FTL Ilqa al-Khitobah (Pidato) dalam PdPc Bahasa Arab

Ilqa al-Khitobah atau pidato merupakan salah satu seni penyampaian bahasa yang agak mudah untuk dilaksanakan di dalam PdPc. Biar pun mudah, janganlah diremehkan dengan hanya meminta pelajar untuk sekadar membaca di hadapan kelas. Pasti menjemukan! Di sini penulis kongsikan beberapa tips agar FTL ini memberikan impak yang maksima dan pelajar mendapat sesuatu yang manis untuk dikenang.

Lagi...

Masalik al-Najah SPM Edisi Kemaskini 2018

Setelah dipersetujui dan disemaksemula bersama di dalam Bengkel Peningkatan Akademik baru-baru ini, Modul Masalik al-Najah SPM (Edisi Kemaskini 2018) yang diterbitkan oleh Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah Darul Aman disebarkan semula. Modul ini mengandungi soalan-soalan latih tubi Nahu, Sarf dan Balaghah. Edisi 2018 ini telah dikemaskini dengan penambahan soalan-soalan SPM sebenar daripada tahun 2012 - 2017. Kredit kepada seluruh panel penerbitan, barakallahu fikum. Link asal, di sini.

Lagi...

Bengkel Peningkatan Akademik Bahasa Arab SPM Kedah

3 April 2018, satu bengkel anjuran Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah telah diadakan di PKG Sungai Limau, Yan bagi membina beberapa modul bahasa Arab. Semoga gerak kerja ini dapat membantu para asatizah dan calon-calon SPM 2018 ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan akan datang. Nantikan kemunculan modul-modul ini, insya Allah.

Lagi...

PAK21 VLE Frog (Quizzes) dalam PdPc Bahasa Arab

VLE Frog bukanlah sesuatu yang asing, kerap meniti di bibir para guru apabila KPI yang disasarkan oleh pentadbir seringkali tersasar. Meskipun aplikasi yang disediakan oleh KPM untuk semua guru, murid dan ibu bapa adalah percuma namun kelemahan akses internet menjadi kekangan utama. Pelajar akan lebih bersemangat untuk berFrog sekiranya guru sama-sama bergelumang meneroka segala selok belok ruang pembelajaran maya ini. Jom berFrog.

Lagi...

Karnival Dakwah Sekolah-sekolah KPM 2018

31 Mac 2018, telah berlangsungnya Karnival Dakwah Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Pendang bertempat di Sekolah Model Khas Bukit Jenun. Pada tahun ini, penulis diamanahkan untuk menjadi hakim bahagian penyampaian bagi acara Syarahan Agama Menengah Kategori Lelaki. Sebelum ini penulis hanya berpengalaman sebagai hakim bagi acara Kalimatussobah, ini merupakan kali pertama terlibat dalam Syarahan Agama, namun dengan bimbingan guru-guru senior alhamdulillah.

Lagi...