Tahun 1429 Hijrah dan tahun 2008 Masehi kian melabuhkan tirainya. Bersempena kedatangan tahun baru, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita bersama dan berazam agar tahun hadapan lebih baik dari tahun ini. Istimewa untuk anda, Doa Akhir & Awal Tahun serta kad ucapan Tahun Baru Hijrah 1430.
Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah, sila muat turun di bawah.
Kad Ucapan Tahun Baru 1430 H untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat ;
Sila copy dan paste coding kad ucapan di atas di atas di mana-mana laman web spt. friendster, myspace, blog dll.
Terima kasih yang tak terhingga & Jazakallah di atas kesudian sahabat-sahabat mempromosikan weblog ini. Semoga usaha kita yang tidak seberapa ini dinilai oleh Allah SWT selayaknya. Salam Hijrah 1430..
Istimewa Tahun Baru
Maqsur & Manqus
Alhamdulillah. Dua kalimah yang selalu menjadi kekeliruan iaitu maqsur dan manqus. Disebabkan perbezaanya cuma sedikit.
Dalam ruangan kali ini ana akan berikan satu formula yang Insya Allah kita tidak akan keliru lagi selepas ini.
MAQSUR المقصور
Ta'rif : Isim yang di akhirnya huruf alif sama ada alif itu dalam bentuk alif atau bentuk ya.
Contoh alif dalam bentuk alif
عصا - رِضا - ربا - حصى - هدى
Contoh alif dalam bentuk ya
موسى - فتى - ليلى - مستشفى - أعمى
Beberapa hal berkaitan ;
- Alif tersebut dinamakan ألف مقصورة
- Sekiranya ditanwinkan, alif tersebut dihazafkan secara sebutan tetapi masih kekal dalam tulisan. معنًى - هدًى
- I'rabnya ;
mudah sahaja : marfu', mansub dan majrur semua dengan baris muqaddaroh.
ذهب موسى إلى المستشفى ولقي مصطفى
موسى : الفاعل مرفوع بالضمة المقدرة
المستشفى : اسم مجرور بالكسرة المقدرة
مصطفى : المفعول به منصوب بالفتحة المقدرة
MAQ - maqsur
HA - merujuk kepada huruf sebelum akhir yang barbaris fathah
Ada contoh sekali dalam formula tersebut iaitu maqha beerti kedai kopi.
MANQUS المنقوص
Ta'rif : Isim yang di akhirnya huruf ya dan huruf sebelumnya berbaris kasrah.
Contoh :
Beberapa perkara berkaitan :
- Sekiranya isim manqus bersama al, maka ya ini akan kekal dalam setiap keadaan.
Contoh ;
حكم القاضي على الجاني
رأيتُ الراعيَ
- Tetapi sekiranya tanpa al, ya akan dihazafkan secara sebutan dan tulisan ketika marfu dan majrur. Dan ya akan kekal ketika mansub.
Contoh ;
حكم قاض على جان
جعلك الله هادياً إلى الحق
- I'rabnya ketika marfu' dan majrur adalah dengan baris muqaddarah.
Ketika mansub adalah dengan fathah.
MAN : manqus
DI : merujuk kepada baris kasrah sebelum akhir.
Ada contoh sekali dalam formula tersebut iaitu DI singakatan daripada qadi.
Insya Allah, sekiranya kita ingat dua formula ini iaitu MAQHA dan MANDI, kita tidak akan keliru lagi. Wallahu Ta'ala A'la wa A'lam. Lagi...
Rhythm
Rhythm? Sebut macam sedap ja. Bunyi dia pun sedap. Makna dia lagi sedap. Kali ini kita ngaji sikit tentang rhythm, tapi bukan dalam bahasa Inggeris la.
Yang kita nak nak sembang kali ini adalah tentang as-saj' (السجع). Makna dia irama, melodi, rentak dan yang sama makna dengannya. Inggerisnya, rhythm la tu.
Kalimah ini cukup masyhur dah. Makna yang diberikan dalam kitab adalah ; Persamaan pada bunyi akhir di hujung ayat.
Beberapa perkara penting berkaitan rhythm ;
- Pertama, tidak berlaku di dalam syair. Iaitu hanya berlaku di dalam al-Quran, Hadis Nabawy dan nasr النثر (puisi) sahaja.
- Kedua, kalimah terkhir mestilah dibaca secara sukun (tanpa baris) dan diwaqafkan.
