Bengkel Penggubalan Format SMA Kedah

8 - 10 Februari 2018, telah berlangsungnya Bengkel Penggubalan Format Sijil Menengah Agama (SMA) Negeri Kedah bertempat di SP Inn Sungai Petani. Bengkel ini diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Format baharu ini adalah selaras dengan penggunaan silibus baharu yang menggantikan kurikulum Azhari sebelum ini iaitu Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di Tingkatan 4 semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat.

Alhamdulillah, penulis telah terpilih sebagai salah seorang panel penggubal bagi mata pelajaran al-Adab wa al-Balaghah.

Berikut merupakan 12 kertas yang ditawarkan di dalam peperiksaan SMA Tahun 2018:

  • Hifz al-Quran
  • Fiqh
  • Usul al-Fiqh
  • Mantiq
  • Hadith
  • Tafsir
  • Tauhid
  • Tarikh Islam
  • Akhlak wa Tasawuf
  • Nahu wa Sarf
  • Insyak wa Mutolaah
  • al-Adab wa al-Balaghah

  • Bittaufiq wa al-najah kepada semua calon SMA 2018.