Kembali Bersua

Agak lama menyepi. Maaf dipohon kepada semua pengunjung yang tidak jemu-jemu menjenguk. Pastinya mengharap sesuatu yang dapat dikongsi bersama.

Penulis kini berada di tanah air. Internet yang agak terhad. Ditambah kitab rujukan yang dipos balik belum diterima, kesibukan menjalankan tugas-tugas sebagai seorang pendidik di Sek Men Islam Darul Ulum turut membantutkan usaha-usaha mengemaskini.

Entri kali ini, penulis cuma ingin berkongsi beberapa ibarat-ibarat yang agak menarik sesuai dengan bahasa moden kini :

عصر تفجّر المعلومات
Era ledakan maklumat

مواجهة تحديات العصر
Mendepani cabaran semasa

تلبية لمطالب الحياة العصرية
Menyahut tuntutan hidup semasa

خطوة إيجابية
Langkah positif

مواكبة التطورات العصرية
Mengikuti perkembangan semasa

مكافحة الأمية
Pembasmian buta huruf

في متناول الجميع
Di tahap kemampuan umum

Moga mendapat manfaat bersama. Wallahu A'lam.