PAK21 Gallery Walk dalam PdPc Bahasa Arab

Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) merupakan di antara elemen penting yang perlu diterapkan di dalam PdP Bahasa Arab. Ini boleh membantu para pelajar untuk terus mengikuti sesi PdP dengan lebih baik dan bersemangat.

Elemen utama di dalam PAK21 adalah 4C:


Strategi PdPc yang dipilih adalah Gallery Walk :


Di sini penulis kongsikan RPH untuk PdPc al-Adab wa al-Balaghah Tingkatan 4 bertajuk A'lam Ilmi al-Balaghah :

Untuk imej yang lebih jelas, klik sini

Di antara BBB yang diperlukan adalah :
  • Kertas mahjong
  • Pen marker

  • Langkah 1 (Set induksi)
  • Guru menunjukkan beberapa keping lakaran gambar ulama-ulama Arab terdahulu dan bersoal jawab dengan pelajar.

  • Langkah 2 (Penyediaan bahan)
  • 2.1 Guru memberikan arahan yang jelas bagaimana perjalanan kelas pada hari berkenaan.
  • 2.2 Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan berdasarkan 3 nama tokoh yang akan dipelajari.
  • 2.3 Pelajar berbincang untuk melaksanakan tugasan (elemen komunikasi).
  • 2.4 Pelajar membahagikan tugas dalam kalangan mereka (elemen kolaboratif).
  • 2.5 Pelajar menyaring bahan mentah daripada sumber asal untuk menyiapkan tugasan (elemen berfikiran kritis).
  • 2.6 Pelajar melakar dan menyediakan tugasan dalam bentuk yang bersesuai berdasarkan kreativiti (elemen kreativiti).

  • Langkah 3 (Pembentangan)
  • 3.1 Pelajar melekatkan hasil tugasan di beberapa tempat di dalam kelas.
  • 3.2 Seorang pelajar daripada setiap kumpulan akan bertindak sebagai pembentang dan akan kekal berada bersama hasil tugasan (stesen).
  • 3.3 Pelajar akan bergerak secara berkumpulan daripada satu stesen ke stesen yang lain dan akan cuba mendapatkan maklumat daripada pembentang berkenaan.
  • 3.3 Guru bergerak secara rawak dan membantu memudahcarakan pelajar.
  • 3.4 Setelah selesai, semua pelajar akan kembali ke tempat masing-masing dan guru akan membuat pentaksiran/penilaian bagi memastikan objektif PdPc terbabit tercapai.

  • Berikut merupakan rakaman PdPc yang sempat penulis rakamkan :


    Sebarang cadangan amatlah dialu-alukan. Semoga bermanfaat.