Matan al-Bina : Siri 9

Siri Memahami Matan al-Bina kini bersambung kembali. Insya Allah, kita teruskan Siri Memahami Matan al-Bina dengan Bab 9.



Bab Ketiga (3 of 3)
( No. 9 of 35, rujuk Jadual )

فاعل يُفاعِل مفاعلة فعالا فيعالا
Ini adalah wazan iaitu Acuan.


Mauzun yang ditunjukkan adalah sebagai hasil/contoh. Antaranya ;

- قاتل : saling berbunuhan
- ضارب : saling memukul
- سابق : saling mendahului (bertanding)
- عانق : saling berpelukan

Kalimah-kalimah di atas barisnya adalah sama dengan wazannya ketika madhi, mudhori' dan masdar (kata terbitan) kerana bagaimana acuan begitulah hasilnya.

Ciri-cirinya :

- Madhinya mempunyai EMPAT huruf.

- Berlaku penambahan huruf ALIF di antara Fa dan 'Ain.


Peranan :

Kebiasaanya menunjukkan kepada makna SALING, sama ada ;

- Biasanya, kata kerja saling dilakukan di antara DUA pihak.
- cth : Zaid dan Umar saling berbunuhan.

- atau dilakukan oleh SATU pihak sahaja.
- cth : Allah SWT telah mematikan mereka.

Bersambung.. Wallahu A'lam.

Siri terdahulu : Pengenalan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8