Kutaib al-Amthilah al-Tasrifiyyah

nahu sarfKutaib atau kitab kecil (الأمثلة التصريفية) di dalam bidang ilmu sarf ini amat terkenal dalam kalangan penuntut ilmu dan pencinta bahasa Arab khasnya di pondok-pondok turath di Malaysia. Amat mudah untuk dijadikan sebagai rujukan dalam memahami pembentukan kalimah di dalam bahasa Arab. Dikongsikan di sini kutaib tersebut dalam versi pdf.

Lagi...

Perbezaan Ibnu dan Bin

nahu sarfDalam bahasa arab tidak dimulai pada ayat tertentu dengan tanda mati (الساكن) , dan tidak berhenti pada tanda berbaris (المتحرك). Oleh itu, kita perlu mengenali tajuk ini berada pada bab hamzah wasal (همزة الوصل) sebagai perbahasan.

Lagi...

Nudbah : Rintihan

nahu sarfNudbah juga merupakan sebahagian daripada an-Nida' kerana ia merupakan seruan bagi menyatakan perasaan sedih dan sakit. Ia boleh diterjemahkan sebagai merintih, meratapi atau mengeluh berdasarkan situasi yang berlaku.

Lagi...

Jumlah Ismiyyah

nahu sarfJumlah atau dalam bahasa Melayunya adalah ayat, sebagaimana didefinisikan oleh ulama Nahu ; Kalam yang terbentuk daripada dua kalimah atau lebih, dan mempunyai makna yang lengkap.

Lagi...

[Repost] Jadual I'rab

nahu sarfSebuah carta mudah dan ringkas bagi mengetahui 'alamat i'rab beserta contoh petikan ayat-ayat al-Quran.

Lagi...

Mudhaf Kepada Ya Mutakallim

nahu sarfIdhafah [ إضافة ] ialah satu kalimah disandarkan kepada kalimah yang lain bagi menjadikan suatu rangkai kata yang berkait. Seperti yang sedia maklum, kalimah pertama disebut sebagai mudhaf, manakala kalimah yang berikutnya adalah mudhafun ilaih.

Lagi...

Isim, Laqab dan Kun-yah

nahu sarfA'lam [ العَلَم ] atau kata nama khas terbahagi kepada tiga, iaitu Isim [ اسم ], Laqab [ لَقَب ] dan Kun-yah [ كُنْيَة ]. Kebiasaannya isim dapat dibezakan degan jelas, cuma kadang-kadang kita terkeliru di antara Laqab dan Kun-yah. Kekeliruan ini bukan disebabkan oleh kerana kesamaran atau kesamaan, tetapi disebabkan oleh masalah biasa, iaitu lupa. Di sini ana datangkan kaedah mudah, yang insya Allah pembaca semua akan ingat sehingga ke mati.

Lagi...

Uslub Takjub - Kagum!

nahu sarfRasa takjub, kagum, terpesona, hairan, kaget dan sebagainya merupakan suatu perasaan yang seringkali kita rasai setiap hari. "Wah, cantiknya!" , "Alangkah hebatnya kuasa Tuhan!" , "Amboi, sombongnya dia" adalah sebahagian luahan yang biasanya lahir secara spontan. Tuuudiaa..! :D

Lagi...

I'rab Taqdiri ( Fe'el )

nahu sarfJika sebelum ini, kita membincangkan i'rab secara muqaddarah pada isim, kali ini sama-sama kita meneliti i'rab taqdiri yang berlaku kepada fe'el.

Terdapat 2 keaadan sahaja, iaitu :

1. Fe'el Mudhari' yang berakhir dengan huruf ALIF.

Dii'rab ketika marfu' dengan baris dhommah MUQADDARAH, dan ketika mansub dengan baris fathah MUQADDARAH dengan alasan ta'azzur iaitu tidak mampu menerima baris.



Tetapi ketika majzum, i'rabnya adalah dengan menghazaf huruf alif.


2. Fe'el Mudhari' yang berakhir dengan huruf WAU atau YA.

HANYA ketika marfu' dii'rab dengan baris dhommah MUQADDARAH, dengan alasan thiqal iaitu berat untuk dituturkan.


Bagaimanapun, ketika mansub dii'rab seperti biasa dengan baris dhommah ZAHIRAH


Untuk majzum pula, i'rabnya adalah dengan menghazaf huruf WAU atau YA.


Wallahu A'lam.

Panduan :

Lagi...

I'rab Taqdiri ( Isim )

nahu sarfApabila kita mengi'rab sesuatu kalimah, di hujung i'rab tersebut kebiasaannya disebut dengan baris dhommah/fathah/kasrah ZAHIRAH fi akhiri. Tetapi, kali ini kita cuba memahami i'rab dengan baris MUQADDARAH pada isim.

Terdapat 3 keadaan sahaja pada isim iaitu :

1. Isim Maqsur Rujuk sini

Dii'rab dengan baris dhommah/fathah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan ta'azzur iaitu tidak mampu menerima baris.



2. Isim Manqus Rujuk sini

Dii'rab dengan baris dhommah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan thiqal iaitu berat untuk dituturkan.

جاء القاضي
سلمت على المحامي


Bagaimanapun untuk baris fathah dii'rab seperti biasa ( zahirah ).


3. Isim yang bersambung dengan Ya Mutakallim.

Dii'rab dengan baris dhommah/fathah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan munasabah iaitu untuk disesuaikan dengan huruf ya, munasabahnya adalah baris kasrah.


Wallahu A'lam.

Panduan :

Lagi...

Peranan Af'ala

Entri ini merupakan rentetan kepada artikel Matan al-Bina sebelum ini. Oleh kerana dalam kitab tersebut tidak menjelaskan peranan atau makna kepada wazan-wazan tambahan, maka ana asingkan penjelasannya.

Peranan dan makna wazan ini, dirujuk di dalam Kitab Syaz al-'Arf fi Fan as-Sarf.

Peranan dan makna ini hanya terdapat pada al-Mazid (yang ditambah) sahaja, samada Sulasi (Tiga) atau Ruba'i (Empat).

Ini disebabkan oleh kaedah yang menyebut ;


زيادة البناء تدل على زيادة المعنى
Pertambahan kepada wazan membawa kepada perubahan makna.


Antara makna dan peranan yang masyhur adalah :

1. التعدية
Iaitu menambahkan maf'ul bih (penyambut) kepada fe'el asal.

i - mengubah yang lazim kepada muta'addi 1 maf'ul.
cth asal (fe'el lazim) ;
كرم زيد
Zaid itu mulia.

cth ditambah (fe'el muta'addi)
أكرم زيد عمرا
Zaid memuliakan Umar.

ii - mengubah muta'addi 1 maf'ul kepada 2 maf'ul, dan sekiranya 2 maf'ul diubah menjadi 3 maf'ul dan seterusnya. (perbahasan ini agak rumit, cukup sekadar mengetahui sepintas lalu)

2. الدخول في الشيء زمانا كان أو مكانا
Iaitu menunjukkan masuk kepada suatu masa atau tempat.

cth :
أصبح زيد
Zaid berada pada waktu pagi.(masa)

أشأم زيد
Zaid memasuki Syam. (tempat)

Sebenarnya banyak lagi makna dan peranannya, ana rasa dua yang disebutkan adaah yang terpenting dan selalu digunakan. Wallahu A'lam.

Lagi...

Hukum Isim Yang Lima/Enam

Sebagai rentetan kepada tajuk 'Keenam' Itu Urusan Islam sebelum ini, maka di sini dijelaskan secara ringkas berkenaan dengan kelainannya.

Dah disebutkan sebelum ini, apa itu Isim Yang Lima dan Isim Yang Enam serta perbezaannya. Rujuk sini.

Di sini dinyatakan HUKUM ASLI dahulu sebelum melihat kelainan pada Isim Yang Lima/Enam :

Marfu' dengan Dhommah

Mansub dengan Fathah

Majrur dengan Kasrah


KELAINAN Isim Yang Lima/Enam :

1. Marfu' dengan WAU
cth ;

2. Mansub dengan ALIF
cth ;

3. Majrur dengan YA
cth ;


Contoh I'rab :

Ayat Pertama ;
Khabar marfu' bil wau liannahu min al-asma'i al-khamsah/as-sittah

Ayat Kedua ;
Maf'ul bihi mansub bil alif liannahu min al-asma'i al-khamsah/as-sittah

Ayat Ketiga ;
Mudhofun ilaihi majrur bil ya liannahu min al-asma'i al-khamsah/as-sittah

Wallahu A'lam.

Lagi...

Isim Fe'el

Suatu tajuk yang agak asing, jarang dibincangkan. Tajuk ini bukan susah, kerana tiada kaedah rumit yang perlu difahami. Tetapi cukup sekadar dengan mengenali contoh-contohnya.

اسم الفعل


Definisi :
Suatu kata nama yang mengandungi makna kata kerja


Persoalan :

S : Kenapa tidak dinamakan isim sahaja?
J : Disebabkan makna kalimah tersebut tidak merujuk kepada suatu nama tetapi merujuk kepada suatu perbuatan dan ia juga mengandungi masa kerja ( yang lepas / sedang / akan datang ).

S : Kenapa tidak dinamakan fe'el sahaja?
J : Kerana kalimah ini tidak menerima sebarang tanda fe'el dan tidak terkesan dengan sebarang huruf.

Jenis-jenis :

Memandangkan kata kerja biasa terbahagi kepada 3, maka isim fe'el juga terbahagi juga kepada 3 :

1. Isim Fe'el Amr

Jenis ini adalah yang terbanyak dan masyhur dibandingkan dua jenis lagi.

Contoh :

i. آمين
Makna fe'el : استجب
Terjemahan : perkenankanlah

ii. حيّ
Makna fe'el : أقبِل
Terjemahan : Marilah

iii. هيّا
Makna fe'el : أسرِع
Terjemahan : Segeralah

iv. صَه
Makna fe'el : اسكُت
Terjemahan : Diamlah

v. هَلُمّ
Makna fe'el : اقترب
Terjemahan : Dekatilah

Firman Allah Taala [al-Ahzab, 18] :


2. Isim Fe'el Madhi

Jenis ini sedikit sahaja dibandingkan dengan jenis yang pertama.

Contoh ;

هَيهات
Makna fe'el : بعُد
Terjemahan : Menjauhi

Firman Allah Taala [al-Mukminun, 36] :


3. Isim Fe'el Mudhori'

Jenis ini adalah yang paling sedikit.

Contoh ;

أُفّ
Makna fe'el : أتضجّر
Terjemahan : Memberontak (enggan)

Firman Allah Taala :


Semoga dapat difahami. Wallahu A'lam.

Lagi...

Kaada wa akhawatuha

Kaada wa akhawatuha.. Apakah terjemahan sesuai? Kalimah 'hampir' dan yang seerti dengannya. Setuju? Kalau ada cadangan lain, tinggalkan di ruang komen. Sama-sama kita kongsi sekadar yang ada.

كاد وأخواتها

Sesetengah kitab meletakkan 'Kaada wa akhawatuha' di bawah tajuk 'Kaana wa akhawatuha' manakala setengah kitab mengasingkannya dengan menjadikan tajuk 'Kaada wa akhawatuha' satu tajuk yang lain.

Ini disebabkan ada persamaan dan perbezaan di antara 'Kaada wa akhawatuha' dan 'Kaana wa akhawatuha'.

Persamaan

Kedua-duanya mempunya peranan dan hukum i'rab yang sama, iaitu ;
- Merafa'kan isim
- Menasabkan khabar

Disebabkan persamaan inilah yang menyebabkan sesetengah penulis meletakkan tajuk 'Kaada wa akhawatuha' di bawah tajuk 'Kaana wa akhawatuha'.

Perbezaan

Perbezaan hanya terdapat pada 'Kaada wa akhawatuha', iaitu ;
Khabar 'Kaada wa akhawatuha' MESTI merupakan fe'el mudhari'.

Contoh

Kaana wa akhawatuha

كان الناس أمة واحدة
Manusia itu merupakan satu komuniti.


كان : فعل ماض ناقص
الناس : اسم كان مرفوع
أمة : خبر كان منصوب
واحدة : نعت منصوب

Kaada wa akhawatuha

كادت الشمس تغرب
Matahari hampir terbenam.


كادت : فعل ماض ناقص
الشمس : اسم كاد مرفوع
تغرب : فعل مضارع مرفوع وفاعله تقديره هي. والجملة الفعلية في محل نصب خبر كاد

Wallahu A'lam.

Lagi...

Ha ti & Ta'ala

Mengenali dua ungkapan yang agak popular dan bagaimana menggunakannya. Agak istimewa kerana ia berlainan daripada kata-kata kerja yang biasa.

هاتِ - تعالَ

Keistimewaan :

Dua kalimah ini merupakan kalimah fe'el (kata kerja) yang hanya datang dalam bentuk amar (suruhan) sahaja. Tiada madhi (lepas) atau mudhori' (sedang).

هات

Makna :

Membawa maksud datangkan kepada aku/kami ATAU berikan kepada aku/kami

Hukum :

Kedudukannya mabni 'ala kasri ;

هاتِ يا زيد
هاتِى يا هند
هاتِيا يا زيدان / هندان
هاتِين يا هندات

Pengecualian :

Barisnya dhommah hanya ketika bersambung dengan wau al-jama'ah



تعال

Makna :

Terjemahannya adalah mari ATAU datanglah kepada aku/kami

Hukum :

I'rabnya mabni 'ala fathi ;

تعالَ يا زيد
تعالَي يا هند
تعالَيا يا زيدان / هندات



Sumbangan :
Muhammad Asri bin Tajuddin
Mahasiswa Fakulti Bahasa Arab Kaherah.

Lagi...

Penggunaan Amma

Lama tak update. Sibuk sikit menghadapi imtihan. Seminggu 2 paper, Sabtu dan Selasa. Insya Allah 14 Jun selesai.

Mencuri senggang waktu untuk menulis juga memandangkan traffic masuk setiap hari dari pelbagai ceruk rantau. Dan untuk tudak menghampakan sahabat-sahabat yang kerap berkunjung ke sini.

Untuk kali ini hanya maklumat ringkas yang ana sebutkan berkenaan penggunaan kalimah Amma.

أما

Peranan

Membawa maksud 'adapun..'

Kalimah amma ni merupakan salah satu penanda wacana (dalam bentuk ayat syarat) bagi mengindahkan sesuatu kalam.

Penggunaan

- Mesti disertakan bersama dengan huruf fa' ( الفاء ) sebagai jawapan kepada ayat sebelumnya. Bermaksud, '..maka'

- Kalimah amma dan huruf fa' ini tidak menjejaskan kedudukan i'rab kalimah selepasnya.

Contoh

Khutbah @ ucapan

أما بعد، فيا عباد الله

Al-Quran



"Adapun orang-orang yang beriman dan melakukan amalan soleh, maka bagi mereka syurga ma'wa..." as-Sajdah : 09



"Adapun perahu itu, maka ia adalah kepunyaan orang miskin..." al-Kahfi : 79

Semoga maklumat ringkas ini, memberikan manfaat berguna.

Lagi...

Ismul Jam'ie

Artikel kali ini akan membicarakan tentang Ismul Jam'ie (اسم الجمع) bukan jamak muzakkar/muannas salim atau jamak taksir.

Ismul Jam'ie merupakan kalimah yang mengandungi makna jamak (banyak/ramai). Berbeza dengan jamak kerana jamak merupakan kalimah yang dibentuk daripada perkataan mufrad, tetapi ismul jam'ie merupakan kalimah mufrad yang mengandungi makna jamak.

Contoh JAMAK ;
مسلمون jamak kepada kalimah مسلم

Contoh ISMUL JAM'IE ;
قوم bukan dibina daripada mana-mana kalimah mufrad.

Contoh-contoh lain Ismul Jam'ie ;
شعب (bangsa) قبيلة (kafilah) جيش (tentera) نساء (wanita)

Daripada contoh-contoh di atas, kita dapati bahawa semua kalimah itu adalah bukan merujuk kepada satu individu tetapi kepada suatu kumpulan individu yang ramai. Inilah yang disebut mengandungi makna jamak (banyak/ramai).

Hakikat sebenar Ismul Jam'ie adalah lafaznya mufrad dan maknanya jamak. Jadi, kalimah-kalimah ini boleh dijamakkan dan dimusannakan seperti contoh berikut ;

قوم (mufrad)
قومان (musanna)
أقوام (jamak taksir)

Bagaimana cara penggunaan Ismul Jam'ie?

Oleh kerana lafaznya mufrad dan maknanya jamak, maka kita boleh i'rab sama ada ;

Pertama : Boleh guna sebagai mufrad dengan alasan lafaznya mufrad
Contoh ; القوم سار / قوم ذكي

Kedua : Boleh guna sebagai jamak dengan alasan maknanya jamak
Contoh ; القوم ساروا / قوم أذكياء

Semoga bermanfaat, wallahu a'lam.

Lagi...

Nun al-Wiqayah

Selalu dah jumpa nun ni..tapi kadang-kadang dia ada, kadang dia tak dak. Jom kita tengok bila masa dia dan bila masa plak dia tak dak.

Sebelum kita nak tau bila, kena kenai dulu sapa dia?

Nun al-Wiqayah نون الوقاية adalah huruf nun yang berbaris kasrah terletak di antara fe'el @ huruf dengan ya mutakallim (ya aku la tu).

Wajib ada :

الفعل مثل عرفني
ليت > ليتني
مِن > منّي
عن > عنّي

Harus ada :

كأنّ > كأنني / كأني
إنّ > إنني / إني
لكنّ > لكنني / لكني
لعلّ > لعلني / لعلي

Mudah ja kan. Yang susahnya apa, susah nak ingat.. Wallahu A'lam..

Lagi...

Maqsur & Manqus

Alhamdulillah. Dua kalimah yang selalu menjadi kekeliruan iaitu maqsur dan manqus. Disebabkan perbezaanya cuma sedikit.

Dalam ruangan kali ini ana akan berikan satu formula yang Insya Allah kita tidak akan keliru lagi selepas ini.

MAQSUR المقصور

Ta'rif : Isim yang di akhirnya huruf alif sama ada alif itu dalam bentuk alif atau bentuk ya.

Contoh alif dalam bentuk alif
عصا - رِضا - ربا - حصى - هدى

Contoh alif dalam bentuk ya
موسى - فتى - ليلى - مستشفى - أعمى

Beberapa hal berkaitan ;
- Alif tersebut dinamakan ألف مقصورة

- Sekiranya ditanwinkan, alif tersebut dihazafkan secara sebutan tetapi masih kekal dalam tulisan. معنًى - هدًى

- I'rabnya ;
mudah sahaja : marfu', mansub dan majrur semua dengan baris muqaddaroh.
ذهب موسى إلى المستشفى ولقي مصطفى
موسى : الفاعل مرفوع بالضمة المقدرة
المستشفى : اسم مجرور بالكسرة المقدرة
مصطفى : المفعول به منصوب بالفتحة المقدرة


Formula : MAQHA

MAQ - maqsur
HA - merujuk kepada huruf sebelum akhir yang barbaris fathah
Ada contoh sekali dalam formula tersebut iaitu maqha beerti kedai kopi.

MANQUS المنقوص

Ta'rif : Isim yang di akhirnya huruf ya dan huruf sebelumnya berbaris kasrah.

Contoh :

Beberapa perkara berkaitan :

- Sekiranya isim manqus bersama al, maka ya ini akan kekal dalam setiap keadaan.
Contoh ;
حكم القاضي على الجاني
رأيتُ الراعيَ

- Tetapi sekiranya tanpa al, ya akan dihazafkan secara sebutan dan tulisan ketika marfu dan majrur. Dan ya akan kekal ketika mansub.
Contoh ;
حكم قاض على جان
جعلك الله هادياً إلى الحق


- I'rabnya ketika marfu' dan majrur adalah dengan baris muqaddarah.
Ketika mansub adalah dengan fathah.

Formula : MANDI

MAN : manqus
DI : merujuk kepada baris kasrah sebelum akhir.
Ada contoh sekali dalam formula tersebut iaitu DI singakatan daripada qadi.

Insya Allah, sekiranya kita ingat dua formula ini iaitu MAQHA dan MANDI, kita tidak akan keliru lagi. Wallahu Ta'ala A'la wa A'lam.

Lagi...

In wa Inna

Kali ni masih lagi berkenaan huruf alif. Cuma kalimahnya adalah in (tanpa syaddah) dan inna (dengan syaddah). Dua kalimah ini kita selalu dengar dan jumpa, cuma kita nak kenal secara lebih tepat.

إنْ
( tanpa syaddah )

Ada beberapa makna dan peranan yang dibawa oleh in ;

Pertama, (in syartiah) iaitu huruf syarat
Fungsi : Menjazamkan fi'el mudhori' dan memerlukan kepada jumlah syarat dan jumlah jawab syarat.
Makna : 'kalau' atau 'sekiranya' dsb.

Contoh ;


'...sekiranya mereka berhenti (melakukan kekufuran), nescaya mereka akan diampunkan...' al-Anfal 38


Kadang-kadang in ini datang bersama kalimah (illa) yang membawa makna 'kalau tidak' atau 'sekiranya tidak'. Apabila (in + la) ia akan menjadi (illa), cuma ia sedikit akan keliru dengan kalimah (illa istisnaiah).

Contoh ;

'Sekiranya kamu tidak menolongnya (Muhammad SAW), maka sesungguhnya Allah telah menolongnya...' at-taubah 40


Kedua, (in nafiah) iaitu huruf nafi
Makna : 'bukanlah' atau 'tidaklah'

Kedudukannya ;
1. (in nafiah) bersama (jumlah ismiah)

'...tidaklah keadaan orang-orang kafir itu melainkan tertipu.' al-Mulk 20


2. (in nafiah) bersama (jumlah fi'liah)

'...mereka tidak mengatakan melainkan dusta belaka.' al-Kahf 5


Ketiga, menyamai makna (inna) dengan syaddah.
Makna : 'sesungguhnya' atau 'sememangnya'

Kedudukannya ;
1. (in) bersama (jumlah ismiah)

'Dan sesungguhnya setiap semua akan dikumpulkan kepada Kami.' Yasin 32


2. (in) bersama (jumlah fi'liah)

'...dan sesungguhnya ia (berpindah qiblat) amat berat...' al-Baqarah 143


إنَّ ( dengan syaddah )

Peranan : (huruf taukid) iaitu penguat atau pengukuh.
Fungsi : Menasabkan isim dan marafa'kan khabar kerana ia sebagian daripada (inna wa akhawatuha)
Makna : 'sesungguhnya' atau 'sememangnya'

Contoh ;

'...sesungguhnya Allah Taala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.' al-Baqarah 181

Wallahu A'la wa A'lam.

Lagi...