juha boleh digandingkan setara dengan watak Pak Pandir dalam sastera Melayu. Kisah yang santai namun memberikan suatu suntikan kesedaran dan pengajaran kepada masyarakat untuk dijadikan iktibar.

Lagi...

Kutaib al-Amthilah al-Tasrifiyyah

nahu sarfKutaib atau kitab kecil (الأمثلة التصريفية) di dalam bidang ilmu sarf ini amat terkenal dalam kalangan penuntut ilmu dan pencinta bahasa Arab khasnya di pondok-pondok turath di Malaysia. Amat mudah untuk dijadikan sebagai rujukan dalam memahami pembentukan kalimah di dalam bahasa Arab. Dikongsikan di sini kutaib tersebut dalam versi pdf.

Lagi...

Kisah Haiwan di dalam al-Quran

Terdapat beberapa jenis haiwan yang diceritakan di dalam al-Quran sebagai pengajaran dan iktibar kepada manusia. Di sini dikongsikan 9 kisah haiwan dalam versi pdf.

Lagi...