Kisah Juha Siri 21, menceritakan bagaimana Juha berusaha menangkap burung dan menyediakan menu yang begitu lazat. Namun, dia kecewa kerana makanannya telah terbang semula dihadapannya. Bagaimana ini terjadi?
Kisah 21 : Juha & Makanan Terbang
Penanda Wacana
Apakah istilahnya di dalam bahasa Arab? Nahu ke Balaghah? Insyak kot? Penulis cuba mencari rujukan, namun tidak ditemui. Sebenarnya tiada tajuk khusus yang membincangkan tajuk ini. Namun sebagai memenuhi permintaan seorang sahabat, dinyatakan sebahagian penanda wacana yang biasa digunakan. Sekiranya terdapat kalimah lain berkaitan yang diketahui, sila sudi-sudikan untuk berkongsi di bawah.
Pengantar Ilmu Dilalah
Ilmu Dilalah (علم الدلالة) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris dengan Semantics merupakan cabang ilmu bahasa yang melihat dari segi makna. Tajuk utama yang dibincangkan di dalamnya iaitu sesuatu benda yang berkaitan dengan tanda (الرمز). Antara tanda yang dimaksudkan adalah melalui isyarat tangan atau anggukan kepala.
Kisah 20 : Juha & Jiran Yang Bakhil
Kisah Juha Siri 20, masih lagi berkaitan dengan si bakhil, tetapi kali ini si bakhil adalah jiran Juha sendiri. Jirannya seorang yang kaya, namun setiap hari meminjam segala keperluan daripada orang lain terutamanya Juha. Ikuti bagaimana Juha memberi pengajaran kepada jirannya yang bakhil tersebut.
Jumlah Ismiyyah
[Repost] Antonim
Antonim merupakan terjemahan yang ana rasakan sesuai untuk merujuk kepada kalimah Mutabaqah atau Tibaq. Antonim adalah perkataan berlawan.
Ku Dambakan Syurga-Mu
Sebuah qasidah yang masyhur didendang semula oleh penasyid terkenal, Masyari Rashid al-'Affasy bersama si cilik, Muhammad Muhalhil al-Yasiin dari Kuwait. Semoga kita semua dikurniakan anugerah syurga oleh Allah azzawajal, Allahumma amiin.
Kisah 19 : Juha dan Undangan Si Bakhil
Kisah Juha Siri 19, Juha menerima ajakan si kaya yang bakhil untuk menjemput beberapa taulan untuk menghadiri jamuan yang diadakan selepas si kaya tersebut sembuh daripada penyakitnya. Namun si bakhil tersebut telah memperdaya semua tetamunya. Ikuti bagaimana Juha berdepan dengan si bakhil ini.
Rasulullah Bersyair?
Rasulullah s.a.w merupakan orang Arab yang paling fasih dalam pertuturan Bahasa Arab. Ini telah disepakati oleh keseluruhan ulama. Namun baginda s.a.w tidak pernah melantunkan atau mendendangkan sebarang syair Arab.
[Repost] Jadual I'rab
Sebuah carta mudah dan ringkas bagi mengetahui 'alamat i'rab beserta contoh petikan ayat-ayat al-Quran.
Asal Usul Baris Arab & al-Quran
Huruf-huruf Arab pada zaman Jahiliyyah dan pada zaman permulaan Islam tidak mempunyai baris. Orang Arab dengan sendirinya dapat menuturkan perkataan dengan tepat tanpa berpandukan kepada titik dan baris sebagai tanda bacaan kerana pengetahuan mereka terhadap bahasa mereka.
Kisah 18 : Juha Berkata In-sya Allah
Kisah Juha Siri 18, Juha keluar untuk musafir, namun di tengah jalan dia bertemu sekumpulan penunggang kuda yang memaksanya untuk menurut perintah mereka. Kemudian dia ditimpa kemalangan. Ikuti kisah Juha yang agak malang kali ini.
[Repost] Iqtibas : Adaptasi
Satu kalimah yang mungkin jarang didengar, tetapi seringkali diaplikasikan dalam penuturan Bahasa Arab. Iqtibas (اقتباس) merupakan satu tajuk dalam Ilmu al-Badi', boleh diterjemahkan sebagai adaptasi atau dalam kata lain adalah meniru, mencedok atau menciplak. Tapi dilakukan dalam konteks syar'ie iaitu sah dan bukannya cetak rompak yang haram. Ini dari segi pemahaman ana ja.
[Qasidah] Fasal ke 8 Burdah Imam Busairi
JazakAllah @smarthafz kerana telah menemukan penulis dengan dendangan burdah yang amat menarik. Petikan daripada qasidah Burdah oleh Imam al-Busairi yang cukup terkenal. Pihak bahasasyurga.net kemudian telah membuat semula klip video tersebut disertakan sekali terjemahan bebas oleh seorang penulis tak bernama, barakAllahu fih. Hayatilah!
