Kenapa begitu??

ar-rum 4
Petikan 1 ; Ayat 4 Surah ar-Rum

Alhamdullilah 'ala kulli hal. Cuba sahabat-sahabat perhatikan pada petikan ayat di atas. Jika diperhatikan betul-betul, mungkin di sana akan timbul satu kemusykilan berkaitan i'rab. Perhatikan betul-betul..Kenapa begitu??

Ya, kenapa perkataan qablu dan ba'du berbaris dhommah, sedangkan kedua-dua kalimah ini terletak selepas huruf jar. Bukankankah kalimah selepas huruf jar akan berbaris kasrah?
Lihat pula petikan ayat di bawah ;

hud 49
Petikan 2 ; Ayat 49 Surah Hud

al-baqarah
Petikan 3 ; Ayat 52 Surah al-Baqarah

Perhatikan kalimah qabli (petikan 2) dan ba'di (petikan 3) berbaris kasrah seperti mana kebiasaan hukum iaitu setiap kalimah selepas huruf jar akan berbaris kasrah. Maka pada ayat 2 dan 3, tidak menjadi persoalan di sini. Bagaimana pula dengan ayat-ayat di bawah?

al-waqi'ah 45
Petikan 4 ; Ayat 45 Surah al-Waqi'ah

al-baqarah 178
Petikan 5 ; Ayat 178 Surah al-Baqarah

Kenapa pula kalimah qabla (petikan 4) dan ba'da (petikan 5) berbaris fathah sedangkan sebelumnya tiada huruf inna mahupun akhawatnya.

Penjelasan ;
Sebenarnya, kemusykilan ini telah ditimbulkan oleh pejuang kecil. Terima kasih kerana memberi idea kepada ana. Di sini kita sama-sama akan cuba merungkai kemusykilan ini.

Hukum asal kepada qabl dan ba'd adalah nasab iaitu berbaris fathah kerana kalimah ini merupakan zaraf zaman. Itu adalah rungkaian kepada kemusykilan kenapa kalimah ini berbaris fathah pada petikan 4 dan 5.

Oleh disebabkan kalimah ini merupakan zaraf, maka ia tidak dapat lari daripada memerlukan pasangannya iaitu mudhofon ilaih. Maka, sekiranya zaraf ini bersama mudhofon ilaih (lengkap), hukumnya menjadi sepertimana kebiasaan selepas huruf jar iaitu majrur. Rujuk petikan 2 dan 3.

Tetapi, sekiranya zaraf ini tanpa mudhofon ilaih (tidak lengkap) hukumnya bertukar daripada majrur kepada marfu' sepertimana yang dapat kita lihat pada ayat 1. Semudah itu sahaja.

Untuk mengetahui panjang lebar mengenai qabl dan ba'd, sila rujuk Bab Idhofah, Kitab Awdhoh Masalik Juz 3 oleh Ibn Hisyam. Wallahu Ta' ala A'la wa A'lam.

2 respon:

Mahyuddin berkata...

Salam,

Hamba yang lemah ini sekadar ingin cuba menjawab.

persoalan yang timbul dalam ayat di atas ialah pada perkataan قبل dan بعد kedua-duanya berbaris dhommah di akhir. sepatutnya ia berbaris kasrah kerana terletak selepas huruf jar من.

Jawapannya : sepatutnya ada satu ayat selepas قبل dan بعد tetapi dihazafkan kerana telah didapati di awal ayat kalau tak silap perkataan بضع سنين sebab itulah ia berbaris fathah sebagai tanda hazaf yang diketahui. Wallahu a'lam.

Kalau salah tolong betulkan.

Osman bin Abd Ghani berkata...

Allah..Allah..nta tu hebat dah..
apa yg ada ni apalah sgt.
jazakallah sudi brkongsi,
astafidu minka kasir ya akhi.
barakallahu fik.