Tiba-tiba muncul semula berkaitan kurikulum peringkat Thanawi (Menengan Atas) bagi Maahad Buuth Azhar. Kebanyakan asatizah KBD bersembang tentang kurikulum ini. Rentetan itu, maka ramai yang tertanya-tanya dan tercari-cari kurikulum terbaru di peringkat Thanawi ini. Maka, penulis cuba mencari dan menghimpunkan beberapa subjek bagi kurikulum Thanawy yang berkaitan bahasa Arab sahaja atas permintaan beberapa orang sahabat. Sekiranya ada permintaan bagi subjek-subjek lain, insya Allah akan diusahakan.
Buku Teks Peringkat Thanawi Maahad Buuth Azhar
Tapak Analisis Item LAM, KBD & Bahasa Arab SPM
Analisis Item merupakan di antara perkara utama dalam menganalisis data berdasarkan skrip jawapan pelajar. Daripada analisis item ini, guru dapat mengenalpasti di bahagian manakah kelemahan utama sesorang pelajar, seterusnya dapat mencari solusi dan intervensi terbaik bagi merawat masalah tersebut. Bagi guru yang telah lama mengajar, mungkin telah ada analisis item sendiri yang dibuat berdasarkan pengalaman dan kehendak pentadbir masing-masing. Namun bagi guru yang masih bertatih dalam dunia pentaksiran ini, penulis sediakan tapak khas buat sahabat-sahabat guru KBD untuk diisi dengan mudah.
Template Pelaporan Offline PBD Aliran KBD
Memandangkan tahun 2021 merupakan tahun lengkapnya Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tingkatan 5, maka penulis himpunkan di sini Template Pelaporan Offline PBD dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 subjek al-Lughah al-Arabiah al-Mu'asirah dan Tingkatan 4 & 5 subjek al-Adab wa al-Balaghah. Sebagaimana yang diketahui, modul pelaporan ini perlu dilaporkan 2 kali setahun.
Format Baharu Bahasa Arab SPM mulai Tahun 2021
Tahun 2021, adalah tahun pertama pelaksanaan format baharu SPM bagi generasi KSSM. Beberapa panduan dan format serta contoh soalan telah dikongsikan oleh guru-guru bagi mata pelajaran Bahasa Arab sebagai persediaan menghadapi SPM 2021 yang akan berlangsung pada bulan Mac tahun hadapan, insya Allah. Mungkin ada sebahagian guru masih tercari-cari dan merasa keliru dengan format baharu ini, maka di sini penulis kongsikan bahan-bahan berkaitan untuk kegunaan guru sebagai rujukan. Kredit kepada semua penyumbang bahan-bahan ini.
Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) 2.0 PIBA & KBD
Pelaksanaan PKP menyebabkan pelaksanaan PdP secara bersemuka di bilik darjah tidak dapat dilaksanakan secara normal. Meskipun guru telah berusaha melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) sepanjang tempoh PKP, namun keberkesanan pelaksanaannya didapati tidak mencapai tahap optimum. Masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan memberi implikasi terhadap pembelajaran murid pada tahun 2021. Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Edisi 2.0 termasuk semua mata pelajaran pendidikan Islam dan bahasa Arab di bawah seliaan BPI bagi kegunaan tahun 2021.
Dokumen Penjajaran Kurikulum Kegunaan 2020 (PIBA dan KBD)
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi semua mata pelajaran pendidikan Islam dan bahasa Arab telah dijajarkan sesuai dengan keadaan semasa kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang melanda Negara.





