Untuk pengetahuan semua, Bahagian Pendidikan Islam KPM telah membuat penataran kepada guru-guru berkaitan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) baharu yang dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini untuk Tingkatan 5.
DSKP Tingkatan 5 KBD MATED
DSKP Tingkatan 4 KBD Semakan 2022
[Kemaskini] Baru-baru ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM telah membuat penataran kepada guru-guru berkaitan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). DSKP baharu ini dikenali sebagai
DSKP KBD Semakan 2022 dan dijenamakan semula sebagai Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini. Latar belakang kepada kurikulum baharu ini adalah berasaskan kepada MOA baharu di antara KPM dengan pihak al-Azhar. Hasilnya, nama mata pelajaran dan peruntukan masa (jam setahun) dikekalkan, perubahan hanyalah pada isi kandungan sahaja. Ini bermakna, pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sesi 2023 (aliran KBD) akan menggunakan buku teks baharu, isi kandungannya 100% sebagaimana buku teks yang digunapakai di Maahad Buuth al-Azhar.
Buku Teks Baharu Versi KPM Tingkatan 4 KBD Semakan
Rentetan daripada hantaran sebelum ini, akhirnya telah terbit Buku Teks Maahad Buuth al-Azhar versi reka letak dan cetakan semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kegunaan pelajar Tingkatan 4 aliran KBD (Semakan) bermula sesi 2023/2024. Sumber asal buku teks ini adalah portal DELIMa KPM.
Soalan Percubaan Adab wa Balaghah SPM 2022
Penulis himpunkan di sini koleksi Soalan al-Adab wa al-Balaghah (AWB) bagi Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2022 daripada beberapa negeri. Calon-calon SPM 2022 bolehlah jadikan koleksi soalan ini sebagai bahan pembelajaran kendiri dan latih tubi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Penulis mengumpulkan koleksi ini daripada beberapa sumber sebahagian besarnya daripada Kumpulan Telegram Guru-guru AWB. Jazakumullah, kredit kepada uploader/sumber asal.
Soalan Percubaan LAM SPM Tahun 2022
Penulis himpunkan di sini koleksi Soalan al-Lughah al-Arabiah al-Mu'asirah bagi Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2022 daripada beberapa negeri. Calon-calon SPM 2022 bolehlah jadikan koleksi soalan ini sebagai bahan pembelajaran kendiri dan latih tubi. Penulis mengumpulkan koleksi ini daripada beberapa sumber. Jazakumullah, kredit kepada uploader/sumber asal.
Buku Teks Peringkat Thanawi Maahad Buuth Azhar
Tiba-tiba muncul semula berkaitan kurikulum peringkat Thanawi (Menengan Atas) bagi Maahad Buuth Azhar. Kebanyakan asatizah KBD bersembang tentang kurikulum ini. Rentetan itu, maka ramai yang tertanya-tanya dan tercari-cari kurikulum terbaru di peringkat Thanawi ini. Maka, penulis cuba mencari dan menghimpunkan beberapa subjek bagi kurikulum Thanawy yang berkaitan bahasa Arab sahaja atas permintaan beberapa orang sahabat. Sekiranya ada permintaan bagi subjek-subjek lain, insya Allah akan diusahakan.
Modul Intervensi Pembelajaran SPM 2021 JPNT
Modul Intervensi Pembelajaran SPM 2021 ini merupakan hak cipta Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang telah disusun oleh Panel Akram Negeri Terengganu. Di sini admin kongsikan mata pelajaran berkaitan Pendidikan Islam dan Kurikulum Bersepadu Dini sahaja, bolehlah dijadikan sebagai bahan latih tubi bagi menghadapi SPM yang semakin hampir. Kredit kepada JPNT dan semua panel penulis.