DSKP Tingkatan 4 KBD Semakan 2022

kbd semakan[Kemaskini] Baru-baru ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM telah membuat penataran kepada guru-guru berkaitan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). DSKP baharu ini dikenali sebagai DSKP KBD Semakan 2022 dan dijenamakan semula sebagai Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini. Latar belakang kepada kurikulum baharu ini adalah berasaskan kepada MOA baharu di antara KPM dengan pihak al-Azhar. Hasilnya, nama mata pelajaran dan peruntukan masa (jam setahun) dikekalkan, perubahan hanyalah pada isi kandungan sahaja. Ini bermakna, pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sesi 2023 (aliran KBD) akan menggunakan buku teks baharu, isi kandungannya 100% sebagaimana buku teks yang digunapakai di Maahad Buuth al-Azhar.

Lagi...