Teknik Membina Karangan Bahasa Arab PT3 Model ASIDIBIBATU

Dikongsikan di sini teknik mudah bagi membina karangan bahasa Arab PT3 menggunakan Model ASIDIBIBATU yang merupakan idea Ustaz Abd Razali bin Bachok @ Abd Rahman daripada SMK Simpang Renggam, Johor. Slide ini telah dikongsikan oleh Ustaz Aziz bin Yusof daripada SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Johor. Kredit kepada penyumbang idea dan pemilik slide, barakallahu fihima.

Lagi...

Koleksi Percubaan Bahasa Arab SPM 2019

Penulis himpunkan di sini koleksi Soalan Bahasa Arab bagi Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2018 daripada beberapa negeri dan terdapat sebahagiannya merupakan soalan yang disediakan oleh pihak sekolah. Hanya sebahagian sahaja yang dikongsikan bersama Panduan Pemarkahan. Jazakumullah, kredit kepada uploader/sumber asal.

Lagi...

Istimewa Merdeka

Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Bersempena dengan Bulan Sambutan Kemerdekaan, penulis kongsikan beberapa bahan berkaitan kenegaraan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Untuk permulaan, penulis kongsikan Rukun Negara dan Lagu Negaraku. Kredit kepada sumber asal. In-sya Allah akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Lagi...

Modul Wardatul Imtiyaz SPM 2019

Modul ini merupakan keseninambungan kepada Modul Masalik al-Najah SPM (Edisi Kemaskini 2018) yang diterbitkan oleh Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah Darul Aman. Setelah dipersetujui dan disemaksemula bersama di dalam Bengkel Peningkatan Akademik baru-baru ini, modul ini diberikan nafas baru. Ia telah diolah semula mengikut format Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Arab SPM dan turut disertakan dengan soalan-soalan SPM sebenar daripada tahun 2012 - 2018. Kredit kepada seluruh panel penerbitan, barakallahu fikum.

Lagi...

[Repost] 50 Penanda Wacana

Koleksi 50 Penanda Wacana yang boleh digunakan oleh semua pencinta bahasa Arab terutamanya pelajar-pelajar. Penanda wacana ini digunakan bagi mengindahkan gaya bahasa dalam penulisan Insyak serta membantu menambahkan jumlah perkataan agar menepati kehendak soalan.

Lagi...

Panduan Bahasa Arab KSSM Ting 4 dan 5

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Bahasa Arab Tingkatan 4 akan digunapakai mulai tahun hadapan. Di sini penulis kongsikan beberapa bahan yang telah ditatarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM untuk manfaat bersama.

Lagi...

Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) Peringkat Negeri Kedah 2019

13 Julai 2019, telah berlangsungnya Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Kedah bertempat di SMK Agama Yan. Pada tahun ini, penulis diamanahkan untuk menjadi hakim (jurukuiz) bagi acara Kuiz Bahasa Arab Kategori Menengah Rendah. Ini merupakan kali pertama terlibat sebagai sebagai jurukuiz, agak kekok namun dengan bimbingan guru-guru senior alhamdulillah.

Lagi...

eRPH Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan KBD

Seiring dengan Pembelajaran Abad ke-21 dan inisiatif KPM bagi meringankan beban guru, maka penyediaan Rekod Pengajaran Harian (RPH) secara maya amat bertepatan sekali. Ia memudahkan para guru dan menjimatkan kos kerana tidak perlu dicetak. Secara tidak langsung ia menyokong kempen hijau atau paperless.

Lagi...

Buku Teks Digital KSSM PIBA & KBD

Buku Teks versi digital dalam bentuk format pdf ini, telah penulis kumpulkan daripada beberapa sumber. Ia amat memudahkan para guru dalam melaksanakan aktiviti PdPc yang tidak hanya tertumpu kepada buku teks bercetak semata-mata.

Lagi...