PAK21 Quizizz (Play Live) dalam PdPc Bahasa Arab

Quizizz merupakan salah satu di antara apps yang popular dalam melaksanakan Pembelajaran Abad ke 21. Kali ini, penulis memilih untuk menggunakan Quizizz mode Play Live. Setelah versi Homework berjaya dilaksakana, namun kedapatan sebahagian kecil gagal untuk melaksanakannya di atas beberapa isu; masalah liputan internet, tinggal di luar bandar dan telefon pintar yang berspesifikasi rendah.


Jika ada guru-guru yang masih tertanya-tanya apakah itu Quizizz, boleh rujuk sini. Mungkin ada juga yang nak tahu perbezaan di antara Quizizz dan Kahoot, boleh rujuk sini. Kredit kepada Cikgu Raihan yang banyak berkongsi ilmu beliau.

Sebelum Quizizz mode Play Live ini dilaksanakan, kita perlu pastikan kemudahan Makmal Komputer sekolah dilengkapi dengan jumlah PC atau komputer riba yang mencukupi dengan bilangan pelajar dan yang paling penting adalah mempunyai sambungan internet yang baik. Alhamdulillah, walaupun kedudukan sekolah penulis agak terpencil jauh daripada bandar Daerah Pendang, namun kemudahan netbook 1 Malaysia dan akses internet 1bestarinet dapat dimanfaatkan dengan baik.

Quizizz berperanan sebagai medium untuk menilai kefahaman murid dan sebagai latih tubi. Guru-guru perlu mengajar terlebih dahulu tajuk-tajuk berkaitan. Ini bermakna Quizizz sesuai untuk dijadikan sebagai langkah ke 3 dalam sesuatu sesi PdPc. Banyak soalan bahasa Arab yang telah sedia dikongsikan di dalam Quizizz. Hanya search dan play sahaja. Berikut sebahagian koleksi soalan yang sempat penulis buat sendiri:

  • Bahasa Arab SPM - Uslub Khabary dan Insyaie
  • Bahasa Arab SPM - Maf'ul Mutlaq
  • Bahasa Arab SPM - Tasybih
  • Bahasa Arab SPM - Jinas, Tibaq, Muqabalah & Saja3
  • LAM T4 - Fael, Maf3ul Bih & Naib Fael

  • Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa insya Allah.

    Berikut sebahagian memori sesi PdPc menggunakan Quizizz:


    Reaksi pelajar sewaktu berQuizizz :


    Semoga bermanfaat.