FTL Ilqa al-Khitobah (Pidato) dalam PdPc Bahasa Arab

Ilqa al-Khitobah atau pidato merupakan salah satu seni penyampaian bahasa yang agak mudah untuk dilaksanakan di dalam PdPc. Biar pun mudah, janganlah diremehkan dengan hanya meminta pelajar untuk sekadar membaca di hadapan kelas. Pasti menjemukan! Di sini penulis kongsikan beberapa tips agar FTL ini memberikan impak yang maksima dan pelajar mendapat sesuatu yang manis untuk dikenang.

Di sini penulis untuk menggunakan strategi pidato dengan teknik pertandingan. Beberapa BBM yang perlu disediakan bagi menganjurkan pertandingan adalah:

  • Portable microphone
  • Rostrum
  • Label hakim
  • Borang pemarkahan
  • Teks pidato (di sini penulis gunakan buku teks LAM Tingkatan 4)

  • Langkah 1
    Guru membaca teks dengan nada dan intonasi yang bersesuaian dengan pidato sebagai contoh kepada pelajar. Pelajar cuba mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.

    Langkah 2
    Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Mereka diminta untuk berbincang untuk memilih 2 orang wakil (1 orang sebagai peserta dan 1 orang lagi sebagai hakim). Sebelum pertandingan bermula, guru memilih 2 orang lagi pelajar (1 orang sebagai juru acara dan 1 orang lagi sebagai pencatat markah). Peserta diberikan ruang masa untuk membuat persediaan. Pelajar-pelajar lain bertindak sebagai penonton.

    Langkah 3
    Sebelum pertandingan, pastikan pelajar-pelajar menyediakan tempat duduk hakim dan rostrum untuk pertandingan. Pertandingan dijalankan dan dikendalikan 100% oleh pelajar sendiri. Di akhir pertandingan, juru acara mengumumkan pemenang.

    Pentaksiran
    Selesai pertandingan, pelajar diminta untuk menjawab soalan pemahaman berkaitan tajuk pidato tersebut.

    Tips: Penulis menyediakan hadiah kepada pemenang dan pemenang pertama akan membuat persembahan di hadapan semasa perhimpunan mingguan. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengetua.

    Video rakaman pdpc bakal menyusul..
    Selamat mencuba.