Ismul Jam'ie

Artikel kali ini akan membicarakan tentang Ismul Jam'ie (اسم الجمع) bukan jamak muzakkar/muannas salim atau jamak taksir.

Ismul Jam'ie merupakan kalimah yang mengandungi makna jamak (banyak/ramai). Berbeza dengan jamak kerana jamak merupakan kalimah yang dibentuk daripada perkataan mufrad, tetapi ismul jam'ie merupakan kalimah mufrad yang mengandungi makna jamak.

Contoh JAMAK ;
مسلمون jamak kepada kalimah مسلم

Contoh ISMUL JAM'IE ;
قوم bukan dibina daripada mana-mana kalimah mufrad.

Contoh-contoh lain Ismul Jam'ie ;
شعب (bangsa) قبيلة (kafilah) جيش (tentera) نساء (wanita)

Daripada contoh-contoh di atas, kita dapati bahawa semua kalimah itu adalah bukan merujuk kepada satu individu tetapi kepada suatu kumpulan individu yang ramai. Inilah yang disebut mengandungi makna jamak (banyak/ramai).

Hakikat sebenar Ismul Jam'ie adalah lafaznya mufrad dan maknanya jamak. Jadi, kalimah-kalimah ini boleh dijamakkan dan dimusannakan seperti contoh berikut ;

قوم (mufrad)
قومان (musanna)
أقوام (jamak taksir)

Bagaimana cara penggunaan Ismul Jam'ie?

Oleh kerana lafaznya mufrad dan maknanya jamak, maka kita boleh i'rab sama ada ;

Pertama : Boleh guna sebagai mufrad dengan alasan lafaznya mufrad
Contoh ; القوم سار / قوم ذكي

Kedua : Boleh guna sebagai jamak dengan alasan maknanya jamak
Contoh ; القوم ساروا / قوم أذكياء

Semoga bermanfaat, wallahu a'lam.

1 respon:

Osman bin Abd Ghani berkata...

Ada sebarang kemusykilan berkaitan tajuk ini, sila tinggalkan di ruangan komen ini.