Maqsur & Manqus

Alhamdulillah. Dua kalimah yang selalu menjadi kekeliruan iaitu maqsur dan manqus. Disebabkan perbezaanya cuma sedikit.

Dalam ruangan kali ini ana akan berikan satu formula yang Insya Allah kita tidak akan keliru lagi selepas ini.

MAQSUR المقصور

Ta'rif : Isim yang di akhirnya huruf alif sama ada alif itu dalam bentuk alif atau bentuk ya.

Contoh alif dalam bentuk alif
عصا - رِضا - ربا - حصى - هدى

Contoh alif dalam bentuk ya
موسى - فتى - ليلى - مستشفى - أعمى

Beberapa hal berkaitan ;
- Alif tersebut dinamakan ألف مقصورة

- Sekiranya ditanwinkan, alif tersebut dihazafkan secara sebutan tetapi masih kekal dalam tulisan. معنًى - هدًى

- I'rabnya ;
mudah sahaja : marfu', mansub dan majrur semua dengan baris muqaddaroh.
ذهب موسى إلى المستشفى ولقي مصطفى
موسى : الفاعل مرفوع بالضمة المقدرة
المستشفى : اسم مجرور بالكسرة المقدرة
مصطفى : المفعول به منصوب بالفتحة المقدرة


Formula : MAQHA

MAQ - maqsur
HA - merujuk kepada huruf sebelum akhir yang barbaris fathah
Ada contoh sekali dalam formula tersebut iaitu maqha beerti kedai kopi.

MANQUS المنقوص

Ta'rif : Isim yang di akhirnya huruf ya dan huruf sebelumnya berbaris kasrah.

Contoh :

Beberapa perkara berkaitan :

- Sekiranya isim manqus bersama al, maka ya ini akan kekal dalam setiap keadaan.
Contoh ;
حكم القاضي على الجاني
رأيتُ الراعيَ

- Tetapi sekiranya tanpa al, ya akan dihazafkan secara sebutan dan tulisan ketika marfu dan majrur. Dan ya akan kekal ketika mansub.
Contoh ;
حكم قاض على جان
جعلك الله هادياً إلى الحق


- I'rabnya ketika marfu' dan majrur adalah dengan baris muqaddarah.
Ketika mansub adalah dengan fathah.

Formula : MANDI

MAN : manqus
DI : merujuk kepada baris kasrah sebelum akhir.
Ada contoh sekali dalam formula tersebut iaitu DI singakatan daripada qadi.

Insya Allah, sekiranya kita ingat dua formula ini iaitu MAQHA dan MANDI, kita tidak akan keliru lagi. Wallahu Ta'ala A'la wa A'lam.