Bahagian Pendidikan Islam KPM telah berkongsi link bagi memuat turun Buku Teks Digital bagi 15 judul yang menjadi muqarrar pengajian di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia. Untuk memuat turun, sila klik di sini.
Buku Teks Digital STAM MATED
Koleksi Soalan Percubaan STAM 2025
Dikongsikan di sini Koleksi Soalan Percubaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi 10 mata pelajaran dari beberapa negeri untuk dijadikan bahan latih tubi dan rujukan bersama. Kredit kepada semua hak pemunya asal dan sekiranya terdapat isu hakcipta, mohon berhubung dengan admin. Semoga bermanfaat.
Format Instrumen Pentaksiran STAM Mulai 2025
Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah swasta yang telah bermula di Tingkatan 4 sejak tahun 2023. Maka, bermula tahun 2025, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan menggunapakai format pentaksiran baharu yang telah ditatarkan pada Jun lalu bagi menjelaskan format untuk 10 mata pelajaran berkenaan.
DSK Tingkatan 6 Dini Mulai 2025
Kesinambungan kepada Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah swasta yang telah bermula di Tingkatan 4 mulai sesi akademik 2023/2024, diteruskan dengan Kurikulum Tingkatan 6 Dini. Penataran Dokumen Standard Kurikulum (DSK) telah dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM kepada guru-guru Tingkatan 6 di seluruh Malaysia.
Format Instrumen Pentaksiran KBD SPM Mulai 2024
Kurikulum baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah swasta telah digunapakai di Tingkatan 4 mulai sesi akademik 2023/2024. Ini bermakna, calon-calon SPM 2024/2025 akan mula menduduki SPM dengan format baharu. Oleh itu, Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan Surat Siaran LP Bilangan 3 Tahun 2023 bagi menjelaskan format pentaksiran bagi 5 mata pelajaran berkaitan.
DSKP Tingkatan 5 KBD MATED
Untuk pengetahuan semua, Bahagian Pendidikan Islam KPM telah membuat penataran kepada guru-guru berkaitan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) baharu yang dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini untuk Tingkatan 5.
DSKP Tingkatan 4 KBD Semakan 2022
[Kemaskini] Baru-baru ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM telah membuat penataran kepada guru-guru berkaitan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). DSKP baharu ini dikenali sebagai DSKP KBD Semakan 2022 dan dijenamakan semula sebagai Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini. Latar belakang kepada kurikulum baharu ini adalah berasaskan kepada MOA baharu di antara KPM dengan pihak al-Azhar. Hasilnya, nama mata pelajaran dan peruntukan masa (jam setahun) dikekalkan, perubahan hanyalah pada isi kandungan sahaja. Ini bermakna, pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sesi 2023 (aliran KBD) akan menggunakan buku teks baharu, isi kandungannya 100% sebagaimana buku teks yang digunapakai di Maahad Buuth al-Azhar.





