In wa Inna

Kali ni masih lagi berkenaan huruf alif. Cuma kalimahnya adalah in (tanpa syaddah) dan inna (dengan syaddah). Dua kalimah ini kita selalu dengar dan jumpa, cuma kita nak kenal secara lebih tepat.

إنْ
( tanpa syaddah )

Ada beberapa makna dan peranan yang dibawa oleh in ;

Pertama, (in syartiah) iaitu huruf syarat
Fungsi : Menjazamkan fi'el mudhori' dan memerlukan kepada jumlah syarat dan jumlah jawab syarat.
Makna : 'kalau' atau 'sekiranya' dsb.

Contoh ;


'...sekiranya mereka berhenti (melakukan kekufuran), nescaya mereka akan diampunkan...' al-Anfal 38


Kadang-kadang in ini datang bersama kalimah (illa) yang membawa makna 'kalau tidak' atau 'sekiranya tidak'. Apabila (in + la) ia akan menjadi (illa), cuma ia sedikit akan keliru dengan kalimah (illa istisnaiah).

Contoh ;

'Sekiranya kamu tidak menolongnya (Muhammad SAW), maka sesungguhnya Allah telah menolongnya...' at-taubah 40


Kedua, (in nafiah) iaitu huruf nafi
Makna : 'bukanlah' atau 'tidaklah'

Kedudukannya ;
1. (in nafiah) bersama (jumlah ismiah)

'...tidaklah keadaan orang-orang kafir itu melainkan tertipu.' al-Mulk 20


2. (in nafiah) bersama (jumlah fi'liah)

'...mereka tidak mengatakan melainkan dusta belaka.' al-Kahf 5


Ketiga, menyamai makna (inna) dengan syaddah.
Makna : 'sesungguhnya' atau 'sememangnya'

Kedudukannya ;
1. (in) bersama (jumlah ismiah)

'Dan sesungguhnya setiap semua akan dikumpulkan kepada Kami.' Yasin 32


2. (in) bersama (jumlah fi'liah)

'...dan sesungguhnya ia (berpindah qiblat) amat berat...' al-Baqarah 143


إنَّ ( dengan syaddah )

Peranan : (huruf taukid) iaitu penguat atau pengukuh.
Fungsi : Menasabkan isim dan marafa'kan khabar kerana ia sebagian daripada (inna wa akhawatuha)
Makna : 'sesungguhnya' atau 'sememangnya'

Contoh ;

'...sesungguhnya Allah Taala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.' al-Baqarah 181

Wallahu A'la wa A'lam.