Koleksi Latih Tubi LAM Tingkatan 3 2017

Dikongsikan di sini Modul Latih Tubi tahun 2017 bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Mu'asirah Tingkatan 3. Walaupun ini merupakan set latihan tahun lepas, namun ia masih relevan untuk dijadikan sebagai latih tubi bagi menghadapi PT3 yang akan datang. Turut dikongsikan di sini adalah Soalan Percubaan Negeri Kedah dan Soalan Sebenar Tahun 2017. Inisiatif daripada Persatuan Pengetua SABK Negeri Kedah. Kredit kepada seluruh panel penerbitan, barakallahu fikum.

Lagi...

Modul Peningkatan Akademik Bahasa Arab PT3 2018

Dikongsikan di sini Modul Peningkatan Akademik Bahasa Arab PT3 2018 (Set 2 ) yang diterbitkan oleh MPSM Negeri Kedah. Modul Set 2 boleh dijadikan sebagai latih tubi sebagai persediaan menghadapi PT3 yang bakal tiba. Untuk makluman, Set 1 merupakan set percubaan dan akan hanya dikongsikan setelah berakhirnya peperiksaan tersebut, insya Allah. Kredit kepada seluruh panel penerbitan, barakallahu fikum.

Lagi...

Modul 1000 Soalan Kertas 1 Bahasa Arab SPM

Istimewa buat semua pengunjung bahasasyurga.net, Modul 1000 Soalan Kertas 1 Bahasa Arab sedia untuk dimuat turun. Modul ini merupakan himpunan 25 set kertas 1 Bahasa Arab, menjadikan keseluruhan soalan berjumlah 1000. Ia sesuai dijadikan sebagai latih tubi bagi menghadapi peperiksaan SPM yang akan tiba nanti. Kredit kepada semua penulis asal set soalan ini. Jazakumullah.

Lagi...

[Kemusykilan] Perbezaan Hayya

Hayya merupakan perkataan yang tidak asing lagi bagi umat Islam tambahan pula kepada pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Arab. Namun sebutan yang sama dengan makhraj yang berbeza, pastinya ejaan juga berbeza lantas memberikan makna yang berbeza. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang salah dalam menggunakan kedua-dua perkataan ini.

Lagi...