Kisah Juha Siri 8, kita saksikan bagaimana Juha bertelagah dengan orang yang menuntut 'tiada apa-apa' daripadanya. Semoga terhibur!
Lagi...I'rab Taqdiri ( Fe'el )
Jika sebelum ini, kita membincangkan i'rab secara muqaddarah pada isim, kali ini sama-sama kita meneliti i'rab taqdiri yang berlaku kepada fe'el.
Terdapat 2 keaadan sahaja, iaitu :
1. Fe'el Mudhari' yang berakhir dengan huruf ALIF.
Dii'rab ketika marfu' dengan baris dhommah MUQADDARAH, dan ketika mansub dengan baris fathah MUQADDARAH dengan alasan ta'azzur iaitu tidak mampu menerima baris.
Tetapi ketika majzum, i'rabnya adalah dengan menghazaf huruf alif.
2. Fe'el Mudhari' yang berakhir dengan huruf WAU atau YA.
HANYA ketika marfu' dii'rab dengan baris dhommah MUQADDARAH, dengan alasan thiqal iaitu berat untuk dituturkan.
Bagaimanapun, ketika mansub dii'rab seperti biasa dengan baris dhommah ZAHIRAH
Untuk majzum pula, i'rabnya adalah dengan menghazaf huruf WAU atau YA.
Wallahu A'lam.
Panduan :
I'rab Taqdiri ( Isim )
Apabila kita mengi'rab sesuatu kalimah, di hujung i'rab tersebut kebiasaannya disebut dengan baris dhommah/fathah/kasrah ZAHIRAH fi akhiri. Tetapi, kali ini kita cuba memahami i'rab dengan baris MUQADDARAH pada isim.
Terdapat 3 keadaan sahaja pada isim iaitu :
1. Isim Maqsur Rujuk sini
Dii'rab dengan baris dhommah/fathah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan ta'azzur iaitu tidak mampu menerima baris.
2. Isim Manqus Rujuk sini
Dii'rab dengan baris dhommah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan thiqal iaitu berat untuk dituturkan.
سلمت على المحامي
Bagaimanapun untuk baris fathah dii'rab seperti biasa ( zahirah ).
3. Isim yang bersambung dengan Ya Mutakallim.
Dii'rab dengan baris dhommah/fathah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan munasabah iaitu untuk disesuaikan dengan huruf ya, munasabahnya adalah baris kasrah.
Wallahu A'lam.
Panduan :
Kisah 7 : Aku Tidak Akan Membelimu
Kisah Juha Siri 7, memperihalkan Juha yang diperdaya oleh pencuri, kononnya manusia bertukar menjadi himar. Semoga terhibur!
Tasyjiir - Kitab Matan Bina' wal Asasi
"Ini adalah tasyjiir (gambar rajah pokok) 35 bab dari Kitab Matan Bina' wal Asasi didalam mempelajari ilmu Shorof.
Bagi sesiapa menghendakinya akan tasyjiir ini , maka al-faqir membenarkan ia mengambilnya agar dipermudahkan didalam memahaminya. al-Faqir telah pun menyediakan dua gambaran rajah yang berwarna dan hitam putih."
Klik pada gambar untuk membesarkan
Sumber : Jejak Nahwu & Shorof
Matan al-Bina : Siri 16
Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 16. Masih berbaki 19 bab.
( No. 16 of 35, rujuk Jadual )
Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;
- اعشوشب : ditumbuhi banyak rumput
Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.
Ciri-cirinya :
- Madhinya mempunyai ENAM huruf.
- Berlaku penambahan huruf ALIF di awalnya, AIN tambahan dan WAU di antara huruf AIN dan LAM.
Peranan / Makna :
Kebiasaannya menunjukkan kepada makna MUBALAGHAH kepada LAZIM.
Ayat LAZIM biasa ;
- cth : Bumi berumput.
Ayat LAZIM dengan makna MUBALAGHAH
- cth : Bumi dipenuhi banyak rumput.
Bersambung.. Wallahu A'lam.
Kisah 6 : Allah jua yang memberi
Kisah Juha Siri 6, memaparkan bagaimana Juha berkomunikasi dengan si pengemis yang telah menyusahkannya. Semoga terhibur!