DSKP Tingkatan 4 KBD Semakan 2022

kbd semakanBaru-baru ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM telah membuat penataran kepada guru-guru berkaitan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). DSKP baharu ini dikenali sebagai DSKP KBD Semakan 2022. Latar belakang kepada kurikulum baharu ini adalah berasaskan kepada MOA baharu di antara KPM dengan pihak al-Azhar. Hasilnya, nama mata pelajaran dan peruntukan masa (jam setahun) dikekalkan, perubahan hanyalah pada isi kandungan sahaja. Ini bermakna, pelajar-pelajar Tingkatan 4 Sesi 2023 (aliran KBD) akan menggunakan buku teks baharu, isi kandungannya 100% sebagaimana buku teks yang digunapakai di Maahad Buuth al-Azhar.

Lagi...

Buku Teks Peringkat Thanawi Maahad Buuth Azhar

azharTiba-tiba muncul semula berkaitan kurikulum peringkat Thanawi (Menengan Atas) bagi Maahad Buuth Azhar. Kebanyakan asatizah KBD bersembang tentang kurikulum ini. Rentetan itu, maka ramai yang tertanya-tanya dan tercari-cari kurikulum terbaru di peringkat Thanawi ini. Maka, penulis cuba mencari dan menghimpunkan beberapa subjek bagi kurikulum Thanawy yang berkaitan bahasa Arab sahaja atas permintaan beberapa orang sahabat. Sekiranya ada permintaan bagi subjek-subjek lain, insya Allah akan diusahakan.

Lagi...

Modul Intervensi Pembelajaran SPM 2021 JPNT

JPNTModul Intervensi Pembelajaran SPM 2021 ini merupakan hak cipta Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang telah disusun oleh Panel Akram Negeri Terengganu. Di sini admin kongsikan mata pelajaran berkaitan Pendidikan Islam dan Kurikulum Bersepadu Dini sahaja, bolehlah dijadikan sebagai bahan latih tubi bagi menghadapi SPM yang semakin hampir. Kredit kepada JPNT dan semua panel penulis.

Lagi...

Soalan Percubaan Adab wa Balaghah KBD SPM 2021

Penulis himpunkan di sini koleksi Soalan al-Adab wa al-Balaghah (AWB) bagi Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2021 daripada beberapa negeri. Calon-calon SPM 2021 bolehlah jadikan koleksi soalan ini sebagai bahan pembelajaran kendiri dan latih tubi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Penulis mengumpulkan koleksi ini daripada beberapa sumber sebahagian besarnya daripada Kumpulan Telegram Guru-guru AWB. Jazakumullah, kredit kepada uploader/sumber asal.

Lagi...

Soalan Percubaan LAM SPM Tahun 2021

Penulis himpunkan di sini koleksi Soalan al-Lughah al-Arabiah al-Mu'asirah bagi Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2021 daripada beberapa negeri. Calon-calon SPM 2021 bolehlah jadikan koleksi soalan ini sebagai bahan pembelajaran kendiri dan latih tubi. Penulis mengumpulkan koleksi ini daripada beberapa sumber. Jazakumullah, kredit kepada uploader/sumber asal.

Lagi...

Tapak Analisis Item LAM, KBD & Bahasa Arab SPM

Analisis Item merupakan di antara perkara utama dalam menganalisis data berdasarkan skrip jawapan pelajar. Daripada analisis item ini, guru dapat mengenalpasti di bahagian manakah kelemahan utama sesorang pelajar, seterusnya dapat mencari solusi dan intervensi terbaik bagi merawat masalah tersebut. Bagi guru yang telah lama mengajar, mungkin telah ada analisis item sendiri yang dibuat berdasarkan pengalaman dan kehendak pentadbir masing-masing. Namun bagi guru yang masih bertatih dalam dunia pentaksiran ini, penulis sediakan tapak khas buat sahabat-sahabat guru KBD untuk diisi dengan mudah.

Lagi...

Bahan Bantu Belajar PdPR LAM & AwB

Sebagaimana sedia maklum, PdPR akan diteruskan lagi untuk tempoh 5 minggu akan datang (13 Jun - 15 Julai / 14 Jun - 16 Julai). Bahan-bahan bantu belajar perlu disediakan oleh guru-guru bagi memudahkan proses PdPR secara dalam talian ini. Penulis himpunkan semula, hantaran-hantaran tahun lepas yang boleh digunakan semula bagi membantu para sahabat sekalian.

Lagi...