[Qasidah] Berita Gembira!

Umat manusia telah diutuskan seorang Rasul dengan membawa berita gembira. Menerangi manusia sepanjang zaman. Sebuah burdah yang memuji Rasulallah s.a.w.


Khabar gembira buat kami, telah mencapai kemuliaan
Masalah telah berlalu pergi, dan kesejahteraan datang bertamu

Takdir telah menunaikan apa yang dijanjikan,
Dan sukacita telah nyata di mana-mana

Wahai jiwa, nikmatilah pertemuan ini
Wahai mata, yang merasa nyaman

Ini adalah keindahan Rasul Terpilih
Cahayanya menyinari kita

Wahai Taibah (Madinah), apa lagi yang mampu kami katakan
Di bumimulah tempat tinggalnya Rasul

Kita semua ingin bersatu
dengan Muhammad, Nabi kita

Wahai Raudhah disitulah Rasul
Dan dua sahabatnya, juga al-Baqi'

(Ya Tuhan) tetapkanlah untuk kami semua
bahawa kami boleh menziarahi Nabi kami

Selawat dan salam wahai Tuhan
Kepada Nabi-Mu penghapus segala kegelapan

Dan juga kepada keluarga dan para sahabat
Ini bukanlah lagu, ia adalah berita gembira.



download

Artis : Team Qasidah al-Muttaqin