- Ketiga, as-saj' dikira terbaik sekiranya ayat-ayatnya sama panjang atau seimbang.
- Keempat, untuk ayat al-Quran dan Hadis tidak disebut sebagai as-Saj' tetapi menggunakan istilah fasilah atau fawasil (الفاصلة ج الفواصل) kerana as-saj' makna asalnya adalah bunyi kicauan burung.
Contoh dari al-Quran :
Contoh dari Hadis Nabawy :
Contoh dari nasr (puisi) :
Wallhu a'ala wa a'lam.
In wa Inna
Kali ni masih lagi berkenaan huruf alif. Cuma kalimahnya adalah in (tanpa syaddah) dan inna (dengan syaddah). Dua kalimah ini kita selalu dengar dan jumpa, cuma kita nak kenal secara lebih tepat.
إنْ ( tanpa syaddah )
Ada beberapa makna dan peranan yang dibawa oleh in ;
Pertama, (in syartiah) iaitu huruf syarat
Fungsi : Menjazamkan fi'el mudhori' dan memerlukan kepada jumlah syarat dan jumlah jawab syarat.
Makna : 'kalau' atau 'sekiranya' dsb.
Contoh ;
'...sekiranya mereka berhenti (melakukan kekufuran), nescaya mereka akan diampunkan...' al-Anfal 38
Kadang-kadang in ini datang bersama kalimah (illa) yang membawa makna 'kalau tidak' atau 'sekiranya tidak'. Apabila (in + la) ia akan menjadi (illa), cuma ia sedikit akan keliru dengan kalimah (illa istisnaiah).
Contoh ;
'Sekiranya kamu tidak menolongnya (Muhammad SAW), maka sesungguhnya Allah telah menolongnya...' at-taubah 40
Kedua, (in nafiah) iaitu huruf nafi
Makna : 'bukanlah' atau 'tidaklah'
Kedudukannya ;
1. (in nafiah) bersama (jumlah ismiah)
'...tidaklah keadaan orang-orang kafir itu melainkan tertipu.' al-Mulk 20
2. (in nafiah) bersama (jumlah fi'liah)
'...mereka tidak mengatakan melainkan dusta belaka.' al-Kahf 5
Ketiga, menyamai makna (inna) dengan syaddah.
Makna : 'sesungguhnya' atau 'sememangnya'
Kedudukannya ;
1. (in) bersama (jumlah ismiah)
'Dan sesungguhnya setiap semua akan dikumpulkan kepada Kami.' Yasin 32
2. (in) bersama (jumlah fi'liah)
'...dan sesungguhnya ia (berpindah qiblat) amat berat...' al-Baqarah 143
إنَّ ( dengan syaddah )
Peranan : (huruf taukid) iaitu penguat atau pengukuh.
Fungsi : Menasabkan isim dan marafa'kan khabar kerana ia sebagian daripada (inna wa akhawatuha)
Makna : 'sesungguhnya' atau 'sememangnya'
Contoh ;
'...sesungguhnya Allah Taala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.' al-Baqarah 181
Wallahu A'la wa A'lam.
Alfiyyah bukan Alpayah
Alhamdulillah, walaupun hari raya baru raya ke 3, demi tanggungjawab kupaksa diri untuk menulis jugak agar tidak mengecewakan pengunjung setia blog ini. Kali ini, tajuk yang dipilih adalah Alfiyyah. Sapa tak pernah dengar kan?
Kita akan membicarakan dahulu tentang penyusunnya dan serba sedikit fakta berkaitan matan itu sendiri.
Ibn Malik
Nama penuh beliau adalah Jamaluddin Muhamamd bin Abdullah bin Abdullah bin Malik al-Andalusi. Dilahirkan di Jayyan, Sepanyol pada tahun 600 H.
Ibn Malik telah mengembara dari Sepanyol ke Timur Tengah khususnya Mesir ketika zaman pemerintahan Ayyubiyyin iaitu Sultan al-Kamil Nasiruddin bin 'Adil (615-635 H), kemudian beliau berpindah ke Syam akibat pergolakan yang berlaku di Mesri ketika itu. Beliau telah berguru dengan Ibn Yai'sy di Halab. Kemudian menetap di Damsyiq bagi mengembangkan ilmunya.
