Isim, Laqab dan Kun-yah

nahu sarfA'lam [ العَلَم ] atau kata nama khas terbahagi kepada tiga, iaitu Isim [ اسم ], Laqab [ لَقَب ] dan Kun-yah [ كُنْيَة ]. Kebiasaannya isim dapat dibezakan degan jelas, cuma kadang-kadang kita terkeliru di antara Laqab dan Kun-yah. Kekeliruan ini bukan disebabkan oleh kerana kesamaran atau kesamaan, tetapi disebabkan oleh masalah biasa, iaitu lupa. Di sini ana datangkan kaedah mudah, yang insya Allah pembaca semua akan ingat sehingga ke mati.

Definisi :

الكنية : كل مركب إضافي صدره أب أو أم كأبي بكر وأم عمرو
Kun-yah : Setiap perkataan berangkai yang dimulai dengan kalimah Ab atau Umm seperti Abu Bakar dan Ummu Umar.

اللقب : كل ما أشعر برفعة أو ضعة كالرشيد والجاحظ
Laqab : Setiap ungkapan merujuk kepada kehebatan atau kekurangan seperti Yang Bijaksana dan Yang Mata Hitam Banyak.

الاسم : ما عداهما كهارون وعمرو
Isim : Selain daripada di atas, seperti Harun dan Amru.

Kaedah :

Semua kalimah di atas boleh dihimpunkan pada satu nama individu, susunan adalah dengan syarat Laqab dikemudiankan daripada isim. Namun Kun-yah bebas diletakkan di mana-mana.

Contoh susunan :
أبو عثمان عمرو بن بحر الجاحظ
Abu Usman : Kun-yah
'Amru : Isim
al-Jahiz : Laqab

Kaedah Mengingat :

Bagi mengelakkan kekeliruan di antara Kun-yah dan Laqab, ingatlah bahawa kunyah atau menguyah itu lebih sinonim kepada orang tua atau ibu bapa.

Walaupun nampak kaedah ini seperti mengarut, namun insya Allah anda akan ingat sehingga ke mati.

Takrif di atas dipetik daripada Kitab Qawa'id al-Lughah al-'Arabiyyah karangan Syeikh Hifni Nasif dan beberapa lagi ulama lain.

Wallahu a'lam.