Kisah 8 : Upahmu Tiada Apa-apa

kisah juhaKisah Juha Siri 8, kita saksikan bagaimana Juha bertelagah dengan orang yang menuntut 'tiada apa-apa' daripadanya. Semoga terhibur!

Lagi...

I'rab Taqdiri ( Fe'el )

nahu sarfJika sebelum ini, kita membincangkan i'rab secara muqaddarah pada isim, kali ini sama-sama kita meneliti i'rab taqdiri yang berlaku kepada fe'el.

Terdapat 2 keaadan sahaja, iaitu :

1. Fe'el Mudhari' yang berakhir dengan huruf ALIF.

Dii'rab ketika marfu' dengan baris dhommah MUQADDARAH, dan ketika mansub dengan baris fathah MUQADDARAH dengan alasan ta'azzur iaitu tidak mampu menerima baris.



Tetapi ketika majzum, i'rabnya adalah dengan menghazaf huruf alif.


2. Fe'el Mudhari' yang berakhir dengan huruf WAU atau YA.

HANYA ketika marfu' dii'rab dengan baris dhommah MUQADDARAH, dengan alasan thiqal iaitu berat untuk dituturkan.


Bagaimanapun, ketika mansub dii'rab seperti biasa dengan baris dhommah ZAHIRAH


Untuk majzum pula, i'rabnya adalah dengan menghazaf huruf WAU atau YA.


Wallahu A'lam.

Panduan :

Lagi...

I'rab Taqdiri ( Isim )

nahu sarfApabila kita mengi'rab sesuatu kalimah, di hujung i'rab tersebut kebiasaannya disebut dengan baris dhommah/fathah/kasrah ZAHIRAH fi akhiri. Tetapi, kali ini kita cuba memahami i'rab dengan baris MUQADDARAH pada isim.

Terdapat 3 keadaan sahaja pada isim iaitu :

1. Isim Maqsur Rujuk sini

Dii'rab dengan baris dhommah/fathah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan ta'azzur iaitu tidak mampu menerima baris.



2. Isim Manqus Rujuk sini

Dii'rab dengan baris dhommah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan thiqal iaitu berat untuk dituturkan.

جاء القاضي
سلمت على المحامي


Bagaimanapun untuk baris fathah dii'rab seperti biasa ( zahirah ).


3. Isim yang bersambung dengan Ya Mutakallim.

Dii'rab dengan baris dhommah/fathah/kasrah MUQADDARAH, dengan alasan munasabah iaitu untuk disesuaikan dengan huruf ya, munasabahnya adalah baris kasrah.


Wallahu A'lam.

Panduan :

Lagi...

Kisah 7 : Aku Tidak Akan Membelimu

kisah juhaKisah Juha Siri 7, memperihalkan Juha yang diperdaya oleh pencuri, kononnya manusia bertukar menjadi himar. Semoga terhibur!

07- و الله لن أشتريك

Lagi...

Tasyjiir - Kitab Matan Bina' wal Asasi

sumber luar"Ini adalah tasyjiir (gambar rajah pokok) 35 bab dari Kitab Matan Bina' wal Asasi didalam mempelajari ilmu Shorof.

Bagi sesiapa menghendakinya akan tasyjiir ini , maka al-faqir membenarkan ia mengambilnya agar dipermudahkan didalam memahaminya. al-Faqir telah pun menyediakan dua gambaran rajah yang berwarna dan hitam putih."



Klik pada gambar untuk membesarkan



Sumber : Jejak Nahwu & Shorof

Lagi...

Matan al-Bina : Siri 16

Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 16. Masih berbaki 19 bab.




Bab Kedua (2 of 4)
( No. 16 of 35, rujuk Jadual )

افعوعل يفعوعل افعيعالا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- اعشوشب : ditumbuhi banyak rumput

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai ENAM huruf.

- Berlaku penambahan huruf ALIF di awalnya, AIN tambahan dan WAU di antara huruf AIN dan LAM.


Peranan / Makna :

Kebiasaannya menunjukkan kepada makna MUBALAGHAH kepada LAZIM.
Ayat LAZIM biasa ;
- cth : Bumi berumput.

Ayat LAZIM dengan makna MUBALAGHAH
- cth : Bumi dipenuhi banyak rumput.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15

Lagi...

