Kamusku

"Leceh la budak mesir pakai kamus Arab-Melayu" sindir seorang senior.

"Ustaz, ustaz tu tak bagi kami pakai kamus Tullab. Dia kata tu level budak sekolah menengah boleh la" rintih seorang pelajar baru.

"Kami pi tengok kat maktabah (kedai buku), macam-macam jenis kamus ada. tak tau nak pilih hat mana."

"Satgi kami beli, tak reti nak guna pulak."

Tu situasi biasa, rengekan adik-adik yang baru sampai Tanah Arab.

"Ustaz, macam mana nak guna kamus Arab-Arab nih?"

"Kami tak faham makna, kami buka kamus Arab-Arab nih lagi la tak faham."

"Macam mana nak tau kalimah asal (rootword) untuk satu-satu kalimah tu?"

Jadi lagu tu pulak, dah tak bagi guna kamus Arab-Melayu, depa guna kamus Arab-Arab. Tapi tak selesai plak masalah sebab ada dua punca ;

Pertama ; tak reti nak cari sebab tak tau rootword.

Kedua ; dah jumpa, tapi tak faham makna jugak.

Jadi camna nak buat?

Relax la, baru-baru macam tu la. Manusia ni jenih dia bukan boleh berjalan teruih, kena menyuluq dulu pastu merangkak, baru bleh berjalan. Kita manusia bukan binatang. Faham?

Step by step la.

Jadi untuk kamus ni, sebagai permulaan ana sarankan guna المعجم العربي الأساسي al-Mu'jam at-Arabi al-Asasi (Asasi) keluaran Liga Arab. Ana sampai la nih dok guna yang nih, sebab bahasa dia mudah, simple, up-to-date dan agak menyeluruh. Harga pun tak mahal LE 60 atau lebih kurang RM40 ja.

Bila dah rasa advance sket, boleh la kalau nak guna al-Wajiz atau al-Wasit keluaran Majma' Lughah Arabiah, Kaherah (kira macam DBP kat M'sia). Ana tak berapa minat 2 kamus nih, sebab kurang menarik. Tapi kalau dah tak jumpa dalam Asasi baru ana buka 2 kamus nih.

Kamus-kamus klasik seperti Mu'jam Ain, Lisanul Arab, Jamharah, al-Qamus al-Muhit dsb ana tak berapa nak galakkan sebabkan kalimah-kalimahnya mesti juga klasik. Kamus-kamus ini hanya sesuai untuk dibuat sebagai rujukan bagi menulis bahas (assigment) atau risalah (tesis). Juga sekiranya kita membaca kitab-kitab turath, maka selayaknya kita membuka atau mencari makna dengan kamus turath (klasik) juga. Baru kita boleh faham dengan jelas.

Sebaliknya, kalau kalimah yang kita cari tu merupakan kalimah-kalimah moden yang biasanya berkaitan dengan sains, teknologi, ICT atau sebagainya, kamus yang paling sesuai adalah kamus Arab-Inggeris seperti al-Mawrid.

Kembali kepada dua sebab di atas, dah selesai ka belum masalah tu?
Nak tau jawapannya, try la guna Asasi tu.. Jawapan ada pada anda sendiri.

Wallahu A'lam. Moga bermanfaat.

0 respon: