Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menjadikan tahun 2020 sebagai tahun bahasa Arab bagi sekolah-sekolah di bawah kawalannya. Majlis Pelancaran Tahun Bahasa Arab 2020 peringkat kebangsaan telah disempurnakan pada 20 Februari yang lalu di SMKA Putrajaya. Pelancaran serentak di seluruh SMKA dan SABK juga pada tarikh yang sama.
Tahun Bahasa Arab 2020 [Al-Arabiyyat 2020] KPM
Istimewa Merdeka
Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Bersempena dengan Bulan Sambutan Kemerdekaan, penulis kongsikan beberapa bahan berkaitan kenegaraan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Untuk permulaan, penulis kongsikan Rukun Negara dan Lagu Negaraku. Kredit kepada sumber asal. In-sya Allah akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
[Repost] 50 Penanda Wacana
Koleksi 50 Penanda Wacana yang boleh digunakan oleh semua pencinta bahasa Arab terutamanya pelajar-pelajar. Penanda wacana ini digunakan bagi mengindahkan gaya bahasa dalam penulisan Insyak serta membantu menambahkan jumlah perkataan agar menepati kehendak soalan.
Idea Nasyid untuk PdPc Tasreef Afaal Bahasa Arab
Tasreef Afaal merupakan salah satu tajuk Qawaid Arabiah bagi silibus mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah aliran KBD untuk Tingkatan 3. Walaupun begitu, Tasreef Afaal ini merupakan satu keperluan yang mesti dikuasai oleh semua pelajar yang mempelajari Bahasa Arab tanpa mengira tingkatan atau peringkat umur.
Istilah berkaitan PdPc Bahasa Arab
Kadang-kadang terdapat beberapa istilah baharu dalam bidang pendidikan yang sukar untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Di sini penulis kongsikan sebahagian istilah berkaitan PdPc, penulisan RPH dan strategi yang digunakan secara meluas di dalam bahasa Arab.
Penanda Wacana
Apakah istilahnya di dalam bahasa Arab? Nahu ke Balaghah? Insyak kot? Penulis cuba mencari rujukan, namun tidak ditemui. Sebenarnya tiada tajuk khusus yang membincangkan tajuk ini. Namun sebagai memenuhi permintaan seorang sahabat, dinyatakan sebahagian penanda wacana yang biasa digunakan. Sekiranya terdapat kalimah lain berkaitan yang diketahui, sila sudi-sudikan untuk berkongsi di bawah.
Pengantar Ilmu Dilalah
Ilmu Dilalah (علم الدلالة) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris dengan Semantics merupakan cabang ilmu bahasa yang melihat dari segi makna. Tajuk utama yang dibincangkan di dalamnya iaitu sesuatu benda yang berkaitan dengan tanda (الرمز). Antara tanda yang dimaksudkan adalah melalui isyarat tangan atau anggukan kepala.
Perbendaharaan #1
Dihimpunkan daripada twitter Ustaz Tuan Asmawi Tn Umar, beliau tidak asing lagi. Seorang konsultan, mursyid IMAM MUDA, konsultan USTAZAH PILIHAN, mentor radio ILUVISLAM, media advisor PPIM & IRM, voiceover talent, radio/tv host. Follow twitter ustaz di sini atau like facebook di sini. Rugi sekiranya khazanah ini dibiarkan berlalu sahaja.
Ukuran dan Sukatan
Bersama menambah pengetahuan berkaitan ukuran, sukatan, timbangan dan jarak. Di sini disebutkan sebahagian kalimah-kalimah yang seringkali kita temui setiap hari. Sekiranya terdapat kalimah lain berkaitan yang ingin diketahui, sila sudi-sudikan untuk mengisi ruang respon di bawah.
Sastera Arab : Merentasi Zaman
Sebut saja sastera, gerun bunyinya. Lebih-lebih lagi sastera Arab. Hatta pelajar fakulti Bahasa Arab sendiri, dipaksakan juga untuk menghadam walaupun perit. Tiada kenikmatan dengan paksaan.
Jaro
Satu kalimah banyak maknanya. Makna yang disesuaikan dengan kontek ayat. Itulah dinamakan bahasa.
Kalimah yang dipilih adalah :
Makna :
1. bersegera
cth : جرى محمد إلى البيت
Muhammad bersegera menuju ke rumah
2. berlayar
cth : جرت السفينة
Kapal berlayar
3. mula bergerak
cth : جرى الفرس
Kuda itu telah mula bergerak.
4. mengalir deras
cth : جرى الماء
Air mengalir deras.
5. berlaku
cth : جرى له حادث أخره عن الحضور
Kejadian yg berlaku menyebabkannya terlewat hadir.
6. bertiup
cth : تجرى الرياح
Angin bertiup.
7. tersebar
cth : القصة تجرى على كل لسان
Cerita itu telah meniti bibir ke bibir (tersebar) Lagi...