Beliau juga mempelajari bahasa Arab daripada Abi Muzaffar Thabit bin Muhammad bin Yusuf dan mendalami ilmu qiraat daripada Abi Abbas Ahmad bin Nawwar. Mendalami kitab 'al-Kitab' karangan Sibawaih daripada Abi Abdullah bin Malik al-Marsyani.
Di antara karangan beliau adalah ;
المسلسل في نظوم المفصل
الكافية الشافية
الخلاصة ringkasan kepada الكافية
إكمال الإعلام بمثلث الكلام
لامية الأفعال
dan banyak lagi.
Beliau wafat di Damsyiq pada tahun 672 H.
Matan Alfiyyah
Nantikan sambungannya berkenaan syarh dan hasiyahnya serta kepentingannya dan bagaimakan mengapikasikannya. Insya Allah.
Istimewa Idul Adha
Awwalul kalam, ana merakamkan jutaan penghargaan dan jazakallah kepada semua pengunjung weblog ini yang telah memberikan sokongan kepada ana ke arah memertabatkan Bahasa Syurga ini. Di kesempatan ini, ana menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai terdapat salah & silap. Halalkan segalanya dan semoga kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang mendapat maghfirah di hari bahagia ini.
ولنبيك تابع ، ولإخوانك نافع
وللجنة طامع
Bersempena Idul Adha, terdapat 3 kad ucapan istimewa untuk dikongsi bersama dengan sahabat-sahabat.
Sila copy dan paste coding kad ucapan di atas di atas di mana-mana laman web spt. friendster, myspace, blog dll.
Terima kasih yang tak terhingga & Jazakallah di atas kesudian sahabat-sahabat mempromosikan weblog ini. Semoga usaha kita yang tidak seberapa ini dinilai oleh Allah SWT selayaknya. Salam Idul Adha..
Perbandingan
Rentetan daripada perbincangan sebelum ini, tergerak untuk ana membincangkan pula berkaitan اسم التفضيل memandangkan أحسن merupakan kalimah isim tafhdil.
Takrifnya ; Isim yang menunjukkan kepada dua benda atau lebih yang mempunyai sifat yang sama tetapi salah satu daripadanya melebihi yang lainnya. Boleh faham kot? Mudah cakap, perbandingan la tu atau comparison yang ada +er @ more dan +est @ most tu.
Wazannya : أفعل untuk مذكر dan فُعلَى untuk مؤنث
Situasi perbandingan ;
Pertama, isim tafdhil tanpa ال dan الإضافة
هند أفضل من زينب
Kedua, isim tafdhil dengan ال
مررتُ بزينب الفضلى
Ketiga, isim tafdhil bersama الإضافة
هند أفضل امرأةٍ
Mudah ja kan nak faham. Cuma yang susahnya adalah nak mengingat. Wallahu a'lam.
Ahsana dan Ahsani
Bismillahirahmanirrahim..Ruangan kemusykilan kali ini akan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat ana redho21 mengenai perbezaan i'rab dua ayat di bawah ;
Petikan 1 ; an-Nisa ayat 86
Petikan 2 ; at-Tin ayat 4
Perhatikan kalimah أحسن. Berada pada kedudukan i'rab yang sama iaitu مجرور kerana berada selepas huruf iaitu الباء dan فى tetapi mempunyai hukum yang berbeza (fathah dan kasrah). Sebenarnya kalimah ahsana tergolong daripada kalimah yang disebut sebagai ممنوع من الصرف di bawah subtopik kalimah الوصف dalam wazan أفعل. Maka, apabila disebutkan ممنوع من الصرف semestinya akan membawa hukum yang sedikit berbeza iaitu (1) berbaris tanpa tanwin (2) مرفوع dengan dhommah, (3) منصوب dengan fathah dan yang membezakannya dengan yang lain adalah (4) مجرور juga dengan fathah. Maka terjawablah persoalan pada Petikan 1.
Tetapi, sekiranya kalimah أحسن dikategorikan sebagai ممنوع من الصرف kenapa pada Petikan 2 hukum i'rabnya مجرور dengan kasrah. Kenapa? Jawapannya kerana terdapat dua keadaan yang akan membebaskan mana-mana kalimah daripada belenggu ممنوع من الصرف iaitu ;
Pertama ; الإضافة sepertimana pada Petikan 2 kalimah أحسن berada pada kedudukan مضاف
Kedua ; ال seperti contoh ;
Maka, terjawab sudah persoalan tersebut. Maaf, sekiranya entry kali ini terlalu ringkas, al-muhim padat. Waalahu A'lam.