Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018

29 Mac 2018, alhamdulillah. Diberi peluang untuk menerima anugerah di atas pencapaian pelajar-pelajar yang lulus 100% dalam Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2017 bagi mata pelajaran al-Lughah al-Arabiyah al-Muasirah. Semoga kecemerlangan ini dapat dipertingkatkan lagi.

Lagi...

Malaysia Website Awards 2018

Alhamdulillah, weblog ini telah disenaraikan untuk pencalonan Malaysia Website Awards 2018. Penulis dengan rendah hati ingin memohon jasa baik sahabat-sahabat untuk menyebarkan web ini dan mengundi weblog ini untuk manfaat bersama.

Untuk mengundi, sila klik di sini.

Lagi...

Muat Turun Quran in Ms Word 3.0

Untuk semua guru-guru dan sahabat-sahabat yang selalu menggunakan petikan ayat al-Quran di dalam Microsoft Office sama ada untuk membuat nota, membina soalan atau apa-apa BBM, versi terbaru add on Quran versi 3.0 sudah boleh dimuat turun. Lengkap dengan terjemahan dan tafsir.

Lagi...

[BBM] Slide PdPc al-Balaghah Ting 4 (KBD)

Di sini penulis kongsikan satu bahan bantu mengajar (BBM) subjek al-Adab wa al-Balaghah Tingkatan 4 bagi aliran KBD. BBM ini menggunakan Peta Pemikiran (i-think) dan turut disertakan dengan contoh-contoh soalan. Penulis akan cuba menyediakan slide untuk semua tajuk dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Lagi...

[Repost] Modul Masalik al-Najah Bahasa Arab SPM

Istimewa untuk untuk guru Bahasa Arab Menengah Atas, di sini dikongsikan CD Modul Imtiyaz Masalik al-Najah Bahasa Arab yang diterbitkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sebagai bahan bantu mengajar para asatizah bagi menambahbaik PdP Bahasa Arab. Jazakallah kepada Us. Ikhwan bin Zainuddin, Penolong Pengarah Bahasa Arab SPI JPN Kedah kerana memberi kebenaran bagi berkongsi modul ini.

Lagi...

PAK21 Quizizz (Play Live) dalam PdPc Bahasa Arab

Quizizz merupakan salah satu di antara apps yang popular dalam melaksanakan Pembelajaran Abad ke 21. Kali ini, penulis memilih untuk menggunakan Quizizz mode Play Live. Setelah versi Homework berjaya dilaksakana, namun kedapatan sebahagian kecil gagal untuk melaksanakannya di atas beberapa isu; masalah liputan internet, tinggal di luar bandar dan telefon pintar yang berspesifikasi rendah.

Lagi...