[Kemusykilan] Perbezaan Hayya

Hayya merupakan perkataan yang tidak asing lagi bagi umat Islam tambahan pula kepada pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Arab. Namun sebutan yang sama dengan makhraj yang berbeza, pastinya ejaan juga berbeza lantas memberikan makna yang berbeza. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang salah dalam menggunakan kedua-dua perkataan ini.

Ejaan Hayya dengan huruf ha (pedas) dan ya bersyaddah

Ia merupakan isim fe'el amar yang bermaksud datanglah atau marilah.

Ejaan Hayya dengan huruf ha (hantu), ya bersyaddah dan alif

Ia juga merupakan isim fe'el amar dengan membawa maksud bersegeralah atau cepatlah. Dengan bahasa yang lebih mudah, JOM!

Walaupun nampak kedua-dua perkataan ini agak tidak jauh berbeza, kebiasaanya penggunaan harian dalam bahasa Arab adalah JOM. Untuk mengetahui apakah isim fe'el amar itu, penulis pernah menulis berkaitan dengan isim fe'el sebelum ini, klik di sini.

Semoga bermanfaat.
Kredit: almaany.com