Idea Nasyid untuk PdPc Tasreef Afaal Bahasa Arab

Tasreef Afaal merupakan salah satu tajuk Qawaid Arabiah bagi silibus mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah aliran KBD untuk Tingkatan 3. Walaupun begitu, Tasreef Afaal ini merupakan satu keperluan yang mesti dikuasai oleh semua pelajar yang mempelajari Bahasa Arab tanpa mengira tingkatan atau peringkat umur.

Lagi...

Istilah berkaitan PdPc Bahasa Arab

Kadang-kadang terdapat beberapa istilah baharu dalam bidang pendidikan yang sukar untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Di sini penulis kongsikan sebahagian istilah berkaitan PdPc, penulisan RPH dan strategi yang digunakan secara meluas di dalam bahasa Arab.

Lagi...

15 Contoh RPH PdPc al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan di antara tugas-tugas utama seorang guru. Di sini penulis kongsikan 15 contoh RPH bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah (LAM) aliran KBD Tingkatan 1 ang merangkumi semua elemen pengajaran; Istima wa Kalam, Kitabah dan Qiraah. Contoh RPH ini juga sesuai untuk Tingkatan 2 kerana standard kandungannya tidak jauh berbeza. Ia juga boleh disesuaikan dengan mata pelajaran Bahasa Arab aliran perdana.

Lagi...

PAK21 Gallery Walk dalam PdPc Bahasa Arab

Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) merupakan di antara elemen penting yang perlu diterapkan di dalam PdP Bahasa Arab. Ini boleh membantu para pelajar untuk terus mengikuti sesi PdP dengan lebih baik dan bersemangat.

Lagi...

FTL Sijillu al-Qusasat (Buku Skrap) dalam PdPc Bahasa Arab

Di antara seni penyampaian bahasa atau Funun Taqdim al-Lughah (FTL) adalah penyediaan Sijillu al-Qusasat atau Buku Skrap. Penyediaan buku skrap ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Di sini penulis kongsikan, penyediaan Sijillu al-Qusasat bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah Tingkatan 3. Tajuk yang dipilih adalah al-A'yad fi Maliziya (Perayaan-perayaan di Malaysia). Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan (5 atau 6 orang).

Lagi...

FTL Ilqa al-Anasyid (Nyanyian) dalam PdPc Bahasa Arab

Funun Taqdim al-Lughah atau FTL merupakan di antara elemen yang ditekankan dalam PdPc Bahasa Arab dan al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah. Kebanyakan guru mempunyai keinginan yang tinggi untuk melaksanakannya. Namun, akibat kekangan tugas dan masa yang kurang mengizinkan menyebabkan FTL ini jarang dapat dilaksanakan. Penulis akan cuba berkongsi RPH dan contoh video PdPc yang berkaitan untuk dipraktikkan bersama, in-sya Allah. Sebarang cadangan penambahbaikan amatlah dialu-alukan demi kebaikan bersama.

Lagi...