Kisah 6 : Allah jua yang memberi

kisah juhaKisah Juha Siri 6, memaparkan bagaimana Juha berkomunikasi dengan si pengemis yang telah menyusahkannya. Semoga terhibur!

06- الله يعطيك

Lagi...

Tiada jijik dan lucah

Allah s.w.t mengajar juga menyuruh kita beradab dalam semua keadaan. Beradab dalam berbahasa dapat kita saksikan di dalam al-Quran, bagaimana ia didatangkan dalam bentuk bahasa yang paling sopan.

Di sini didatangkan beberapa contoh petikan ayat suci al-Quran, kita lihat bagaimana maksud yang jijik dan lucah disampaikan dalam bentuk yang amat sopan sekali. Subhanallah..

1. Ayat yang merujuk kepada makna membuang air kecil atau besar


"..atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air.."
al-Maidah : 6

Terjemahan asal kalimah tersebut adalah : tempat rendah yang terlindung

2. Ayat yang merujuk kepada makna jimak

i.

"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu.." al-Baqarah : 187

Terjemahan asal kalimah tersebut adalah : perkataan yang kotor

ii.

"..mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka." al-Baqarah : 187


iii.

"Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu.." al-Baqarah : 187

Terjemahan asal kalimah tersebut adalah : bergaul

iv.

"Isteri-isterimu adalah tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu sebagaimana yang kamu kehendaki." al-Baqarah : 223


v.

"Maka isteri-isteri yang telah kamu setubuhi di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya, sebagai suatu kewajipan.." an-Nisa : 24

Terjemahan asal kalimah tersebut adalah : menikmati

Oleh itu, sama-samalah menjaga tutur kata, meskipun lucah dalam berbahasa bukan suatu kesalahan, namun ia menggambarkan hati dan peribadi kita..

Wallahu a'lam.

Lagi...

Matan al-Bina : Siri 15

Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 15. Masih berbaki 20 bab.




Bahagian Ketiga ( 3 of 3 ), 3 huruf dengan tambahan 3 huruf ( 3 + 3 ) dan mempunyai 4 Bab ;

Bab Pertama (1 of 4)
( No. 15 of 35, rujuk Jadual )

استفعل يستفعل استفعالا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- استخرج : mengeluarkan

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai ENAM huruf.

- Berlaku penambahan huruf ALIF, SIN dan TA di awalnya.


Peranan / Makna :

Kebiasaannya menunjukkan kepada makna MUTA'ADDI.
- cth : Zaid mengeluarkan hartanya.

Kadang-kadang menunjukkan kepada LAZIM.
- cth : Tanah telah mengeras.

Peranan lain ;

Menunjukkan kepada PERMOHONAN.
- cth : Zaid memohon ampun daripada Allah.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14

Lagi...

Kisah 5 : Banyak Memberi Bukanlah Si Bakhil

kisah juhaKisah Juha Siri 5, Juha mengajar si kaya yang cuba mempermainkan doanya kepada Tuhan. Semoga terhibur!

05- الذي يعطي الكثير لا يبخل بالقليل

Lagi...

Vice Versa

Suatu tajuk di dalam Ilmu Badi' yang disebut sebagai العكس والتبديل . Di sini ana terjemahkan sebagai ' vice versa ' atau 'sebaliknya'. Berikut merupakan petikan ayat sebagai contoh bagi memudahkan kefahaman.

1. al-Baqarah : 187


Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.


2. Ali 'Imran : 27


"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.


3. al-Mumtahanah : 10


Sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami).


Mudah saja. Perhatikan pada contoh di atas, tumpukan pada ayat merah dan biru.

  • Ayat merah merupakan ayat asal.
  • Ayat biru pula merupakan ayat 'sebaliknya'.

S : Dimanakah berlakunya 'akas? Dan di mana pula tabdil?

J : 'Akas berlaku pada makna manakala tabdil pada susunan kalimat.

Wallahu a'lam.

Lagi...

100 !

hadiahAlhamdulillah 'ala kulli ni'mah. Syukur pada Allah atas segala anugerah-Nya. Bahasa Syurga yang sudah berusia 2 tahun lebih, dan ini merupakan entri yang ke 100. Ada hadiah bermakna buat semua pembaca.

