Tapak Analisis Item LAM, KBD & Bahasa Arab SPM

Analisis Item merupakan di antara perkara utama dalam menganalisis data berdasarkan skrip jawapan pelajar. Daripada analisis item ini, guru dapat mengenalpasti di bahagian manakah kelemahan utama sesorang pelajar, seterusnya dapat mencari solusi dan intervensi terbaik bagi merawat masalah tersebut. Bagi guru yang telah lama mengajar, mungkin telah ada analisis item sendiri yang dibuat berdasarkan pengalaman dan kehendak pentadbir masing-masing. Namun bagi guru yang masih bertatih dalam dunia pentaksiran ini, penulis sediakan tapak khas buat sahabat-sahabat guru KBD untuk diisi dengan mudah.

Lagi...

Bahan Bantu Belajar PdPR LAM & AwB

Sebagaimana sedia maklum, PdPR akan diteruskan lagi untuk tempoh 5 minggu akan datang (13 Jun - 15 Julai / 14 Jun - 16 Julai). Bahan-bahan bantu belajar perlu disediakan oleh guru-guru bagi memudahkan proses PdPR secara dalam talian ini. Penulis himpunkan semula, hantaran-hantaran tahun lepas yang boleh digunakan semula bagi membantu para sahabat sekalian.

Lagi...

Template Pelaporan Offline PBD Aliran KBD

Memandangkan tahun 2021 merupakan tahun lengkapnya Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tingkatan 5, maka penulis himpunkan di sini Template Pelaporan Offline PBD dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 subjek al-Lughah al-Arabiah al-Mu'asirah dan Tingkatan 4 & 5 subjek al-Adab wa al-Balaghah. Sebagaimana yang diketahui, modul pelaporan ini perlu dilaporkan 2 kali setahun.

Lagi...

Format Baharu Bahasa Arab SPM mulai Tahun 2021

Tahun 2021, adalah tahun pertama pelaksanaan format baharu SPM bagi generasi KSSM. Beberapa panduan dan format serta contoh soalan telah dikongsikan oleh guru-guru bagi mata pelajaran Bahasa Arab sebagai persediaan menghadapi SPM 2021 yang akan berlangsung pada bulan Mac tahun hadapan, insya Allah. Mungkin ada sebahagian guru masih tercari-cari dan merasa keliru dengan format baharu ini, maka di sini penulis kongsikan bahan-bahan berkaitan untuk kegunaan guru sebagai rujukan. Kredit kepada semua penyumbang bahan-bahan ini.

Lagi...

Panduan dan Contoh Karangan Bahasa Arab Menengah Atas

Kali ini admin ingin berkongsi beberapa panduan penulisan karangan dan contoh karangan bahasa Arab yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar dan guru-guru. Panduan dan contoh karangan ini diperoleh daripada beberapa sumber. Kredit kepada semua penulis asal dan sekiranya berkaitan hak cipta, mohon dimaklumkan kepada admin. Jazakumullah.

Lagi...

Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) 2.0 PIBA & KBD

Pelaksanaan PKP menyebabkan pelaksanaan PdP secara bersemuka di bilik darjah tidak dapat dilaksanakan secara normal. Meskipun guru telah berusaha melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) sepanjang tempoh PKP, namun keberkesanan pelaksanaannya didapati tidak mencapai tahap optimum. Masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan memberi implikasi terhadap pembelajaran murid pada tahun 2021. Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Edisi 2.0 termasuk semua mata pelajaran pendidikan Islam dan bahasa Arab di bawah seliaan BPI bagi kegunaan tahun 2021.

Lagi...

Koleksi Percubaan al-Adab wa al-Balaghah SPM 2020

Penulis himpunkan di sini koleksi Soalan al-Adab wa al-Balaghah (AWB) bagi Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2020 daripada beberapa negeri. Calon-calon SPM 2020 bolehlah jadikan koleksi soalan ini sebagai bahan pembelajaran kendiri dan latih tubi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Penulis mengumpulkan koleksi ini daripada beberapa sumber sebahagian besarnya daripada gg.gg/awbkbd. Jazakumullah, kredit kepada uploader/sumber asal.

Lagi...