Mengenai Blog

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum..

Alhamdulillah was sollatu was salamu 'ala Rasulillah, amma ba'd


Sepintas Lalu

Blog Bahasa Syurga dimulakan dengan cetusan idea Pejuang Kecil yang mencadangkan kepada penulis untuk menulis sedikit berkaitan Bahasa Arab yang dapat dikongsi bersama, selain menjadi medan untuk bertukar-tukar maklumat, juga dapat menyediakan ruang untuk menyelesaikan kemusykilan berkaitan Bahasa Arab.

Memandangkan sedikit sangat daripada kalangan Azhari Melayu yang menulis berkaitan bahasa ini, seruan disahut. Pada 29 Oktober 2008, muncullah blog yang tidak seberapa ini dengan nama langofparadise.blogspot.com ( language of paradise ). Kemudian pada 4 Disember tahun yang sama, blog ini mendapat tajaan domain bahasasyurga.com daripada seorang sahabat, Ridzuan Jamal. Setelah 2 tahun menggunakan domain .com, namun pada 18 Januari 2011 domain tersebut terpaksa ditukar kepada bahasasyurga.net atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kemudiannya domain tersebut ditaja oleh Ust Imad. Jazakallah buat sahabat-sahabat yang telah menyumbang. Namun kini, domain ditanggung sendiri oleh penulis blog.

Sasaran

Blog ini hanyalah sekadar berkongsi maklumat atau thaqafah am yang lebih disasarkan kepada pelajar/individu yang telah mempunyai asas di dalam Bahasa Arab. Kepada yang ingin baru ingin berjinak-jinak dengan bahasa ini atau ingin mempelajari dari awal, kemungkinan apa yang disampaikan di sini agak tinggi.

Alhamdulillah, bermula tahun 2015 di samping memberikan perkongsian umum, blog ini akan mula memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Arab dan al-Lughah al-Arabiah al-Mu'asirah peringkat menengah kerana penulis terlibat secara langsung PdP di dalam subjek ini. Perkongsian ini melibat bahan bantu mengajar, modul-modul dan koleksi soalan berkaitan Bahasa Arab.

Bahasa Syurga @ Facebook

Disesuaikan dengan perkembangan dunia sosial hari ini, page Bahasa Syurga telah dimulakan pada 6 April 2010. Banyak info dan maklumat ringkas telah dikongsikan di sana. Kerjasama sahabat-sahabat untuk suggest kepada rakan-rakan yang lain amatlah dialu-alukan.

Kepada semua sahabat-sahabat, jazakumullah atas sumbangan, sokongan dan dokongan yang berterusan. Semoga semuanya menjadi amal kebajikan yang berpanjangan.

Siiruu 'ala barakatillah..

Sebarang tunjuk ajar, cadangan dan komentar amat diperlukan.

email admin : osmanhajighani [at] gmail.com

Lagi...