Tiada yang lebih berharga melainkan ilmu. Justeru sama-sama ikuti pengajian berikut yang disertakan terjemahan di dalam Bahasa Inggeris.

Pengajian Hadis Arba'in (40) Imam Nawawi r.a.
oleh SS Imam Allamah Syeikh Ali Jumu'ah
Mufti Republik Arab Mesir


01. Muqaddimah


02. Hadis Pertama
03. Hadis Ke 2
04. Hadis Ke 3
05. Hadis Ke 4
06. Hadis Ke 5
06. Hadis Ke 5
07. Hadis Ke 6
08. Hadis Ke 7
09. Hadis Ke 8
10. Hadis Ke 9
11. Hadis Ke 10
12. Hadis Ke 11 & 12
13. Hadis Ke 13
13. Hadis Ke 14
14. Hadis Ke 15
15. Hadis Ke 16 & 17
16. Hadis Ke 18
17. Hadis Ke 19
18. Hadis Ke 20 & 21
19. Hadis Ke 22 & 23
20. Hadis Ke 24
21. Hadis Ke 25
22. Hadis Ke 26
23. Hadis Ke 27 & 28
24. Hadis Ke 29
25. Hadis Ke 30 & 31
26. Hadis Ke 32 - 34
27. Hadis Ke 35 & 36
28. Hadis Ke 37 - 39
29. Hadis Ke 40 - 42 (Finale)

Hadis 40 & Terjemahan ( pdf : 1.2 MB )


إعراب الأربعين النووية ( pdf : 0.1 MB )


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Kullu Am wa Antum wal Ummah Islamiyah Bikhair

Lagi...

Jaro

Satu kalimah banyak maknanya. Makna yang disesuaikan dengan kontek ayat. Itulah dinamakan bahasa.

Kalimah yang dipilih adalah :

جَرَى

Makna :

1. bersegera

cth : جرى محمد إلى البيت
Muhammad bersegera menuju ke rumah

2. berlayar

cth : جرت السفينة
Kapal berlayar

3. mula bergerak

cth : جرى الفرس
Kuda itu telah mula bergerak.

4. mengalir deras

cth : جرى الماء
Air mengalir deras.

5. berlaku

cth : جرى له حادث أخره عن الحضور
Kejadian yg berlaku menyebabkannya terlewat hadir.

6. bertiup

cth : تجرى الرياح
Angin bertiup.

7. tersebar

cth : القصة تجرى على كل لسان
Cerita itu telah meniti bibir ke bibir (tersebar)

Lagi...

Kisah 4 : Upahmu Adalah Bunyi Dirham

kisah juhaKisah Juha Siri 4 ini mengisahkan bagaimana Juha yang menjadi pembantu hakim menyelesaikan kes yang dibawa kepadanya. Semoga terhibur!

04- أجرك صوت الدراهم

Lagi...

Matan al-Bina : Siri 14

Siri Memahami Matan al-Bina bersambung. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 14. Masih berbaki 21 bab.




Bab Kelima (5 of 5)
( No. 14 of 35, rujuk Jadual )

تفاعل يتفاعل تفاعلا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- تباعد : saling menjauhi
- تصالح : saling berdamai

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai LIMA huruf.

- Berlaku penambahan huruf TA di awalnya dan huruf ALIF di antara FA dan 'AIN.


Peranan / Makna :

Menunjukkan kepada makna PERKONGSIAN / SALING sama ada dua orang atau lebih.

- cth perkongsian dua orang : Zaid menjauhi Amru.
- cth perkongsian ramai : Komuniti itu saling berdamai.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Lagi...

Haram Berburu

Jom belajar Bahasa Arab melalui kartun. Ini merupakan edisi kedua dalam koleksi terjemahan penulis. Gaya bahasa yang ringkas dan menarik untuk dijadikan panduan.

Lagi...

Kisah 3 : Pakaianku Lebih Layak Daripadaku

kisah juhaKisah Juha Siri 3 ini akan menceritakan bagaimana Juha menghadiri majlis kenduri dengan layanan yang berbeza. Semoga terhibur.

03- ثيابي أولى مني

Lagi...