Ma'al Hijrah

Kenapa "Ma'al Hijrah" ? Adakah ia satu ucapan yang diucapkan oleh orang-orang Arab setiap kali tibanya 1 Muharam ? Adakah ia satu ucapan seperti memberi salam ? Jika begitu, apa jawabnya ?

Penulis memohon maaf kerana agak lama tiada entry baru. Penulis agak sibuk ( alasan biasa kepada mana-mana blogger ) untuk membuat rujukan. Keterbatasan waktu dan kerja yang bertimbun terpaksa dilunasi.

Kembali kepada tajuk kita. Sebenarnya biarpun "Ma'al Hijrah" merupakan kalimah dalam bahasa Arab, namun ia bukanlah satu ucapan yang perlu diucapkan setiap kali datangnya tahun baru Hijrah. Kerana "Ma'al Hijrah" yang bermaksud "Bersama Berhijrah" lebih sesuai kita katakan ia adalah tema kepada sambutan Tahun Baru Hijrah.

Bangsa Arab biasanya memberi ucapan Kullu 'Am Wa Antum Bikhair atau dengan sedikit tambahan untuk apa sahaja perayaan sama ada Hari Raya, Tahun Baru dan sebagainya. Rasanya sudah terjawab kepada persoalan di atas.

Penulis di kesempatan ini, mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431, semoga kita termasuk di kalangan orang-orang yang dipilih oleh Allah untuk menjadi lebih baik dari tahun ini. Tidak salah berazam, tetapi berazamlah untuk merealisasikan azam tersebut. Kullu 'Am wa Antum Ilallahi Aqrab wa ila To'atihi Adwam.

Doa Akhir & Awal Tahun :

download