PAK21 Ajalatu al-Hazz (Roda Bertuah) dalam PdPc Bahasa Arab

Ajalatu al-Hazz atau Roda Bertuah merupakan di antara bahan bantu mengajar yang popular. Kebanyakan daripada kita pernah membina sendiri alat ini sewaktu praktikum di maktab atau IPG dahulu. Alat ini diusung masuk ke kelas, seksa! haha.. Zaman semakin canggih, teknolongi banyak membantu kita. Di sini penulis kongsikan Ajalatu al-Hazz secara atas talian, lebih mudah dan mempunyai muzik latar yang menarik.

Lagi...

PAK21 Quizizz (Homework) dalam PdPc Bahasa Arab

Quizizz merupakan salah satu di antara apps yang popular dalam melaksanakan Pembelajaran Abad ke 21. Penulis memilih untuk menggunakan Quizizz mode Homework. Di sini penulis kongsikan link untuk para guru dan pelajar untuk dijadikan sebagai kerja rumah sempena cuti Tahun Baru Cina ini. Tajuk yang dipilih adalah Uslub Khabary dan Uslub Insyaie bagi Tingkatan 5 (Bahasa Arab) dan Tingkatan 4 (al-Adab wa al-Balaghah).

Untuk guru, klik di sini. Pastikan guru-guru mempunyai akaun Quizizz terlebih dahulu.
Untuk pelajar, klik di sini dengan menggunakan kod 596534.

Lagi...

Bengkel Penggubalan Format SMA Kedah

8 - 10 Februari 2018, telah berlangsungnya Bengkel Penggubalan Format Sijil Menengah Agama (SMA) Negeri Kedah bertempat di SP Inn Sungai Petani. Bengkel ini diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Format baharu ini adalah selaras dengan penggunaan silibus baharu yang menggantikan kurikulum Azhari sebelum ini iaitu Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di Tingkatan 4 semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat.

Lagi...

PAK21 Plickers dalam PdPc Bahasa Arab

Banyak strategi dan tool Pembelajaran Abad ke 21 yang boleh diaplikasikan dalam PdPc Bahasa Arab, asalkan guru-guru berminat dan rajin untuk mencuba. Di sini penulis kongsikan idea PdPc menggunakan Plickers. Syarat utama adalah sambungan internet yang baik sewaktu menggunakan aplikasi ini agar sesi PdPc yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Lagi...