Hayya merupakan perkataan yang tidak asing lagi bagi umat Islam tambahan pula kepada pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Arab. Namun sebutan yang sama dengan makhraj yang berbeza, pastinya ejaan juga berbeza lantas memberikan makna yang berbeza. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang salah dalam menggunakan kedua-dua perkataan ini.
[Kemusykilan] Perbezaan Hayya
Rasulullah Bersyair?
Rasulullah s.a.w merupakan orang Arab yang paling fasih dalam pertuturan Bahasa Arab. Ini telah disepakati oleh keseluruhan ulama. Namun baginda s.a.w tidak pernah melantunkan atau mendendangkan sebarang syair Arab.
Balad & Baldah
Apa beza 'baldah' dan 'balad'? Secara zahir 'baldah' muannas dan 'balad' muzakkar. Setuju ?
Pertama sekali, terima kasih kepada sahabat ana yang bertanya kerana memberi ilham untuk terhasilnya entri ini.
Dua kalimah yang acapkali kita dengar.
Secara zahir, ya dan tepat apa yang disebutkan di atas.
Dalil ;
1. al-Baqarah : 126
2. Saba' : 15
Lihat kepada na'at/sifatnya.
Tetapi, BALDAH BUKANLAH MUANNAS KEPADA BALAD
Ini disebabkan makna dan penggunaannya yang berbeza.
البَلَدُ جنسُ المكان كالعراق والشام والبَلدةُ الجزءُ المخصصُ منه كالبصرة ودمَشق
Balad merupakan nama jenis kepada suatu tempat seperti Iraq dan Syam sedangkan baldah merupakan sebahagian daripadanya seperti Basrah dan Damsyiq.
[ Dipetik daripada Lisan al-Arab, Ibn Manzur ]
مكان محدود يستوطنه الناس
Balad : suatu tempat yang mempunyai sempadan, didiami manusia.
مدينة أو قرية
Baldah : bandar atau desa.
[ Dipetik daripada Mu'jam al-Arabi al-Asasi ]
Jadi, apabila kita menyebut atau merujuk kepada suatu negara, maka kita perlu menggunakan kalimah 'balad'.
cth ;
مصر بلد إسلامي عريق في تاريخه
Mesir negara Islam yang tulen sejarahnya.
TAMBAHAN :
- Jamak kepada balad adalah بلاد atau بلدان
- Semua nama negara, negeri dan tempat adalah MUANNAS.
- بليد tiada kaitan dengan balad atau baldah kerana ia bermaksud 'bodoh'.
Rabbana, Rabbi & Allahumma
Rabbana, Rabbi & Allahumma.. Tiga ungkapan yang sering diucapkan di dalam doa kita setiap waktu. Apa i'rabnya??
Kenapa Rabbana dibaca secara nasob dengan baris atas sedangkan tiada huruf nasob? Sepatutnya dibaca dengan rofo' Robbuna.??
J : Sebenarnya kalimah robbuna merupakan munada yang berhukum mansub.Tapi di mana huruf Nida'?
J : Huruf Nida' telah dihazafkan. Dengan taqdir : "Ya Rabbana"Adakah Rabbi macam Rabbana, dihazaf huruf Nida'nya?
J : Ya, Rabbi juga huruf Nida'nya dihazaf.Tapi mengapa dibaca dengan kasrah?
J : Asal lafaz Rabbi Adalah يا ربي kemudian dihazafkan huruf Nida'. Ya Mutakallim juga boleh dihazafkan dalam situasi Nida'. Tetapi baris kasrah sebelum ya mestilah dikekalkan.Bagaimana pula dengan Allahumma?
J : Allahumma asalnya merupakan lafaz Ya Allah, kemudian huruf Nida' dibuang dan digantikan dengan mim.Bagaimana i'rabnya?
"Ahlan wa Sahlan wa Marhaban"
Ungkapan yang sering diucapkan, selalu diterima, kerap didengari. Cuma pernah tak terfikir kenapa Ahlan (dgn fathatain), bukan Ahlun atau Ahlin ?
Ungkapan ini merupakan ungkapan klasik yg telah wujud dalam masyarakat Arab jahiliah lagi. Diungkapkan sebagai kata-kata aluan (tarhib) dan doa kepada si pendengar.
Sebenarnya terdapat beberapa pendapat berkenaan kenapa ungkapan ini datang dalam bentuk nasob (fathatain).
Pendapat Pertama :
al-Askariy menyatakan makna ungkapan tersebut adalah 'Ataita Ahlan ka Ahlika ' iaitu kamu mendatangi saudara seperti saudaramu sendiri. Ini bermakna, kedudukan Ahlan adalah maf'ul bihi.
Pendapat Kedua :
al-Farra' pula memberikan maknanya sebagai doa 'Rahhaba bika Allahu Marhaban wa Ahallaka Ahlan ' iaitu moga Allah meraikan kamu dengan keraian, dan ini bermakna kedudukan i'rabnya adalah maf'ul mutlak.
Pendapat Ketiga :
al-Astarabazi pula berkata, makna ungkapan tersebut 'Ataita Ahlan la Ajanib ' iaitu kamu datang sebagai saudara kami bukan orang asing. Kedudukannya adalah hal.
** Mana-mana i'rab di atas boleh digunapakai, cuma alasan dan taqdir kalam mestilah sepadan dengan i'rabnya.
Rujukan : al-Mu'jam fi al-Asalib al-Islamiah wa al-Arabiah.
Asma ul Husna?
"Asma ul Husna atau al-Asma ul Husna?" Yang mana satu betul nih? Biasanya orang sebut Asma ul Husna.
Rasanya bagi yang menguasai Nahu sudah tentu dapat membezakan di antara dua rangkai kata di atas.
أسماء الحسنى
Rangkai kata yang dibentuk daripada mudhaf dan mudhafun ilaih.
الأسماء الحسنى
Pula terbina daripada mausuf dan sifah @ man'ut dan na'at.
Jadi, yang mana BETUL?
Jawapannya ;
al-A'raf 180
Bagaimana pula dengan kalimah ini ;
Jadi, perbetulkan lisan kita agar menjadi ikutan yang lain.
Kamusku
"Leceh la budak mesir pakai kamus Arab-Melayu" sindir seorang senior.
"Ustaz, ustaz tu tak bagi kami pakai kamus Tullab. Dia kata tu level budak sekolah menengah boleh la" rintih seorang pelajar baru.
"Kami pi tengok kat maktabah (kedai buku), macam-macam jenis kamus ada. tak tau nak pilih hat mana."
"Satgi kami beli, tak reti nak guna pulak."
Tu situasi biasa, rengekan adik-adik yang baru sampai Tanah Arab.
"Ustaz, macam mana nak guna kamus Arab-Arab nih?"
"Kami tak faham makna, kami buka kamus Arab-Arab nih lagi la tak faham."
"Macam mana nak tau kalimah asal (rootword) untuk satu-satu kalimah tu?"
Jadi lagu tu pulak, dah tak bagi guna kamus Arab-Melayu, depa guna kamus Arab-Arab. Tapi tak selesai plak masalah sebab ada dua punca ;
Pertama ; tak reti nak cari sebab tak tau rootword.
Kedua ; dah jumpa, tapi tak faham makna jugak.
Jadi camna nak buat?
Relax la, baru-baru macam tu la. Manusia ni jenih dia bukan boleh berjalan teruih, kena menyuluq dulu pastu merangkak, baru bleh berjalan. Kita manusia bukan binatang. Faham?
Step by step la.Jadi untuk kamus ni, sebagai permulaan ana sarankan guna المعجم العربي الأساسي al-Mu'jam at-Arabi al-Asasi (Asasi) keluaran Liga Arab. Ana sampai la nih dok guna yang nih, sebab bahasa dia mudah, simple, up-to-date dan agak menyeluruh. Harga pun tak mahal LE 60 atau lebih kurang RM40 ja.
Bila dah rasa advance sket, boleh la kalau nak guna al-Wajiz atau al-Wasit keluaran Majma' Lughah Arabiah, Kaherah (kira macam DBP kat M'sia). Ana tak berapa minat 2 kamus nih, sebab kurang menarik. Tapi kalau dah tak jumpa dalam Asasi baru ana buka 2 kamus nih.
Kamus-kamus klasik seperti Mu'jam Ain, Lisanul Arab, Jamharah, al-Qamus al-Muhit dsb ana tak berapa nak galakkan sebabkan kalimah-kalimahnya mesti juga klasik. Kamus-kamus ini hanya sesuai untuk dibuat sebagai rujukan bagi menulis bahas (assigment) atau risalah (tesis). Juga sekiranya kita membaca kitab-kitab turath, maka selayaknya kita membuka atau mencari makna dengan kamus turath (klasik) juga. Baru kita boleh faham dengan jelas.
Sebaliknya, kalau kalimah yang kita cari tu merupakan kalimah-kalimah moden yang biasanya berkaitan dengan sains, teknologi, ICT atau sebagainya, kamus yang paling sesuai adalah kamus Arab-Inggeris seperti al-Mawrid.
Kembali kepada dua sebab di atas, dah selesai ka belum masalah tu?
Nak tau jawapannya, try la guna Asasi tu.. Jawapan ada pada anda sendiri.
Wallahu A'lam. Moga bermanfaat.
Ahsana dan Ahsani
Bismillahirahmanirrahim..Ruangan kemusykilan kali ini akan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat ana redho21 mengenai perbezaan i'rab dua ayat di bawah ;
Petikan 1 ; an-Nisa ayat 86
Petikan 2 ; at-Tin ayat 4
Perhatikan kalimah أحسن. Berada pada kedudukan i'rab yang sama iaitu مجرور kerana berada selepas huruf iaitu الباء dan فى tetapi mempunyai hukum yang berbeza (fathah dan kasrah). Sebenarnya kalimah ahsana tergolong daripada kalimah yang disebut sebagai ممنوع من الصرف di bawah subtopik kalimah الوصف dalam wazan أفعل. Maka, apabila disebutkan ممنوع من الصرف semestinya akan membawa hukum yang sedikit berbeza iaitu (1) berbaris tanpa tanwin (2) مرفوع dengan dhommah, (3) منصوب dengan fathah dan yang membezakannya dengan yang lain adalah (4) مجرور juga dengan fathah. Maka terjawablah persoalan pada Petikan 1.
Tetapi, sekiranya kalimah أحسن dikategorikan sebagai ممنوع من الصرف kenapa pada Petikan 2 hukum i'rabnya مجرور dengan kasrah. Kenapa? Jawapannya kerana terdapat dua keadaan yang akan membebaskan mana-mana kalimah daripada belenggu ممنوع من الصرف iaitu ;
Pertama ; الإضافة sepertimana pada Petikan 2 kalimah أحسن berada pada kedudukan مضاف
Kedua ; ال seperti contoh ;
Maka, terjawab sudah persoalan tersebut. Maaf, sekiranya entry kali ini terlalu ringkas, al-muhim padat. Waalahu A'lam.
Kenapa begitu??
Ya, kenapa perkataan qablu dan ba'du berbaris dhommah, sedangkan kedua-dua kalimah ini terletak selepas huruf jar. Bukankankah kalimah selepas huruf jar akan berbaris kasrah?
Lihat pula petikan ayat di bawah ;
Petikan 2 ; Ayat 49 Surah Hud
Petikan 3 ; Ayat 52 Surah al-Baqarah
Perhatikan kalimah qabli (petikan 2) dan ba'di (petikan 3) berbaris kasrah seperti mana kebiasaan hukum iaitu setiap kalimah selepas huruf jar akan berbaris kasrah. Maka pada ayat 2 dan 3, tidak menjadi persoalan di sini. Bagaimana pula dengan ayat-ayat di bawah?
Petikan 4 ; Ayat 45 Surah al-Waqi'ah
Petikan 5 ; Ayat 178 Surah al-Baqarah
Kenapa pula kalimah qabla (petikan 4) dan ba'da (petikan 5) berbaris fathah sedangkan sebelumnya tiada huruf inna mahupun akhawatnya.
Penjelasan ;
Sebenarnya, kemusykilan ini telah ditimbulkan oleh pejuang kecil. Terima kasih kerana memberi idea kepada ana. Di sini kita sama-sama akan cuba merungkai kemusykilan ini.
Hukum asal kepada qabl dan ba'd adalah nasab iaitu berbaris fathah kerana kalimah ini merupakan zaraf zaman. Itu adalah rungkaian kepada kemusykilan kenapa kalimah ini berbaris fathah pada petikan 4 dan 5.
Oleh disebabkan kalimah ini merupakan zaraf, maka ia tidak dapat lari daripada memerlukan pasangannya iaitu mudhofon ilaih. Maka, sekiranya zaraf ini bersama mudhofon ilaih (lengkap), hukumnya menjadi sepertimana kebiasaan selepas huruf jar iaitu majrur. Rujuk petikan 2 dan 3.
Tetapi, sekiranya zaraf ini tanpa mudhofon ilaih (tidak lengkap) hukumnya bertukar daripada majrur kepada marfu' sepertimana yang dapat kita lihat pada ayat 1. Semudah itu sahaja.
Untuk mengetahui panjang lebar mengenai qabl dan ba'd, sila rujuk Bab Idhofah, Kitab Awdhoh Masalik Juz 3 oleh Ibn Hisyam. Wallahu Ta' ala A'la wa A'lam. Lagi...