Kisah 17 : Juha Si Penjual Sutera
Kisah Juha Siri 17, kali ini mengisahkan Juha cuba menjual sutera yang bagus tetapi dia cuba ditipu dan dipermainkan dengan pembeli yang telah berpakat untuk mendapatkan harga yang murah. Sama-sama kita ketahui kelicikan Juha berdepan dengan pembeli tadi.
[Repost][Qasidah] Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan. Kedatanganmu amat dialu-alukan. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba-Nya yang bertaqwa. Dengarkan sebuah nasyid mengalu-alukan Ramadhan.
[Qasidah] Ramadhan Muncul Lalu Tersenyum
Sebuah qasidah yang telah didendangkan dalam pelbagai versi sempena menyambut kedatangan bulan mulia, bulan barakah, bulan rahmat dan bulan keampunan. Sama-sama meningkat amal ibadah di bulan ini. Ahlan Ya Ramadhan.
Sejarah Lahirnya Ilmu Nahu
Seperti halnya bahasa-bahasa yang lain, Bahasa Arab mempunyai kaedah-kaedah tersendiri di dalam mengungkapkan atau menuliskan sesuatu hal, baik berupa komunikasi atau informasi.Lalu, bagaimana sebenarnya awal mula terbentuknya kaedah-kaedah ini, dan kenapa dikatakan dengan istilah nahu?
Kisah 16 : Juha Muncul Tiba-tiba
Kisah Juha Siri 16, masih lagi berkaitan dengan hutang. Kali ini bagaimana keadaan Juha yang dikejar pemiutang, sehingga dia tidak lagi sanggup untuk berdepan pemiutang tersebut. Juha terpaksa meminta bantuan isterinya untuk berdepan dengan pemiutang tersebut. Sama-sama kita lihat kelicikan isteri Juha.
Perumpamaan Tidak Langsung
Istilah Arabnya adalah التشبيه الضمني atau di sini penulis terjemahkan sebagai Perumpamaan Tidak Langsung. Kebiasaannya, perumpamaan secara langsung berlaku apabila sesautu perkara diumpamakan dan dibandingkan berlaku di dalam satu ayat yang sama.
Kisah 15 : Hanya Kerana 5 Sen
Kisah Juha Siri 15, jika kisah lalu, Juha membantu orang yang berhutang, kisah kali ini memaparkan kisah Juha yang berhutang untuk membeli keperluan. Pemiutang yang mendesak serta mengganggu keadaan Juha, ikuti bagaimana Juha berdepan dengan pemiutang sebegini.
Perbendaharaan #1
Dihimpunkan daripada twitter Ustaz Tuan Asmawi Tn Umar, beliau tidak asing lagi. Seorang konsultan, mursyid IMAM MUDA, konsultan USTAZAH PILIHAN, mentor radio ILUVISLAM, media advisor PPIM & IRM, voiceover talent, radio/tv host. Follow twitter ustaz di sini atau like facebook di sini. Rugi sekiranya khazanah ini dibiarkan berlalu sahaja.
Kisah 14 : Juha Melakukan Kebaikan
Kisah Juha Siri 14, Juha melakukan suatu kebaikan dengan membantu seorang sahabat yang dibebani hutang, walaupun sebenarnya dia sendiri bukan senang. Duit untuk keperluan dapur digunakannya untuk membantu orang lain. Bagaimanapun malang nasib Juha, budi tidak dikenang.
Hadis : Gembira Dengan Taubat
Berlegar-legar di laman youtube, ditemukan dengan satu klip video yang amat menarik, Petikan Perumpamaan di Dalam Hadis Nabawi. Dengan klip video yang jelas menggambarkan bagaimana imagnasi yang diberikan dalam perumpamaan yang telah disebutkan oleh Baginda Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam.
[Qasidah] Ku Cintakan Para Solehin Namun..
Satu lagi syair yang menyentuh jiwa hasil karya ulama agung, al-Imam as-Syafie rahimahullah. Suatu yang karya cukup tinggi nilainya, rugilah sekiranya kita tidak dapat mengutip hikmah yang terdapat di dalamnya. Cuba hayati dan selami makna yang tersirat.
Mudhaf Kepada Ya Mutakallim
Idhafah [ إضافة ] ialah satu kalimah disandarkan kepada kalimah yang lain bagi menjadikan suatu rangkai kata yang berkait. Seperti yang sedia maklum, kalimah pertama disebut sebagai mudhaf, manakala kalimah yang berikutnya adalah mudhafun ilaih.
Kisah 13 : Juha & Raja
Kisah Juha Siri 13, mengisahkan Juha yang menyahut cabaran sang raja untuk tidak berpakaian pada musim sejuk di malam hari di atas puncak bukit, namun sebenarnya telah diperdaya sang raja. Sama-sama kita ketahui bagaimana Juha mengajar sang raja yang telah memperdayanya.
Ilmu Ma'ajim - Leksikografi
Nota ini berasal dari artikel sebenar bertajuk ‘Menjengah ke Dunia Leksikografi Bahasa Arab’ tulisan Sdr. Khairil Husaini bin Jamil dalam Suara Madinah, Bil. 42, Tahun 44, Sesi 2004/2005 M terbitan Perpustakaan Pelajar Malaysia Madinah (PPM Madinah), Madinah Munawwarah, Arab Saudi.
Kisah 12 : Juha di Rumah Si Bakhil
Kisah Juha Siri 12, memaparkan bagaimana Juha menyelamatkan dirinya daripada ribut dengan bertamu ke sebuah rumah milik si bakhil. Dapatkan resepi istimewa bagaimana menghasilkan Sup Batuan yang bagitu lazat, diajarkan Juha kepada si bakhil tadi.
Isim, Laqab dan Kun-yah
A'lam [ العَلَم ] atau kata nama khas terbahagi kepada tiga, iaitu Isim [ اسم ], Laqab [ لَقَب ] dan Kun-yah [ كُنْيَة ]. Kebiasaannya isim dapat dibezakan degan jelas, cuma kadang-kadang kita terkeliru di antara Laqab dan Kun-yah. Kekeliruan ini bukan disebabkan oleh kerana kesamaran atau kesamaan, tetapi disebabkan oleh masalah biasa, iaitu lupa. Di sini ana datangkan kaedah mudah, yang insya Allah pembaca semua akan ingat sehingga ke mati.
[Qasidah] Berkelana
Sebuah syair yang masyhur hasil karya insan terbilang, al-Imam Syafie rahimahullah. Mengajak kita untuk keluar berkelana, mengembara dan bermusafir menimba ilmu, menambah pengetahuan dan meluaskan pengalaman. Banyak 'perumpamaan' yang digunakan di sini bagi memberikan gambaran yang jelas tentang kepentingan berkelana.
Kisah 11 : Helah Memakan Diri
Kisah Juha Siri 11, kali ini memaparkan suatu kisah yang bertitik tolak kepada suatu tamsilan Arab ; "Sesiapa yang menggali lubang untuk saudaranya, pastinya dia yang akan terjatuh ke dalamnya". Maksudnya, sesuatu helah atau keburukan yang akhirnya kembali kepada tuannya sendiri.
Tayammum
Jom belajar Bahasa Arab melalui kartun. Ini merupakan edisi ketiga dalam koleksi terjemahan penulis. Penggunaan bahasanya yang mudah dan jelas sesuai untuk dijadikan bahan pembelajaran ke arah memantapkan lagi Bahasa Arab di samping memahami hukum berkaitan tayammum.
Di Sebalik Kisah Kitab Nahu
Diceritakan oleh Maulana Dr. Fathi Abdul Rahman al-Hijazi hafizhohullah, seorang ulama besar Azhar dan salah seorang daripada ulama lughah di Mesir, tentang karangan kitab nahu yang masyhur iaitu kitab التحفة السنية بشرح المقدمة الآجرومية dikarang oleh seorang ulama besar dalam bidang lughah satu ketika dahulu, iaitu al-'Allamah Syeikh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid rahmatullah 'alaihi.
Ketika Fajar..
Sebuah nasyid kanak-kanak yang sesuai untuk dikongsikan bersama, kerana bahasa dan sebutannya yang jelas serta mempunyai makna dan pengertian yang indah. Semoga kita dapat menghayati keindahan bumi ciptaan Tuhan dan bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya.
Kisah 10 : Juha dan Cakap-cakap Orang
Kisah Juha Siri 10, kisah ini cukup popular di kalangan kita, menyaksikan bagaimana sikap manusia yang pelbagai ragam. Segalanya tidak kena! Reaksi Juha yang cuba memenuhi keinginan semua orang membuktikan ia sesuatu yang mustahil.
Perumpamaan - Bhgn 2
Sebagai lanjutan kepada Perumpamaan yang lalu, di sini dipanjangkan lagi perbincangan tentang jenis-jenis tasybih berdasarkan kepada kewujudan dan ketiadaan arkan tasybih. Seperti yang disebutkan lalu, terdapat empat aspek yang membentuk arkan tasybih.
Ukuran dan Sukatan
Bersama menambah pengetahuan berkaitan ukuran, sukatan, timbangan dan jarak. Di sini disebutkan sebahagian kalimah-kalimah yang seringkali kita temui setiap hari. Sekiranya terdapat kalimah lain berkaitan yang ingin diketahui, sila sudi-sudikan untuk mengisi ruang respon di bawah.