Koleksi Soalan Percubaan SPM 2025

spmDikongsikan di sini Koleksi Soalan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 3 mata pelajaran berkaitan bahasa Arab; 2361/1 Bahasa Arab KSSM, 5403/1 Al-Lughah al-Arabiah al- Mu'asirah KBD dan 5405/1 Al-Adab wa al-Balaghah KBD. Koleksi ini merupakan himpunan dari beberapa negeri atas inisiatif guru-guru berkenaan, sesuai untuk dijadikan bahan latih tubi dan rujukan bersama. Semoga bermanfaat.
Kredit kepada semua hak pemunya asal dan sekiranya terdapat isu hakcipta, mohon berhubung dengan admin.

Lagi...

DSKP Tingkatan 4 KBD Semakan 2022

kbd semakan[Kemaskini] Baru-baru ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM telah membuat penataran kepada guru-guru berkaitan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). DSKP baharu ini dikenali sebagai DSKP KBD Semakan 2022 dan dijenamakan semula sebagai Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini. Latar belakang kepada kurikulum baharu ini adalah berasaskan kepada MOA baharu di antara KPM dengan pihak al-Azhar. Hasilnya, nama mata pelajaran dan peruntukan masa (jam setahun) dikekalkan, perubahan hanyalah pada isi kandungan sahaja. Ini bermakna, pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sesi 2023 (aliran KBD) akan menggunakan buku teks baharu, isi kandungannya 100% sebagaimana buku teks yang digunapakai di Maahad Buuth al-Azhar.

Lagi...

Modul Intervensi Pembelajaran SPM 2021 JPNT

JPNTModul Intervensi Pembelajaran SPM 2021 ini merupakan hak cipta Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang telah disusun oleh Panel Akram Negeri Terengganu. Di sini admin kongsikan mata pelajaran berkaitan Pendidikan Islam dan Kurikulum Bersepadu Dini sahaja, bolehlah dijadikan sebagai bahan latih tubi bagi menghadapi SPM yang semakin hampir. Kredit kepada JPNT dan semua panel penulis.

Lagi...

Format Baharu Bahasa Arab SPM mulai Tahun 2021

Tahun 2021, adalah tahun pertama pelaksanaan format baharu SPM bagi generasi KSSM. Beberapa panduan dan format serta contoh soalan telah dikongsikan oleh guru-guru bagi mata pelajaran Bahasa Arab sebagai persediaan menghadapi SPM 2021 yang akan berlangsung pada bulan Mac tahun hadapan, insya Allah. Mungkin ada sebahagian guru masih tercari-cari dan merasa keliru dengan format baharu ini, maka di sini penulis kongsikan bahan-bahan berkaitan untuk kegunaan guru sebagai rujukan. Kredit kepada semua penyumbang bahan-bahan ini.

Lagi...

Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) 2.0 PIBA & KBD

Pelaksanaan PKP menyebabkan pelaksanaan PdP secara bersemuka di bilik darjah tidak dapat dilaksanakan secara normal. Meskipun guru telah berusaha melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) sepanjang tempoh PKP, namun keberkesanan pelaksanaannya didapati tidak mencapai tahap optimum. Masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan memberi implikasi terhadap pembelajaran murid pada tahun 2021. Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Edisi 2.0 termasuk semua mata pelajaran pendidikan Islam dan bahasa Arab di bawah seliaan BPI bagi kegunaan tahun 2021.

Lagi...

Dokumen Penjajaran Kurikulum Kegunaan 2020 (PIBA dan KBD)

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi semua mata pelajaran pendidikan Islam dan bahasa Arab telah dijajarkan sesuai dengan keadaan semasa kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang melanda Negara.

Lagi...

Koleksi RPT dan Tapak RPH Bahasa Arab

Atas permintaan beberapa rakan, di sini admin himpunkan koleksi Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Tapak Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi subjek Bahasa Arab dan al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah. Kredit kepada sahabat-sahabat pemilik RPT dan RPH ini yang sudi berkongsi. Sekiranya ada isu berkaitan hakcipta, mohon dimaklumkan kepada admin. Jazahumullahu khairal jazak.

Lagi...

Panduan Bahasa Arab KSSM Ting 4 dan 5

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Bahasa Arab Tingkatan 4 akan digunapakai mulai tahun hadapan. Di sini penulis kongsikan beberapa bahan yang telah ditatarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM untuk manfaat bersama.

Lagi...