Kiasan (1)

Sebagai menjawab permintaan yang diajukan, di sini diterangkan secara ringkas apa itu 'Majaz Mursal' atau terjemahannya 'Kiasan' yang merupakan lawan kepada 'hakikat'.

'Majaz Mursal' merupakan bab yang dikategorikan di bawah Ilm Bayan.

المجاز المرسل

Definisi :
Perkataan yang digunakan BUKAN dengan makna sebenar. Dengan SYARAT adanya hubungkait bukan tasybih di antara makna sebenar dengan makna kedua (majazi) serta adanya alasan yang menghalang daripada menggunapakai makna sebenar.


Contoh mudah BM ;

Memerah santan.

Perkataan 'santan' adakan digunakan secara hakikat ?
Tidak, ia adalah majaz. Apakah ALASANnya ?
Tidak mungkin dapat memerah 'santan', kerana yang diperah adalah nyior.
Apa pula HUBUNGKAITnya ?
Hubungkaitnya adalah 'suatu yang akan berlaku'. Santan adalah suautu yang akan berlaku kepada nyior yang diperah.

Bentuk-bentuk Hubungkait

Di sini dinyatakan 2 daripadanya ;

1. SEBAHAGIAN

Iaitu menyebut 'sebahagian' sesuatu benda tetapi menghendaki 'keseluruhannya'.


"Janganlah kamu mencampakkan tangan-tangan (diri) kamu ke lembah kebinasaan"


Di sini disebutkan kalimah 'tangan-tangan' tetapi yang dikehendaki adalah 'tubuh badan'. Alasannya kerana tidak mungkin larangan tersebut dikhususkan kepada tangan sahaja. Dan tangan merupakan 'sebahagian' daripada tubuh badan.

Cth mudah BM ;

Jemput makan nasi.

Disebut nasi tetapi yang dikehendaki adalah hidangan.
Kerana nasi merupakan 'sebahagian' daripada hidangan yang meliputi lauk-pauk, ulaman dan minuman.

2. KESELURUHAN

Iaitu menyebut 'keseluruhan' sesuatu benda tetapi menghendaki 'sebahagiannya' sahaja.


"mereka menyumbat jari-jemari ke telinga masing-masing kerana petir, sebab takut akan mati"


Di sini dinyatakan 'jari-jemari' tetapi makna yang diinginkan adalah 'hujung jari' sahaja. Alasannya kerana mana mungkin dapat menyumbat telinga dengan keseluruhan jari. Dan jari-jemari merupakan keseluruhan kepada hujung jari.

Cth mudah BM ;

Selepas makan, jangan lupa membasuh mulut.

Disebut mulut tetapi yang dikehendaki adalah bibir mulut sahaja.
Kerana mulut merupakan 'keseluruhan' kepada bibir mulut selain gigi, lidah, rongga mulut dsb.

Hubungkait ini bersambung... Insya Allah.

0 respon: