Dikongsikan di sini teknik mudah bagi membina karangan bahasa Arab PT3 menggunakan Model ASIDIBIBATU yang merupakan idea Ustaz Abd Razali bin Bachok @ Abd Rahman daripada SMK Simpang Renggam, Johor. Slide ini telah dikongsikan oleh Ustaz Aziz bin Yusof daripada SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Johor. Kredit kepada penyumbang idea dan pemilik slide, barakallahu fihima.
Teknik Membina Karangan Bahasa Arab PT3 Model ASIDIBIBATU
Koleksi Latih Tubi LAM Tingkatan 3 2017
Dikongsikan di sini Modul Latih Tubi tahun 2017 bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Mu'asirah Tingkatan 3. Walaupun ini merupakan set latihan tahun lepas, namun ia masih relevan untuk dijadikan sebagai latih tubi bagi menghadapi PT3 yang akan datang. Turut dikongsikan di sini adalah Soalan Percubaan Negeri Kedah dan Soalan Sebenar Tahun 2017. Inisiatif daripada Persatuan Pengetua SABK Negeri Kedah. Kredit kepada seluruh panel penerbitan, barakallahu fikum.
Modul Cuti Sekolah LAM Ting 2
Dikongsikan di sini Modul Cuti Sekolah Akhir Tahun 2017 bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Mu'asirah Tingkatan 2. Inisiatif daripada Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah. Kredit kepada seluruh panel penerbitan, barakallahu fikum. Untuk muat turun, sila klik link berikut :
Klik di sini.
Pengenalan Al-Lughah Al-Arabiyah Al-Muasirah KBD
Kurikulum Bersepadu Dini al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) digubal bertujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Dalam usaha melahirkan ilmuan Islam
dan pelapis generasi ulama pada masa akan datang, kurikulum ini dibina berasaskan kemahiran berbahasa dan ilmu bahasa Arab. Perkara ini akan dapat meningkatkan kecekapan dalam interaksi sosial murid serta boleh mengakses maklumat tambahan kepada pengetahuan yang diperlukan.





