DSKP Tingkatan 4 KBD Semakan 2022

kbd semakanBaru-baru ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM telah membuat penataran kepada guru-guru berkaitan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). DSKP baharu ini dikenali sebagai DSKP KBD Semakan 2022. Latar belakang kepada kurikulum baharu ini adalah berasaskan kepada MOA baharu di antara KPM dengan pihak al-Azhar. Hasilnya, nama mata pelajaran dan peruntukan masa (jam setahun) dikekalkan, perubahan hanyalah pada isi kandungan sahaja. Ini bermakna, pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sesi 2023 (aliran KBD) akan menggunakan buku teks baharu, isi kandungannya 100% sebagaimana buku teks yang digunapakai di Maahad Buuth al-Azhar.

semakan

Di sini, dikongsikan DSKP Tingkatan 4 KBD Semakan 2022 bagi 5 mata pelajaran tersebut. Untuk muat turun DSKP, sila klik link berikut:

Tingkatan 4

Mata Pelajaran
Muat Turun
Usul al-Din
al-Syariah
Al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah
Manahij a-Ulum al-Islamiah
Al-Adab wa al-Balaghah

DSKP untuk Tingkatan 5 masih lagi dalam pembikinan pihak BPI. Insya Allah, sekiranya telah siap ditatarkan, admin akan kongsikan nanti. Sekiranya terdapat broken link, sila maklumkan kepada penulis. Semoga bermanfaat.

0 respon: