Pengenalan Al-Adab wa Al-Balaghah KBD

Pengenalan mata pelajaran Al-Adab wa Al-Balaghah di Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah bermatlamatkan untuk meningkatkan kemahiran serta merealisasikan keupayaan penguasaan bahasa dalam kalangan murid-murid menerusi gaya bahasa Arab yang pelbagai serta mampu berinteraksi dengan teks-teks Arab daripada pelbagai sumber dan menyingkap rahsia teks tersebut seterusnya menghayati keindahannya dan memahami budaya masyarakat Arab juga menyerapi nilai-nilai mulia di dalam jiwa.

Lagi...

Pengenalan Al-Lughah Al-Arabiyah Al-Muasirah KBD

Kurikulum Bersepadu Dini al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) digubal bertujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Dalam usaha melahirkan ilmuan Islam dan pelapis generasi ulama pada masa akan datang, kurikulum ini dibina berasaskan kemahiran berbahasa dan ilmu bahasa Arab. Perkara ini akan dapat meningkatkan kecekapan dalam interaksi sosial murid serta boleh mengakses maklumat tambahan kepada pengetahuan yang diperlukan.

Lagi...