Mudhaf Kepada Ya Mutakallim

nahu sarfIdhafah [ إضافة ] ialah satu kalimah disandarkan kepada kalimah yang lain bagi menjadikan suatu rangkai kata yang berkait. Seperti yang sedia maklum, kalimah pertama disebut sebagai mudhaf, manakala kalimah yang berikutnya adalah mudhafun ilaih.

- Mudhaf [ مُضاف ] barisnya fleksibel berdasarkan kedudukan i'rabnya.

- Mudhafun ilaihi [ مُضاف إلَيه ] barisnya adalah KASRAH kerana hukumnya adalah majrur.

Tetapi bagaimana sekiranya disandarkan kepada ya al-mutakallim?

Sebelum itu, apakah ya al-mutakallim [ ياء المتكلِّم ] itu?

Ya al-mutakallim merujuk kepada huruf ya bermakna aku (kepunyaan aku).
Cth : buku aku, kitab saya

Cara menyandarkan kepada ya al-mutakallim :

Sekiranya suatu kalimah disandarkan kepada ya al-mutakallim, maka kalimah tersebut mestilah dibariskan dengan KASRAH bagi disesuaikan dengan huruf ya.

Manakala, huruf ya pula boleh dibariskan dengan SUKUN atau FATHAH.

Cth :

هذا منزلِـيْ الجديدُ و منزلِـيَ الجديدُ


Namun, sekiranya kalimah itu berbentuk maqsur, manqus, musanna atau jamak maka WAJIB mudhaf itu dibariskan dengan SUKUN dan huruf ya pula WAJIB dibariskan dengan FATHAH.

Cth maqsur :
هي عصايَ


Cth manqus :
أنت قاضِيَّ


Cth musanna :
هذه إحدى إبنتَيَّ


Cth jamak :
أو مخرجِيَّ هم؟


* Jika masih keliru di antara maqsur dan manqus, klik sini.

Dipetik dari kitab Qawaid al-Lughah al-Arabiyah oleh Syeikh Hifni Nasif dan lain-lain.

Wallahu A'lam.